Prionochilus | |
---|---|
Sepah puteri raja (Prionochilus maculatus) | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Keluarga: | Dicaeidae |
Genus: | Prionochilus Strickland, 1841 |
Spesies jenis | |
Pardalotus percussus[1] Temminck, 1826
|
Prionochilus ialah salah satu daripada dua genus sepah puteri yang membentuk keluarga Dicaeidae. Genus ini berbeza daripada genus sepah puteri lain, Dicaeum kerana mempunyai sepuluh bulu primer panjang pada sayap dan ciri-ciri panggilannya. Satu kajian yang membandingkan panggilan kedua-dua genus ini mencadangkan bahawa Prionochilus adalah lebih mendasar berbanding Dicaeum.[2]
Spesies
- Sepah puteri raja (Prionochilus maculatus)
- Sepah puteri belakang zaitun (Prionochilus olivaceus)
- Sepah puteri pelangi (Prionochilus percussus)
- Sepah puteri Palawan (Prionochilus plateni)
- Sepah puteri belakang kuning (Prionochilus thoracicus)
- Sepah puteri pelangi Borneo (Prionochilus xanthopygius)
Rujukan
- ^ "Dicaeidae". aviansystematics.org. The Trust for Avian Systematics. Dicapai pada 2023-07-16.
- ^ Cheke, Robert; Mann, Clive (2008). "Family Dicaeidae (Flowerpeckers)". Dalam Josep, del Hoyo; Andrew, Elliott; David, Christie (penyunting). Handbook of the Birds of the World. Volume 13, Penduline-tits to Shrikes. Barcelona: Lynx Edicions. m/s. 350–367. ISBN 978-84-96553-45-3.