Takau injap | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Psarisomus Swainson, 1837
|
Spesies: | P. dalhousiae
|
Nama binomial | |
Psarisomus dalhousiae Jameson, 1835
|
Takau injap atau takau ekor panjang (Psarisomus dalhousiae)[2][3][4] ialah spesies burung takau dalam keluarga Eurylaimidae yang terdapat di Himalaya menjangkau timur melalui timur laut India ke Asia Tenggara. Ia satu-satunya burung dalam genus Psarisomus.[5]
Burung ini tinggal di dalam hutan di sepanjang taburannya. Di Malaysia, ia merupakan spesies burung yang dilindungi sepenuhnya.
Taksonomi
Nama genus Psarisomus dijejak daripada nama Psaris, sinonim nama genus Tityra dan kata bahasa Yunani σῶμα sōma "badan".[6] Nama saintifiknya memperingati Christina Broun, Countess bagi Dalhousie (1786–1839), isteri kepada George Ramsay, Earl ke-9 bagi Dalhousie.
Ciri-ciri

Takau injap sekitar 25 sm (10 inci) panjang dan seberat antara 50 dan 60 gram. Kepalanya ada corak berwarna hitam dan kuning,[4] seluruh mukanya berwarna kuning.[7]
Badannya penuh bulu pelepah berwarna hijau. Ekornya panjang berwarna biru dengan bahagian bawah berwarna hitam.[4]
Ia dapat dikenali melalui panggilannya yang nyaring. Burung ini malu dan biasanya menyorok dalam dedaun pokok.[7]
Tabiat
Pemakanan
Takau injap merupakan burung hutan yang memakan serangga. Ia hidup berkumpulan dan biasanya terbang dalam kawanan yang besar dan bising kecuali semasa musim mengawan.
Pembiakan
Ia membina sarang berbentuk buah pear di atas pokok. Burung betina biasanya bertelur antara 5 dan 6 biji telur dalam satu sangkak yang dieram oleh kedua-dua pasangan; dua-dua burung jantina dan betina turut membantu membesarkan anak mereka.
Rujukan
- ^ BirdLife International (2016). "Psarisomus dalhousiae". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22698747A93701800. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22698747A93701800.en. Dicapai pada 23 November 2022.
- ^ Kamus Lengkap, Volume 1, Awang Sujai Hairul, Yusoff Khan, Malay-English dictionary.
- ^ "SCHEDULE THREE, TOTALLY PROTECTED BIRDS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-22. Dicapai pada 2013-06-17.
- ^ a b c Jeyarajasingam, Allen (2012). A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore (ed. kedua). New York, Amerika Syarikat: OUP Oxford. m/s. 259. ISBN 978-0-19-963942-7.
- ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2023). "NZ wrens, Sapayoa, asities, broadbills, pittas". World Bird List Version 13.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 6 Jun 2023.
- ^ Jobling, James A. (2010). "Psarisomus" (PDF). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, United Kingdom: Christopher Helm. m/s. 319. ISBN 978-1-4081-2501-4.
- ^ a b Lim, Pamela (30 November 2007). "Flocking of Long-tailed Broadbill". Bird Ecology Study Group. Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Lee Kong Chian. Dicapai pada 23 November 2022.
Pautan luar
- Spesies kurang membimbangkan Senarai Merah IUCN
- Burung
- Eurylaimidae
- Burung Asia Tenggara
- Burung di Bangladesh
- Burung di Kemboja
- Burung di Burma
- Burung di Malaysia
- Burung di Indonesia
- Burung di Vietnam
- Burung di Laos
- Burung di Thailand
- Burung di Asia
- Burung di Afghanistan
- Burung di Pakistan
- Burung di Bhutan
- Burung di China
- Burung di India
- Burung di Nepal
- Burung monotaip umum