Taman Negeri Kepulauan Sembilan | |
|---|---|
![]() | |
| Geography | |
| Pulau-pulau utama |
|
| Pentadbiran | |
Malaysia | |
| Negeri | Perak |
| Daerah | Manjung |
Kepulauan Sembilan (Cina: 九屿岛) merupakan salah satu pulau tumpuan para pelancong dan juga taman negeri di Daerah Manjung, Perak, Malaysia. Pulau ini terkenal dengan “blue drop” dan ditutup sementara sejak April 2017 disebabkan oleh ekosistem di pulau tersebut terancam.
Kepulauan Sembilan terletak dalam jajahan negeri Perak Darul Ridzuan. Kumpulan pulau ini terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor dan ia terdiri daripada 9 gugusan pulau kecil[1] iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Batu Hitam (Black Rock) dan Batu Putih (White Rock).
Kepulauan Sembilan menjadi destinasi tarikan kaki pancing banyak terdapat banyak ikan dan hidupan laut lain yang hidup di perairan disekitar pulau tersebut. Selain itu terdapat juga aktiviti menyelam dan snorkeling, terutamanya di kawasan pertengahan di antara Pulau Rumbia dengan Pulau Lalang kerana ia hanyalan sedalam 15 meter dan dipenuhi dengan batu karang. Kawasan batu karang ini menarik perhatian beribu-ribu spesis hidupan laut terutamanya ikan merah dan ikan barakus untuk berlindung dan untuk mencari makanan.
Daya tarikan pulau ini bukan sahaja terletak pada kegiatan menyelam dan memancing, tetapi adalah disebabakan keindahan panorama semulajadi yang menarik. Satu daya tarikan pantai di Kepulauan Sembilan ini adalah ianya bercahaya apabila waktu malam tiba yang digelar “Blue Tear” atau “Blue Sand”. Fenomena ini adalah hasil daripada organisma laut yang banyak di kawasan persisiran pantai Kepulauan Sembilan, iaitu Ostracod krustacea atau fitoplankton. [2]
Akibat kedatangan pelancong yang terlalu ramai, Taman Negeri Kepulauan Sembilan telah ditutup buat sementara waktu bagi memulihkan persekitaran Kepulauan Sembilan yang tercemar ekoran aktiviti komersial melampau dan individu yang tidak ada rasa tanggungjawab. Ini adalah bagi mengekalkan keindahan perairan pulau-pulau tersebut kini terancam.[3]









