Prinsip moral atau moral (dari bahasa Latin: moralitas ) membawa pengertian ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan, dll), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak [1]. Ia merujuk kepada konsep etika kemanusiaan yang digunakan dalam tiga konteks, iaitu:
- hati nurani individu;
- sistem-sistem prinsip dan pertimbangan — kekadang dipanggil nilai moral — yang dikongsi dalam sesuatu komuniti kebudayaan, keagamaan, kesekularan atau kefalsafahan; dan
- tatalaku atau prinsip moral tingkah laku.
Moral peribadi mentakrifkan dan membezakan niat, motivasi, atau tindakan yang betul dan yang salah, sebagaimana yang dibelajar, dilahirkan, atau dikembangkan di dalam setiap orang perseorangan.
Etika
Etika (juga dikenali sebagai falsafah moral) ialah salah satu daripada cabang falsafah yang mengetengahkan persoalan moral.Perkataan "etika" biasa digunakan secara bersilih ganti dengan 'moral', dan kadangkala ia digunakan secara lebih sempit untuk mewakili maksud prinsip moral bagi individu, kumpulan atau tradisi tertentu." [2]Terdapat juga jenis teori etika tertentu, terutamanya etika deontologi yang membezakan antara etika dan moral: "Walaupun moral manusia dan etika mereka berjumlah sama, terdapat penggunaan yang mengehadkan moral kepada sistem seperti Immanuel Kant, berdasarkan tanggapan seperti kewajipan, kewajipan, dan prinsip kelakuan, mengekalkan etika untuk pendekatan Aristotelian yang lebih kepada penaakulan praktikal, berdasarkan tanggapan kebaikan, dan secara amnya mengelakkan pemisahan pertimbangan 'moral' daripada pertimbangan praktikal yang lain." [3]
Untuk perbincangan tentang etika, moral dan kemanusiaan dari sudut peradaban cina, sila lihat Confucius, Laozi dan daode
Rujukan
- ^ "Kamus Dewan Karyanet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-05-15.
- ^ John Deigh in Robert Audi (ed), The Cambridge Dictionary of Philosophy, 1995.
- ^ Blackburn, Simon (2008). Oxford Dictionary of Philosophy (ed. 2nd). m/s. 240. ISBN 978-0199541430.
- Altruism: Myth or Reality? Diarkibkan 2008-05-17 di Wayback Machine