Pujaan Hati Umi | |
---|---|
Genre | Drama, konflik, keluarga |
Ditulis oleh | Haida Mazni Mohammad |
Pengarah | M. Nazir Juhan (Jet Li) |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kau Biarkan" oleh Faye Kusairi |
Lagu penutup | "Kau Biarkan" oleh Faye Kusairi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Rozie Othman |
Penerbit | Sofia Arshad |
Penyunting | Minn Johari |
Sinematografi | Halim Tajudin |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | SRS Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 14 April 2016 – 6 Mei 2016 |
Pujaan Hati Umi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Kusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid dan Syaffiq Sahli. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 dari 14 April 2016 hingga 20 Mei 2016 menggantikan Dawai Asmara.[2]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]
Sinopsis
Mengisahkan Umi (Wan Maimunah) seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syafiq Sahli), dan Reza (Talha Harith). Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung. Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya lengkap dengan kehadiran menantunya Osman (Haeryanto Hasan) iaitu suami Raziah dan Safiya (Sasqiah Dahuri) isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir (Darren Zariff) dan Ezra (Syasya Afiqah).
Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi. Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan acara pernikahannya di saat akhir.
Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita (Faye Kusairi). Umi menyambut berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita punya agendanya tersendiri.
Pelakon
Pelakon utama
- Wan Maimunah sebagai Ramlah/Umi
- Faye Kusairi sebagai Rita
- Talha Harith sebagai Reza
- Syaffiq Sahli sebagai Razzi
- Wan Nor Azlin sebagai Razziah
- Zain Hamid sebagai Razman
Pelakon pembantu utama
- Sasqia Dahuri sebagai Safiya
- Amanda Misbun sebagai Fadila
- Haeriyanto Hassan sebagai Osman
Pelakon pembantu
- Farid Wari sebagai Salleh
- Putri Mardiana sebagai Emalin
- Jay Mazin sebagai Rizal
- Yusri Salleh sebagai Zahed
- Kak Nurin sebagai Halimah
- Mama Shida sebagai Mak Lijah
Pelakon kanak-kanak
- Darren Zariff sebagai Emir
- Syasya Afiqah sebagai Ezra
Runut bunyi
- "Kau Biarkan" - Faye Kusairi
- "Manusia Sempurna" - Awi Rafael dan Ayai
- "Bila Ada Cinta" - Asmidar
- "Sakit Terpanah" - Spin
- "Kau Pilih Dia" - Puteri Octovia
Rujukan
- ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Februari 2016). Berhijab datang dari hati Harian Metro. Diperoleh pada 10 Februari 2016.
- ^ Drama Pujaan Hati Umi (TV9) My Infotaip (12 April 2016). Dicapai pada 5 Mei 2017.
- ^ Pujaan Hati Umi (2016): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 11 Oktober 2018.