Pratt & Whitney JT9D adalah enjin pesawat pertama yang bernisbah langkau tinggi (dikeluarkan oleh Pratt & Whitney) dan digunakan untuk menjana pesawat berbadan lebar. Pesawat pertama menggunakan enjin ini ialah 747-100, pesawat jumbo pertama.
Famili JT9D dibahagikan kepada 3 siri yang berbeza. Pertamanya ialah JT9D-7 menjana kuasa antara 206 ke 220 kN (46,300 - 50,000 lbf), kedua ialah JT9D-7Q yang menjana tujahan 236 kN (53,000 lbf) dan ketiga ialah JT9D-7R4 yang menjana tujahan antara 214 hingga 249 kN (48,000 - 56,000 lbf).
Ketiga-tiga jenis enjin ini menjana kuasa bagi pesawat B747, B767, A300, A310 dan DC-10. Untuk JT9D-7R4 yang dipasang pada B767, A300 danA310, ia mendapat kelulusan operasi ETOPS 180-minit.
Enjin yang dikelurakan oleh Pratt & Whitney selepasnya ialah PW4000