Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. |
Pulau Aur ialah sebuah pulau di Daerah Mersing, Johor, Malaysia. 'Pulau Aur merupakan satu salah daripada pulau yang terdapat di kawasan Taman Marin Johor, di negeri Johor, terkenal sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga. Keindahan Pulau Aur yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih menarik para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Aur, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Pulau Aur yang terletak di Taman Marin Johor ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat Taman Marin Johor pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Aur dan meneroka keindahan pantai sambil menikmati pelbagai juadah tempatan yang terdapat di gerai-gerai berhampiran untuk beriadah bersama keluarga dan menikmati suasananya yang sepi dan tenang. Pengunjung ke Pulau Aur bukan sahaja dapat menikmati suasana di yang sepi dan tenang, malah pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti aktiviti berkayak, restoran, kemudahan internet, dan pakej percutian dengan harga yang berbaloi.
Geografi
Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Taman Marin Johor di negeri Johor. Pulau Aur memiliki iklim tropika dan mengalami musim hujan pada akhir tahun.
Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Aur merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle). Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung.
Pulau Aur mengadap ke arah laut China Selatan yang luas, dengan itu mengalami musim tengkujuh dengan gelombang besar pada penghujung tahun akibat tiupan angin timur laut. Keadaan ini menghalang nelayan daripada turun ke laut dan menjadikan aktiviti mandi-manda kurang sesuai akibat ombak besar dan kuat yang melanda kawasan pantai.
Fauna dan flora
Pulau Aur memiliki tumbuhan tropika dan hutan malar hijau. Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan. Sungguhpun agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokling.
Kemudahan
Untuk pergi ke pulau Aur, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing, Jeti Tanjung Leman atau Jeti Tanjung Gemuk.
Rujukan