Pulau Enggang merupakan sebuah pulau yang terletak di berdekatan dengan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Terletak beranggaran kawasan ketinggian 34 meter dari aras laut.
Pulau Enggang merupakan pulau kecil di timur Pulau Tuba di Kepulauan Langkawi, Kedah. Terdapat sebuah jeti di Pulau Enggang. Pulau ini tidak berpenghuni dan mundur, namun mempunyai sebuah Rumah Api di Pulau Enggang, yang digunakan untuk mengemudi kapal ke pelabuhan di Kuah.
Pulau Enggang mendapat nama daripada burung enggang. Ia merupakan pulau yang paling timur diantara pulau-pulau berikut: Pulau Pasir, Pulau Nyior Setali, Pulau Selang Kecil and Pulau Selang Besar.