Jenis/bentuk sah | Syarikat awam berhad |
---|---|
Industri | |
Ditubuhkan | 2006 |
Ibu pejabat | Tingkat 13, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat, 55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting |
|
Keluaran |
|
Hasil | ▲ RM1,088 juta (2014)[1] |
Pendapatan bersih | ▼ RM 10 juta (2014)[1] |
Jumlah aset | ▲ RM1,739 juta (2014)[1] |
Jumlah ekuiti | ▲ RM 193 juta (2014)[1] |
Syarikat induk |
|
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) Ditubuhkan pada tahun 2006 melalui lesen yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, PruBSN hari ini merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan untuk rakyat Malaysia serta keluarga mereka.
Berlandaskan konsep ta`awun (kerjasama dan pertolongan bersama), PruBSN menawarkan pelbagai produk Takaful Keluarga yang merangkumi perlindungan hayat dan perubatan, simpanan, pendidikan dan korporat, semuanya mengikut garis panduan hukum syariah.
Kini, PruBSN memiliki lebih 16,000 Ejen Takaful yang berkhidmat memenuhi keperluan kesihatan dan perlindungan untuk lebih 2,000,000 rakyat Malaysia. Berpandukan proposisi ‘Takaful Untuk Semua. Untuk Kehidupan’, kami berusaha untuk membina impak yang kuat dan berkekalan bagi membantu membangunkan Malaysia melalui perlindungan kekayaan dan pelaburan dalam pasaran modal, di samping menunaikan visi kami menjadi pengendali takaful pilihan pertama masyarakat dan komuniti.
Pembangunan yang pesat adalah hasil daripada pendekatan mesra pelanggan, strategi saluran pengedaran yang pelbagai, penyelesaian inovatif serta kepimpinan teknologi.
PruBSN telah bekerjasama dengan Standard Chartered Saadiq, Affin Islam Bank dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan, BPP) untuk mengedarkan produk mereka.[2] Pada tahun 2013, ia mula memajukan penggunaan jualan-titik-bergerak untuk menjual produk serta-merta melalui debit atau kad kredit.[3][4] Setakat April 2015, lebih daripada 50 peratus jualan telah dijalankan pada platform mudah alih.
Sekilas
Prudential Plc
Prudential plc mempunyai sejarah panjang di dalam industri bermula seawal 1848 dan menjadi antara peneraju utama dalam perkhidmatan insurans dan pencen di United Kingdom. Prudential juga adalah salah satu syarikat yang telah memberikan pampasan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan tragedi kapal Titanic. Dengan sejarah panjang di dalam bidang insurans dan perkhidmatan kewangan, kini Prudential adalah salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia. Di Malaysia, Prudential telah bertapak semenjak lebih daripada 80 tahun yang lalu melalui Prudential Assurance.
Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional pula telah ditubuhkan pada 1974 dan dilancarkan secara rasmi oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Dengan pelancarannya, semua tugas dan tanggungjawab di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat POS telah di ambil alih oleh Bank Simpanan Nasional. Mempunyai lebih daripada 9 juta pemegang akaun, 5100 kakitangan yang berdedikasi serta lebih daripada 400 cawangan di seluruh Malaysia.
Sinergi mantap dua jenama terkemuka
Gabungan dua institusi kewangan terkemuka di dalam industri masing-masing telah menghasilkan sebuah sinergi yang padu dan membentuk sebuah asas yang kukuh. Prudential Assurance yang telah bertapak lama mempunyai kepakaran dalam pengedaran agensi manakala BSN pula membawa imej korporat yang prestij iaitu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan jenama dan identiti yang dibawa oleh kedua-dua syarikat ini, PruBSN telah mencapai perkembangan yang pesat di dalam industri Takaful negara.
Pencapaian PruBSN
Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) dengan penuh bangga mengumumkan kemenangan berturut-turut buat kali yang ke-11 sebagai Pengendali Takaful Terbaik Takaful Keluarga (Perniagaan Agensi) di Malaysia. Pengiktirafan di Takaful Star Awards 2024 anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA) ini sejajar dengan komitmen PruBSN untuk melindungi rakyat Malaysia serta keluarga mereka melalui produk-produk yang patuh Syariah. Anugerah ini mencerminkan dedikasi PruBSN sebagai penyedia perkhidmatan takaful dalam melindungi keluarga dan memberi jaminan untuk menghadapi ketidaktentuan dalam kehidupan, tanpa mengira umur, bangsa, mahupun agama.
Anugerah yang berprestij ini membuktikan kebolehan PruBSN dalam membangunkan dan membekalkan perkhidmatan takaful keluarga yang terbaik. Pencapaian yang digarap selama lebih satu dekad ini mengukuhkan kedudukan PruBSN sebagai peneraju dalam industri ini. Anugerah ini juga mengukuhkan keyakinan warga Malaysia ke atas PruBSN, yang memilih untuk bersama dengan penyedia takaful ini agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan penuh ketenangan.
Menurut MTA, seramai 46% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan kewangan.1 Pencapaian sebagai Pengendali Takaful Terbaik Takaful Keluarga (Perniagaan Agensi) di Malaysia bukan sahaja membuktikan kemampuan PruBSN dalam menangani isu ini tapi juga menekankan bahawa penting bagi rakyat Malaysia untuk bersama PruBSN bagi melindungi kesejahteraan kewangan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, “Di PruBSN, kami berusaha untuk melindungi legasi para keluarga, memberi rakyat Malaysia akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta memastikan kesejahteraan generasi masa hadapan terjamin. Memenangi anugerah Pengendali Takaful Terbaik Takaful Keluarga (Perniagaan Agensi) untuk tahun ke-11 berturut-turut membuktikan dedikasi kami dalam mencapai matlamat ini. Dalam kehidupan, kita sering menghadapi pelbagai jenis cabaran yang tidak diduga, justeru kepentingan perlindungan kewangan tidak boleh dipandang rendah. Sebagai penyedia takaful yang dipercayai di Malaysia, kami kekal komited untuk memastikan solusi-solusi kami bersesuaian ‘Untuk Setiap Kehidupan, Bagi Setiap Masa Depan’.”
Takaful Star Awards juga merupakan sebuah platform untuk mengiktiraf dedikasi dan usaha para pemimpin, pengurus dan ejen takaful, yang telah bersama-sama memacu industri takaful ke hadapan. Kejayaan ini ditujukan buat ejen-ejen yang telah bekerja keras untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik, justeru memupuk hubungan yang berasaskan kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan para pelanggan. Keazaman mereka untuk kekal relevan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan yang bersesuaian telah memperkukuhkan kedudukan PruBSN sebagai penyedia takaful pilihan oleh para keluarga.
Anugerah berprestij ini bukan sahaja mengiktiraf usaha PruBSN dalam memberikan perkhidmatan buat rakyat Malaysia, tetapi turut meraikan pencapaian yang diperoleh oleh staf dan perunding takaful PruBSN. Komitmen dari keseluruhan pasukan PruBSN telah menyumbang kepada beberapa pencapaian yang signifikan, termasuk anugerah-anugerah berprestij seperti Pengurus Agensi Terbaik (Langsung), Pengurus Agensi Terbaik (Kumpulan), Anugerah MDRT Builder, dan Anugerah Agensi/Agen/Pengantara Syarikat Anggota MTA Terbaik. Sejak penubuhannya, PruBSN telah memberi tumpuan untuk memberi rakyat Malaysia akses kepada pelan-pelan takaful yang komprehensif. Ini juga selari dengan pengiktirafan dalam kategori seperti ‘Race for Cover’ (Pelan Bertempoh), ‘Race for Cover’ (Penyakit Kritikal) dan ‘Race for Cover’ (Mikrotakaful) – inisiatif yang bertujuan untuk meluaskan perlindungan kepada isi rumah berpendapatan rendah.
PruBSN menawarkan pelbagai pelan perlindungan kewangan yang dirumus untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan ketenangan fikiran, berbekalkan komitmen untuk menyediakan solusi-solusi takaful yang holistik. PruBSN memberi keutamaan untuk terus menyelaraskan produk-produk mereka dengan keperluan para pelanggan yang kian berubah. Atas dedikasi mereka terhadap inovasi, pengendali takaful ini turut merangkul Anugerah Inovasi bagi Projek NextGen Underwriting, yang memperkukuhkan usaha mereka untuk memudahkan dan memenuhi keperluan para pelanggan dengan sebaiknya.
“Dengan pencapaian yang bermakna ini, kami akan terus komited untuk membekalkan nilai yang terbaik, memperkasakan rakyat Malaysia dan insan tersayang untuk menghadapi masa hadapan dengan lebih yakin tanpa beban masalah kewangan. Dengan berpegang teguh ke atas konsep Ta’awun (kerjasama dan sokongan bersama), maka rakyat Malaysia dapat menikmati perlindungan kewangan yang pastinya berpaksikan nilai, kepercayaan, dan integriti. PruBSN akan terus mendahulukan keperluan para keluarga di Malaysia sebagai teras perniagaan kami, menetapkan tanda aras bagi kecemerlangan dalam industri takaful keluarga,” tambah Wan Saifulrizal Wan Ismail.
Antara agensi terkemuka yang telah lama bersama PruBSN adalah seperti LTH, Muqmeen Group, SAR Group, Ansari Wealth Associates, Paradigma Group dan banyak lagi.
Budaya dan nilai ejen-ejen PruBSN
Semenjak daripada tahun penubuhannya, PruBSN adalah syarikat utama yang memegang pasaran Takaful terbesar di Malaysia. Ini didorong oleh ejen dan perunding Takaful yang sentiasa proaktif dan gigih. Mereka memegang misi untuk mengtakafulkan masyarakat melalui penyebaran anfaattakaful kepada umum. Takaful, adalah sebuah konsep tolong-menolong antara peserta yang menyertai sumbangan Tabarru' yang diuruskan oleh operator Takaful. Takaful menekankan konsep bantu-membantu sesama insan melalui sumbangan Takaful yang dibayar setiap bulan. Bagi orang Islam, terdapat ganjaran pahala bagi sesiapa yang mengikhlaskan sumbangan bulanan mereka untuk membantu peserta lain seperti mana peserta-peserta lain meniatkan sumbangan mereka untuk membantu kelompok peserta lain di dalam tabung Tabarru' tersebut.
Pelancaran PruBSN Mobility
Selaras dengan kemajuan teknologi, PruBSN adalah operator Takaful yang terkehadapan sekali dalam mengoptimumkan teknologi untuk objektif Hijau. PruBSN telah memperkenalkan aplikasi terbaru, iaitu PruBSN Mobility, aplikasi telefon pintar yang boleh mengurangkan pelepasan karbon (penggunaan kertas dan mesin cetak) serta menjimatkan masa.
Seperti namanya, ia menggambarkan fleksibilti dan kepantasan. Pelanggan tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan mengisi borang, dan pada masa yang sama mereka berpeluang membantu mengurangkan pelepasan karbon melalui penggunaan borang secara elektronik. Ejen boleh menyatakan sebut harga pada harga tepat berdasarkan butiran dan profil pelanggan serta selepas penyerahan butiran tersebut, malah segala penandatanganan perjanjian dilakukan melalui aplikasi tersebut.
Aplikasi khas untuk ejen Prudential ini boleh digunakan pada iPad yang mempunyai pelantar iOS.
Rujukan
- ^ a b c d Annual Report 2014 (pdf), Prudential BSN Takaful Berhad, 2014-12-31, dicapai pada 2015-08-24
- ^ "About PruBSN". Prudential BSN Takaful Berhad. Dicapai pada 2015-08-24.
- ^ "PruBSN's new business up 56% in Q1". The Sun. 2015-07-15. Dicapai pada 2015-08-24.
- ^ "PruBSN signs on to CIMB's Plug and Pay service". The Sun. 2015-04-01. Dicapai pada 2015-08-24.