Pungutan suara republik Australia yang diadakan pada 6 November 1999 ialah pungutan suara tentang meminda Perlembagaan Australia. Pungatan suara terdiri daripada dua soalan: Soalan pertama bertanyakan sama ada Australia harus menjadi sebuah republik dengan seorang Presiden dilantik Parlimen mengikut model pelantikan dwipartian yang diluluskan Konvensyen Perlembagaan (1998) yang diadakan di Canberra pada Februari 1988. Soalan kedua, yang dianggap kurang penting dari segi politik, bertanyakan sama ada Australia harus meminda perlembagaannya untuk memuatkan sebuah Mukadimah. Bancian telah menunjukkan bahawa sudah lama sebahagian besar orang Australia mahukan republik.[1] Mahupun demikian, pungutan suara republik ditewaskan dengan selesa berikutan tentangan berpanjangan oleh kumpulan pro-monarki serta perpecahan di kalangan pro-republik tentang cara memilih presiden.
Rujukan
- ^ "Newspoll: January 2007 republic poll (PDF)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-27. Dicapai pada 2011-02-18.