Psikoanalisis ialah cabang sains yang dibangunkan oleh Sigmund Freud dan pengikutnya, sebagai kajian fungsi dan perilaku psikologi manusia. Freud sendiri dilahirkan di Moravia pada 6 Mei 1856 dan meninggal di London pada 23 September 1939.[1] Pada mulanya istilah psikoanalisis hanya digunakan dalam hubungan dengan Freud sahaja, sehingga "psikoanalisis" dan "psikoanalisis" Freud mempunyai maksud yang sama. Apabila beberapa pengikut Freud di kemudian hari menyimpang dari ajarannya dan menempuh jalan sendiri, mereka juga meninggalkan istilah psikoanalisis dan memilih suatu nama baru untuk menunjukan ajaran mereka. Contoh yang terkenal ialah Carl Gustav Jung dan Alfred Adler, yang mencipta nama "psikologi analitik" (bahasa Inggeris: analitycal psychology ) dan "psikologi individu" (bahasa Inggeris: individual psychology ) bagi ajaran masing-masing.[2]