Prem Tinsulanonda | |
---|---|
เปรม ติณสูลานนท์ | |
Pemangku Raja Thailand | |
Dalam jawatan 13 Oktober 2016 – 1 Disember 2016 | |
Raja | Dikosongkan buat sementara waktu |
Perdana Menteri | Prayut Chan-o-cha |
Didahului oleh | Bhumibol Adulyadej (Rama IX) |
Digantikan oleh | Vajiralongkorn (Rama X) (Pewaris takhta) |
Presiden Majlis Privi Thailand | |
Menyandang jawatan 4 September 1998 | |
Raja | Bhumibol Adulyadej |
Didahului oleh | Sanya Dharmasakti |
Perdana Menteri Thailand ke-16 | |
Dalam jawatan 3 Mac 1980 – 4 Ogos 1988 | |
Raja | Bhumibol Adulyadej |
Didahului oleh | Kriangsak Chamanan |
Digantikan oleh | Chatichai Choonhavan |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 24 Mei 1979 – 5 Ogos 1986 | |
Perdana Menteri | Kriangsak Chomanan |
Didahului oleh | Kriangsak Chomanan |
Digantikan oleh | Phaniang Kantrat |
Panglima Besar Tentera Diraja Thai | |
Dalam jawatan 1 Oktober 1978 – 25 Ogos 1982 | |
Didahului oleh | Serm Na Nakhon |
Digantikan oleh | Prayuth Jarumanee |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Songkhla, Songkhla, Siam | 26 Ogos 1920
Kewarganegaraan | Thai |
Parti politik | tidak berpihak (Tentera) |
Tempat belajar | Akademi Tentera Diraja Chulachomklao; United States Army Armor School, Fort Knox |
Perkhidmatan tentera | |
Cabang/khidmat | Tentera Diraja Thai |
Tahun khidmat | 1941–86 |
Pangkat | Jeneral (Phon Ek) |
Pangkalan | Panglima Besar (1978-81) |
Perang/Pertempuran | Perang Perancis-Thai Perang Dunia Kedua Perang Pemberontak Komunis Thailand (1945–90) |
Jeneral Tun Prem Tinsulanonda (Bahasa Thai: เปรม ติณสูลานนท์ ; RTGS: Prem Tinnasulanon; lahir 26 Ogos 1920) ialah seorang pegawai tentera bersara Thai yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand dari 3 Mac 1980 hingga 4 Ogos 1988. Sebagai presiden Majlis Privi Thailand, beliau dilantik menjadi Pemangku Raja Thailand setelah kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober 2016.
Semasa kejadian krisis politik Thailand dari 2005-2006, beliau pernah dituduh oleh Perdana Menteri pada masa itu, Thaksin Shinawatra, dan penyokong-penyokongnya sebagai dalang di sebalik rampasan kuasa yang berlaku akibat krisis tersebut [1] selain menjadi penyokong kuat kerajaan baharu Surayud Chulanont.[2] Kerajaan tentera yang mengguling Thaksin menafikan bahawa Prem mempunyai peranan besar dalam kejadian tersebut. [3]
Prem, sebagai presiden Majlis Privi Thailand, sering menjadi pelopor ideologi Raja Bhumibol serta giat menyokong projek-projek pembangunan Raja Bhumibol. Beliau sering menggesa masyarakat Thai untuk mengikuti nasihat dan pedoman raja. Prem sendiri juga mengasas beberapa projek kebajikan dalam bidang pendidikan, penindasan gejala dadah, kemiskinan dan hal ehwal kesatuan negara. Sebagai seorang rakyat Thai selatan, beliau secara peribadi cuba menyelesaikan kejadian Pemberontakan di Thailand Selatan.
Pendidikan, kerjaya tentera dan politik
Dilahirkan di wilayah Songkhla di selatan Thailand, Prem merupakan anak kepada Luang Winittantagum (Bueng Tinsulanonda) dan Odd Tinsulanonda dan mempunyai tujuh orang adik-beradik. Bapanya seorang warden sebuah penjara di Songkhla dan Prem sering berseloroh bahawa sebahagian besar zaman kanak-kanaknya diluangkan di penjara.[4] Prem menuntut di Sekolah Menengah Maha Vajiravudh di Songkhla diikuti dengan Sekolah Suankularb Wittayalai di Bangkok. Prem memasuki Akademi Tentera Chulachomklao pada 1941. Sebagai seorang pegawai tentera yang terbilang, beliau mula menyertai arena politik pada 1959 sebagai anggota Jawatankuasa Pelakaran Perlembagaan. Dari 1968 hingga 1971 beliau merupakan Ahli Senat, dari 1972–73 sebagai Anggota Parlimen, dan pada 1976 dilantik dalam Majlis Penasihat Perdana Menteri pada masa itu, Thanin Kraivichien. Di bawah pemerintahan Perdana Menteri Kriangsak Chomanan, beliau menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 1977–78 dan Menteri Pertahanan dari 1979 hingga 1986.
Prem terkenal dengan usahanya memulakan rundingan dengan para anggota Parti Komunis Thailand. Akibat usahanya itu, ramai anggota parti tersebut mendapat amnesti dan dibenarkan pulang ke negara itu. Hal ini telah meleraikan perselisihan di antara pemerintah dan gerila komunis pada tahun 1980an.
Prem tidak pernah berumahtangga dan pernah mengisytiharkan bahawa kehidupan beliau itu didedikasikan kepada angkatan tentera negara itu.[5]
Perdana Menteri Thailand
Setelah Kriangsak bersara pada 1980, Prem dipilih untuk mengambil alih jawatannya. Prem sering membentuk kerajaan campuran.[6]
- Pentadbiran ke-42 (12 Mac 1980 - 19 Mac 1983)
- Kabinet pertama (3 Mac 1980 - 11 Mac 1981)
- Kerajaan campuran: Social Action Party, Chart Thai, Democrat, Chart Prachachon dan Siam Democrat
- Pembangkang utama: Prachakorn Thai
- Kabinet ke-2 (11 Mac 1981 - 8 Disember 1981)
- Kerajaan campuran: Democrat, Chart Thai dan parti-parti kecil yang lain seperti Siam Democrat, Ruam Thai and Social Democrat
- Pembangkang utama: Social Action dan Prachakorn Thai
- Kabinet ke-3 (9 Disember 1981 - 30 April 1983)
- Kerajaan campuran: Social Action, Democrat, Chart Thai dan beberapa parti kecil yang lain
- Pembangkang utama: Prachakorn Thai
- Kabinet pertama (3 Mac 1980 - 11 Mac 1981)
- Pentadbiran ke-43 (30 April 1983 - 5 Ogos 1986)
- Kabinet ke-4 (30 April 1983 - 11 Ogos 1986)
- Kerajaan campuran: Social Action, Democrat, Prachakorn Thai dan National Democrat (digantikan dengan Parti Progressive pada Sep 1985)
- Pembangkang utama: Chart Thai
- Kabinet ke-4 (30 April 1983 - 11 Ogos 1986)
- Pentadbiran ke-44 (5 Ogos 1986 - 28 April 1988)
- Kabinet ke-5 (11 Ogos 1986 – 28 April 1988)
- Kerajaan campuran: Democrat, Chart Thai, Social Action, Rasadorn
- Pembangkang utama: Prachakorn Thai, United Democratic, Ruam Thai, Community Action, Progressive
- Kabinet ke-5 (11 Ogos 1986 – 28 April 1988)
Mengalahkan percubaan rampasan kuasa
Dari 1 hingga 3 April 1981, sekumpulan kolonel tentera yang dikenali sebagai 'the Young Turks' telah cuba merampas kuasa kerajaan di Bangkok. Sebagai langkah keselamatan, Prem telah mengiringi Raja Bhumibol dan Ratu Sirikit ke Nakhon Ratchasima, sebelum berunding dengan ketua kudeta. Percubaan ini berjaya dipatahkan pada 3 April. Beberapa pegawai yang terlibat dibenarkan mendapat suaka di luar negara.
Sebuah lagi percubaan rampasan kuasa berlaku pada 9 September 1985. Para ketuanya pernah terlibat dalam percubaan yang sama empat tahun yang lalu. Percubaan rampasan kuasa ini berubah menjadi ganas apabila berlaku insiden penembakan yang menyebabkan kematian seorang wartawan dari Australia dan jurubunyinya dari Amerika. Kudeta ini disokong oleh Ekayuth Anchanbutra, seorang usahawan yang telah melarikan diri setelah kerajaan Prem meluluskan rang undang-undang tentang jenayah kewangan. Namun pada hari yang sama, kudeta ini berjaya dipatahkan.
Percubaan membunuh
Prem menjadi sasaran empat percubaan membunuh pada 1982. Siasatan yang dijalankan telah membabitkan beberapa pegawai tentera yang terlibat dalam insiden kudeta 1981 dan juga bekas anggota-anggota komunis yang membantah dasar amnesti Prem.
Rundingan dengan pemberontak komunis
Pemberontakan komunis di Thailand dipelopori oleh Parti Komunis Thailand sejak tahun 1960an. Setelah tindakan keras dikenakan ke atas rapat raksasa yang dianjurkan oleh penuntut di Universiti Thammasat pada Oktober 1976, kegiatan komunis menjadi semakin mekar lebih-lebih lagi di bahagian timur laut negara itu, kawasan di mana pelajar-pelajar itu telah melarikan diri. Pada tahun 1980an, Prem merubah dasar kerajaannya terhadap pemberontak komunis ini. Sebelum ini, Prem telah menghantar beberapa wakilnya ke China untuk meminta bantuan negara itu untuk menyekat kegiatan Parti Komunis Thailand. Namun dasar baharunya kini menawarkan amnesti atau pengampunan kepada semua pemberontak. Akibatnya, beribu-ribu bekas pelajar yang telah melarikan diri ini meninggalkan gerakan komunis. [7]
Ahli Privi dan negarawan
Setelah berlakunya pergolakan politik pada tahun 1988, Prem membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum. Berikutan pilihan raya umum tersebut, ketua-ketua parti yang menang telah meminta Prem untuk kekal menjadi Perdana Menteri tetapi beliau menolak. Akibatnya, ketua Parti Chart Thai,Chatichai Choonhavan, dipilih menjadi Perdana Menteri yang baharu.
Pada 4 September 1998, Prem dilantik oleh Majlis Privi untuk menggantikan Sanya Dharmasakti.
Semasa insiden Black May, sebuah kejadian krisis politik berdarah pada Mei 1992, Prem dikatakan telah memainkan peranan yang penting untuk menamatkan penindasan tentera ke atas aksi tunjuk perasaan yang berleluasa pada masa itu setelah berunding dengan Raja Bhumibol.
Kegiatan pendidikan
Prem sering bergiat dalam banyak badan kebajikan terutama sekali Yayasan Prem. Beliau menubuhkan Sekolah Antarabangsa Prem Tinsulanonda pada Ogos 2001 di Chiang Mai. Kawasan kampus sebesar 90 ekar (360,000 m2); dan bilangan pelajar ialah lebih kurang 400 orang daripada 36 buah negara.
Letupan Mac 2006: Antagosnisme Prem-Thaksin
Di sebalik pertelingkahan antara Prem dan Thaksin, terjadinya sebuah letupan bom kecil di luar kediaman Prem di Bangkok pada 9 Mac 2006. Dua orang telah cedera termasuk seorang pelancong dari United Kingdom. Pihak polis mengatakan bahawa alat letupan itu disembunyikan di bawah sebuah bangku berdekatan dengan pondok kawalan yang tidak berpenghuni di hadapan kediaman Prem. Para pengawal keselamatan pada masa itu berada di dalam rumah Prem. Tiga buah kereta yang terletak berdekatan dengan tempat kejadian rosak akibat letupan itu. Perdana Menteri Thaksin Shinawatra menafikan penglibatannya dalam serangan itu.[8][9]
Pertelingkahan antara Prem dan kerajaan Thaksin bermula sejak 2005. Prem yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam angkatan bersenjata negara itu telah mengkritik langkah Thaksin yang campur tangun dalam urusan kenaikan pangkat salah satu panglimanya. Prem berpendapat bahawa pegawai tentera sebagai pegawai kerajaan harus bebas daripada sebarang perlantikan yang berbaur politik. Namun Thaksin telah melantik sepupunya sendiri, Jeneral Chaiyasith Shinawatra, sebagai panglima tertinggi angkatan tentera. Disebabkan bantahan yang disuarakan oleh Prem, Thanksin dan konco-konconya menyelar Prem dan menuduhnya masuk campur dalam hal ehwal politik negara itu.
Peranan dalam krisis politik 2006
Prem merupakan salah satu watak utama yang terlibat dalam krisis politik Thailand 2005-2006. Dalam beberapa ceramah awam, Prem pernah mengkritik percubaan beberapa ahli politik yang cuba masuk campur dalam urusan ketenteraan negara itu. Prem menggesa orang ramai untuk menentang korupsi yang berleluasa di negara itu. Ramai pengulas pada masa itu merasakan bahawa Prem sebenarnya sedang mengkritik kerajaan Thaksin.
Pada Jun 2006, Thaksin memberikan ucapan yang menimbulkan kontroversi dengan mengatakan bahawa terdapat 'campur tangan luar atau kuasa' yang cuba memusnahkan kerajaannya. Penyokong-penyokong Thaksin mengandaikan orang yang dimaksudkan ialah Prem walaupun Thaksin tidak menyebut nama sesiapa pun.
Berikutan kudeta tentera September 2006, penyokong-penyokong Thaksin telah menuduh Prem sebagai dalang di sebalik kejadian mengguling kerajaan Thaksin.[1] Prem memang telah memastikan perlantikan Surayud Chulanont sebagai Perdana Menteri dan juga mempunyai pengaruh yang besar dalam memilih anggota-anggota kabinet. Para pengkritik mengatakan bahawa kabinet tersebut dipenuhi dengan "konco-konco Prem".[10][11][12]
Dalam sebuah wawancara pada awal 2006, Prem menjelaskan visinya tentang demokrasi ciri Thai, di mana raja kekal menjadi pembela masyarakat dan memegang tampuk kuasa ke atas angkatan bersenjata negara itu. Prem menggunakan metafora seorang ahli menunggang kuda untuk menjelaskan perhubungan di antara Raja, Perdana Menteri dan tentera: "Di dalam sebuah perlumbaan, ada bangsal dan ada pemilik kuda. Tugas joki pula ialah untuk menunggang kuda semasa perlumbaan tetapi dia tidak memiliki kuda itu. Sangat mudah untuk difahami".[13]
Peranan Prem dalam kudeta yang berlaku sering diperdebatkan. Salah seorang jurucakap Majlis Pemerintahan Tentera menafikan pelibatan Prem dalam kudeta tersebut.[14] Leftenen Jeneral Polis Thailand pada masa itu, Theeradech Rodphot-hong, mengingatkan Prem dan Thaksin bahawa sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil daripada mana-mana pihak tidak wajar diteruskan kerana akan melibatkan Raja dalam konflik politik. Theeradech menggesa kedua-dua pihak untuk menggugurkan tindakan undang tersebut demi kestabilan negara.[15]
Pada 22 Julai 2007, beribu-ribu penunjuk perasaan, kebanyakan mereka penyokong Thaksin, mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman Prem, menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. Apabila demonstrasi ini menjadi ganas, pihak polis menahan beberapa ketua penunjuk perasaan, termasuk Ketua Sementara Hak Asasi Manusia Kebangsaan dan juga seorang bekas hakim, kedua-duanya merupakan anggota parti politik Thaksin. [16] Selepas kejadian itu, ketua junta, Sonthi Boonyaratklin, menziarahi Prem untuk meminta maaf atas kejadian tersebut bagi pihak kerajaan. Sehari selepas itu, Perdana Menteri, Surayud Chulanont, serta 34 anggota kabinet yang lain meminta maaf kepada Prem kerana membiarkan insiden itu berlaku. Surayud menuduh penunjuk-penunjuk perasaan tersebut ingin menjatuhkan institusi tertinggi negara itu.[17] Prem tidak henti-henti menafikan tuduhan yang beliau bertanggungjawab atas kejadian kudeta tentera yang berlaku. Menurut Prem, tuduhan itu tidak berasas, sering diulang-ulang dan bersifat provokatif.[18]
Prem dan bantahan penyokong Thaksin pada April 2009
Sebelum dan semasa bantahan beramai-ramai penyokong puak UDD Thaksin, Prem sering diselar kerana dianggap telah masuk campur dalam urusan politk Thailand. Thaksin dan penyokong-penyokongnya kerap menggelar Prem sebagai 'ammatya', 'boneka raja', atau 'aristokrat', dan sebagai ancaman kepada demokrasi kerana beliau tidak pernah dipilih melalui pilihanraya umum tetapi secara langsung oleh raja. Namun Prem tidak pernah bertindak balas terhadap serangan-serangan tersebut.
Anugerah dan Darjah Kebesaran
Prem telah dikurniakan dengan anugerah darjah kebesaran Thailand seperti berikut:
- 1975 - Knight Grand Cordon (Kelas Istimewa) of the Most Noble Order of the Crown of Thailand
- 1978 - Knight Grand Cordon (Kelas Istimewa) of the Most Exalted Order of the White Elephant
- 1982 - Knight Grand Cross (Kelas Pertama) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao
- 1988 - Member of the Order of Symbolic Propitiousness Ramkeerati]] Boy Scout Citation Medal (Kelas Istimewa)
- 1988 - Knight of the Ancient and Auspicious Order of the Nine Gems
- 1990 - Knight Grand Commander (Kelas Pertama) of the Honourable Order of Rama
- 1996 - Knight Grand Cross (Kelas Pertama) of the Most Admirable Order of the Direkgunabhorn
Pingat
- Pingat Kemenangan - Indochina
- Pingat Kemenangan - Perang Dunia Kedua
- Freemen Safeguarding Medal (Kelas Pertama)
- Pingat Pelindung Perlembagaan
- Pingat Chakra Mala (15 tahun berkhidmat dalam tentera)
- Pingat Sifer Diraja Rama IX, Kelas Pertama
- Pingat Penghargaan Palang Merah
Luar negara
- Malaysia : Seri Maharaja Mangku Negara (Kehormat) --Tun (1984)[19]
Rujukan
- ^ a b "Could Thailand be Getting Ready to Repeat History?". Asia Sentinel. April 2, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-25. Dicapai pada April 5, 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Former Thai PM Prem Tinsulanonda had key role in coup - analysts". Dicapai pada August 15, 2008.
- ^ "UDD aims to damage monarchy". Bangkok Post. July 25, 2007. Dicapai pada August 15, 2008. [pautan mati]
- ^ Warren (1997). Prem Tinsulanonda. m/s. 26.
- ^ Frederick A. Moritz (4 March 1980). "Thailand's new strong man is also nation's Mr. Clean". The Christian Science Monitor. Dicapai pada 4 March 2015.
- ^ Suchit Bunbongkarn, "The Military in Thai Politics, 1981-1986", published by the Institute of Southeast Asian Studies, 1987.
- ^ "Thailand Communist Insurgency 1959-Present". Dicapai pada 20 October 2016.
- ^ "British tourist injured in Bangkok bomb blast". The Telegraph. March 10, 2006. Dicapai pada January 2, 2007.[pautan mati kekal]
- ^ Simon Freeman (March 9, 2006). "Thailand tourist alert after Bangkok bomb". Times Online. Dicapai pada January 2, 2007.
- ^ "Thailand's post-coup cabinet unveiled". The Australian. October 9, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-12. Dicapai pada October 16, 2006.
- ^ "NLA 'doesn' t represent' all of the people". The Nation. October 14, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-02. Dicapai pada October 16, 2006. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Assembly will not play a major role". The Nation. October 14, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-16. Dicapai pada October 16, 2006. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Far Eastern Economic Review
- ^ "CNS to take action against Prem's critics". Bangkok Post. April 2007. Dicapai pada April 11, 2007. [pautan mati]
- ^ Asia Media Post, Petitioners cautioned that appeal improper Diarkibkan 2011-05-20 di Wayback Machine, April 2007
- ^ "Six protesters held". Bangkok Post. July 23, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-23. Dicapai pada July 26, 2007.
- ^ "PM says sorry to Prem over mob violence". The Nation. July 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada July 26, 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "PM: UDD aims to damage monarchy". Bangkok Post. July 25, 2007. Dicapai pada July 27, 2007. [pautan mati]
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1984" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-29. Dicapai pada 2016-10-23.
Bacaan lanjut
- William Warren (1997). Prem Tinsulanonda: Soldier & Statesman. M. L. Tridosyuth Devakul. ISBN 974-89580-8-6.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Prem Tinsulanonda |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Kriangsak Chamanan |
Perdana Menteri Thailand 1980–1988 |
Diikuti oleh: Chatichai Choonhavan |
Didahului oleh Sanya Dharmasakti |
Presiden Majlis Privi Thailand 1998–kini |
Diikuti oleh: Penjawat kini |