Pulut mangga ڤولوت مڠݢ | |
---|---|
Jenis | Pencuci mulut |
Jenis sajian | Pencuci mulut |
Tempat asal | Thailand[perlu rujukan] |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara dan Asia Selatan |
Bahan utama | Pulut, mangga, santan |
sunting · sunting di Wikidata |
Pulut mangga (Bahasa Thai: ข้าวเหนียวมะม่วง , RTGS: khaoniao mamuang, disebut [kʰâ(ː)w.nǐa̯w mā.mûa̯ŋ];Vietnam: xôi xoài ) ialah sejenis pencuci mulut tradisional Asia Tenggara dan Asia Selatan yang dibuat dengan beras pulut, mangga segar dan santan, dan dimakan dengan sudu atau kadang-kadang, dengan tangan.[1] Hidangan ini dimakan di seluruh Asia Selatan dan Tenggara, termasuk Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, India dan Bangladesh.[2]
Kaedah penyediaan
Bahan utama yang diperlukan ialah beras pulut, santan dalam tin atau segar, garam, gula Melaka dan mangga. Untuk menyediakan hidangan ini, beras pulut direndam ke dalam air dan kemudian dimasak dengan cara mengukus atau penggunaan periuk nasi. Sementara itu, santan dicampurkan dengan garam dan gula, dan dipanaskan tanpa mendidih. Setelah pulut selesai dimasak, campuran santan dan pulut digaul sebati dan dibiarkan untuk membiarkan santan menyerap ke dalam pulut. Kemudian, mangga dikupas dan dihiris. Untuk menyajikan hidangan ini, pulut dicedok ke atas pinggan bersama beberapa potong mangga yang diletakkan di atas atau ke sisi, dan santan pekat dicurah di atas. Kadang-kadang, pulut dihiasi dengan kacang rangup.[3]
Kebanyakannya, mangga kuning digunakan kerana mempunyai rasa lebih manis daripada mangga hijau. Secara tradisional, Nam Dok Mai (mangga nektar bunga) dan jenis mangga ok-rong digunakan.[4] Mangga merah/jingga dari Mexico serta Caribbean juga boleh digunakan.[5] Beras pulut istimewa, yang lebih manis daripada beras pulut biasa, lazim digunakan untuk tekstur terbaik.[3]
Seperti kebanyakan pencuci mulut berasaskan beras, lebih baik makan pulut mangga secara langsung setelah dibeli atau dimasak kerana apabila disejukkan, pulut menjadi keras dan santannya cepat meresap atau basi.[6]
Variasi
Terdapat beberapa variasi pulut mangga klasik:
- Gantikan separuh pulut putih dengan pulut hitam Thai untuk mendapatkan warna ungu yang cantik.[7]
- Ganti mangga dengan durian
- Ganti santan dengan susu pekat manis.
Di Thailand
Di Thailand, pulut mangga biasanya dimakan pada musim puncak mangga, bulan-bulan musim panas bulan April dan Mei.[8] Kedai pulut mangga yang terkenal di Bangkok berada di kawasan Bulatan 22 Julai di Daerah Pom Prap Sattru Phai berhampiran stesen kereta api Bangkok, yang hanya menjual pulut mangga dari Februari hingga Jun,[4] dan di kejiranan Samphrang di Daerah Phra Nakhon berhampiran Giant Swing dan Chao Por Suea Joss House, serta Ban Mo berhampiran Si Kak Phraya Si persimpangan dan Pak Khlong Talat.[9][10]
Rujukan
- ^ "What Is Mango Sticky Rice?". wiseGEEK. Dicapai pada 29 Mei 2015.
- ^ "Mango Sticky Rice". Rasa Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2015.
- ^ a b "Thai Mango Sticky Rice Recipe". Mark Wiens. 6 Julei 2016. Dicapai pada 6 Mac 2017. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b "สนามข่าวชวนกิน : พาไปชิม! ข้าวเหนียวมะม่วง ป้าใหญ่ ป้าเล็ก". Channel 7 (dalam bahasa Thai). 2018-03-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-30. Dicapai pada 2021-06-30.
- ^ "ข้าวเหนียวมะม่วงสูตรพี่ปู ฯ". Bloggang (dalam bahasa Thai). 2011-01-29.
- ^ "Mango with Sticky Rice". Realthairecipes.com. Dicapai pada 6 Mac 2017.
- ^ "Coconut Milk Sticky Rice with Mangoes". Epicurious.com. 16 Mei 2006. Dicapai pada 21 Disember 2017.
- ^ "Mango on Sticky Rice Recipe". Natty Netsuwan. Dicapai pada 6 Mac 2017.
- ^ "ก.พานิช". Sanook (dalam bahasa Thai). 2013-05-16.
- ^ laser (2009-05-18). "เที่ยวไปกินไป @ บ้านหม้อ". Pantip.com (dalam bahasa Thai).