- Laman ini berkenaan PADI, Persatuan Jurulatih Selaman Profesional. Untuk melihat padi bagi tanaman komoditi sila ke Padi.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | PADI |
Cogan kata | The Way the World Learns to Dive (Jalan Dimana Dunia Belajar Menyelam) |
Jenis/bentuk sah | Diver training organization |
Keanggotaan | Lebih daripada 130,000 penyelam professional, lebih 6000 resort dan pusat menyelam |
Tapak web | http://www.padi.com |
Sejarah | |
Dibentuk | 1966 |
Pengurusan | |
John Cronin and Ralph Erickson | |
Gabungan | DSAT, Project AWARE, Emergency First Response, Current Publishing |
Lokasi | |
Ibu pejabat | California, Amerika Syarikat |
sunting · sunting di Wikidata |
Persatuan Jurulatih Selaman Profesional; bahasa Inggeris: The Professional Association of Diving Instructors (PADI) adalah penyedia keahlian selaman rekreasi terbesar di dunia dan merupakan sebuah organisasi latihan selaman yang mula ditubuhkan pada tahun 1966 oleh John Cronin dan Ralph Erickson.[1] Cronin asalnya ialah seorang jurulatih untuk organisasi selaman NAUI yang kemudiannya berhasrat untuk menubuhkan organisasinya sendiri bersama Erickson, dan seterusnya berhasrat untuk membina modul latihan selaman yang pelbagai mengikut kursus selaman yang berlainan supaya dapat dijadikan pilihan oleh ramai orang khususnya buat penyelam baru dan berpengalaman.[2]
Jajaran kursus PADI yang disediakan adalah bermula dari ("Scuba Diver (Discover course)" dan "Open Water Diver") sehinggalah "Master Scuba Diver" dan beberapa jajaran pensijilan / latihan kejurulatihan selaman. Dari persekutuan mereka seperti, Diving Science and Technology (DSAT) (Teknologi dan Sains Selam), mereka juga turut meyediakan kursus selaman teknikal, termasuklah selaman nyah mampatan, selaman trimix dan gas campuran.
Sistem PADI menyeliputi pelbagai modul dengan objektif pembelajaran standard yang terbahagi kepada pembangunan kemahiran teori dan praktikal. Teori adalah suatu cara pembelajaran yang menggunakan kaedah pemerhatian terhadap visual CD-ROM atau on-line, buku, jadual dan kira-kira didalam kelas.[3] Semua pilihan pembelajaran yang disediakan secara kaedah teori oleh PADI akan disertakan dengan paparan video untuk membantu pelajar berimaginasi dengan apa yang mereka baca, ini secara tidak langsung dapat memberi kesan segera untuk pelajar memahami konsep dan langkah selaman yang diperlukan. Pengesahan terhadap tahap pencapaian kemahiran pelajar kemudiannya akan dinilai para jurulatih skuba berkemahiran tinggi menerusi sesi praktikalnya. Sesi praktikal biasanya akan dilakukan didalam kolam renang atau kolam selaman yang sama digunakan untuk melatih pelajar yang mengikuti kursus open water. Selanjutnya selepas selesai sesi latihan di kolam pelajar akan dibawa ke laut terbuka untuk ujian kemampuan menyelam di laut terbuka. Jika berjaya menamatkan latihan, pelajar akan diminta untuk menjawab soalan bertulis (biasanya ujian akan dibuat dalam format objektif). Jika lulus ujian, maka pelajar akan diberikan kad /sijil selam skuba sebagai suatu bentuk lesen untuk menyelam skuba di seluruh dunia.
Kursus PADI adalah berdasarkan kepada konsep pencapaian terhadap program menyelam itu sendiri. Bermula dari peringkat permulaan dan perkenalan sehinggalah ke peringkat pengetahuan praktikal. Kursus yang disediakan oleh PADI adalah unik kerana ia hanya mengajar kepada apa yang sepatutnya diajar kepada seorang penyelam, ini bermaksud kursus PADI tidak akan diajar pada bab-bab yang bukan relevan dan pada bab yang secara praktikalnya tidak ditempuhi oleh penyelam apabila mereka melakukan selaman. Kursus PADI menyeliputi asas pengetahuan kepada bidang fizik selaman, fisiologi selaman, dan aras kimia dan biologi yang dibina pada setiap peringkat program. Juga kursus PADI turut menekankan tentang kaedah penggunaan gajet selaman dan kerelevanannya untuk digunakan pada sesuatu bentuk selaman. Penerangan yang lebih esoterik dalam konsep ini akan ditinggalkan untuk kursus lain agar kursus akan datang yang akan ditempuhi ole penyelam dapatlah penyelam memahaminya dengan mudah. Sistem praktikal yang cuba di berikan ini sebenarnya cukup memenuhi keperluan dan kehendak nilai falsafah pembelajaran moden dan selalunya pembelajaran yang diterima akan sentiasa dipertingkatkan setiap kali sesi latihan dilakukan.[4][5]
PADI adalah ahli kepada Majlis Latihan Skuba Rekreasi Dunia.[6]
PADI program bukan pensijilan
- PADI Discover Selaman skuba
- PADI Discover Snorkeling
PADI program kanak-kanak
- PADI Seal Team (berumur 8 tahun dan keatas)
- PADI Bubble Maker (berumur 8 tahun dan keatas)
PADI pensijilan menyelam rekreasi
- PADI Skin Diver (Snorkeling)
- PADI Junior Scuba Diver
- PADI Scuba Diver
- PADI Junior Open Water Diver
- PADI Open Water Diver
- PADI National Geographic Diver
- PADI Adventure Diver
- PADI Advanced Open Water Diver
- PADI Rescue Diver [5]
- PADI Speciality Courses
- PADI Master Scuba Diver
PADI kursus kepakaran
PADI turut menyediakan jajaran kursus kepakaran contohnya seperti dibawah:
- PADI Altitude Diver Specialty Course
- PADI Boat Diver Speciality Course
- PADI Cavern Diver Specialty Course
- PADI Deep Diver Specialty Courses
- PADI Digital Underwater Photographer Specialty Course
- PADI Diver Propulsion Vehicle Specialty Course
- PADI Drift Diver Specialty Course
- PADI Dry Suit Diver Specialty Course
- PADI Emergency Oxygen Provider Course
- PADI Enriched Air Diver Specialty Course [4]
- PADI Equipment Specialist Specialty Course
- PADI Ice Diver Specialty Course
- PADI Multilevel Diver Specialty Course
- PADI Night Diver Specialty Course
- PADI Peak Performance Buoyancy Specialty Course
- PADI Project AWARE Coral Reef Conservation Specialty Course
- PADI Project AWARE Fish Identification Specialty Course
- PADI Project AWARE Specialty Course
- PADI Search and Recovery Specialty Course
- PADI Semiclosed Rebreather Course Specialty Course [7]
- PADI Underwater Naturalist Specialty Course
- PADI Underwater Navigator Specialty Course
- PADI Underwater Photographer Specialty Course
- PADI Underwater Videographer Specialty Course
- PADI Wreck Diver Specialty Course
Bidang kepakaran "khas"
Tambahan kepada kursus aliran kepakaran seperti diatas, jurulatih individu PADI boleh bersedia dan mengajar (dengan kebenaran PADI) kursus kepakaran mereka, dan kursus-kursus lain yang mereka pakar lakukan. Beberapa kursus yang disediakan biasanya kurang menggunakan kepakaran mereka dalam bidang yang penyelam itu ceburi misalnya (dalam bidang kepakaran "Twin-set diver", "Full face-mask diver", "Surface Marker Buoy" dan "Advanced wreck diver"). Lain abstrak baik dengan merujuk kepada keterampilan atau keadaan keperluan di kawasan tempatan (mungkin seseorang itu perlu mendalami kepakaran dalam bidang "Golf ball diver", "Zen/Yoga diver", "Perkahwinan bawah air" atau mungkin "Wreck of the Rhone diver" kursus kepakaran). Mungkin juga "Spiegel Grove Diver" kepakaran dari penyelam laut.[8]
PADI pensijilan profesional
- PADI Divemaster
- PADI Assistant Instructor
- PADI Open Water Scuba Instructor (OWSI)
- PADI Specialty Instructor
- PADI Master Scuba Diver Trainer (MSDT)
- PADI IDC Staff Instructor
- PADI Master Instructor
- PADI Course Director
Lihat juga
Rujukan
- ^ DAN News (2003-07-17). "PADI CEO & Co-Founder John Cronin Dies at Age 74". Divers Alert Network. Dicapai pada 2008-09-24.
- ^ Tillman, Tom. "The history of PADI". Scuba America Historical Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-17. Dicapai pada 2009-05-23.
- ^ PADI. "PADI eLearning". Professional Association of Diving Instructors. Dicapai pada 2008-09-24.
- ^ a b Richardson, D and Shreeves, K (1996). "The PADI Enriched Air Diver course and DSAT oxygen exposure limits". South Pacific Underwater Medicine Society journal. 26 (3). ISSN 0813-1988. OCLC 16986801. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-13. Dicapai pada 2008-05-02.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b Richardson, D and Shreeves, K (1998). "The PADI approach to diver rescue training". South Pacific Underwater Medicine Society journal. 28 (2). ISSN 0813-1988. OCLC 16986801. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-26. Dicapai pada 2008-04-26.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "WRSTC Member Councils". World Recreational Scuba Training Council. Dicapai pada 2008-09-24.
- ^ Richardson, D; Menduno, M; Shreeves, K. (eds). (1996). "Proceedings of Rebreather Forum 2.0". Diving Science and Technology Workshop.: 286. Dicapai pada 2008-08-20.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "Specialty Courses". Ocean Divers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-09. Dicapai pada 2008-09-24.
Pautan luar
- Official site
- Project AWARE Official site
- Official PADI Instructor Development Calendar
- Sport Diver magazine, United Kingdom edition Diarkibkan 2016-01-28 di Wayback Machine and North American edition - The official magazine of PADI