Tuan Yang Terutama Pranab Mukherjee | |
---|---|
Presiden India ke-13 | |
Dalam jawatan 25 Julai 2012 – 25 Julai 2017 | |
Perdana Menteri | Manmohan Singh Narendra Modi |
Naib Presiden | Mohammad Hamid Ansari |
Didahului oleh | Pratibha Patil |
Digantikan oleh | Ram Nath Kovind |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 24 Januari 2009 – 26 Jun 2012 | |
Perdana Menteri | Manmohan Singh |
Didahului oleh | P. Chidambaram |
Digantikan oleh | P. Chidambaram |
Dalam jawatan 5 Januari 1982 – 31 Disember 1984 | |
Perdana Menteri | Indira Gandhi |
Didahului oleh | R. Venkataraman |
Digantikan oleh | V. P. Singh |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 22 Mei 2004 – 27 Oktober 2006 | |
Perdana Menteri | Manmohan Singh |
Didahului oleh | George Fernandes |
Digantikan oleh | A. K. Antony |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pranab Kumar Mukherjee Mirati, Birbhum, Bengal Presidency, British India (sekarang Bengal Barat, India) |
Mati | 31 Ogos 2020 New Delhi, Delhi, India | (umur 84)
Parti politik | Kongres Kebangsaan India (1969–86; 1989–2012) |
Gabungan politik lain | Kongres Rashtriya Samajwadi (1986–89) |
Pasangan | Suvra Mukherjee (k. 1957; m. 2015) |
Anak | Sharmistha Mukherjee Abhijit Mukherjee Indrajit Mukherjee |
Kediaman | Rashtrapati Bhavan, New Delhi, Delhi, India |
Tempat belajar | Universiti Calcutta |
Laman web | Laman web rasmi |
Pranab Kumar Mukherjee (11 Disember 1935 - 31 Ogos 2020) ialah bekas ahli politik India yang berkhidmat sebagai Presiden India ke-13 dari 2012 hingga 2017. Mukherjee juga merupakan bekas Menteri Kewangan India.
Mukherjee adalah pemimpin kanan Parti Kongres Kebangsaan India sehingga beliau meletak jawatan sebelum pilihan raya Presiden India 2012 pada 22 Julai 2012. Beliau mengambil jawatan sebagai Presiden India ke-13 pada 25 Julai 2012.
Pranab Mukherjee terlibat dalam politik Kongres Kebangsaan India pada 1969 di bawah Perdana Menteri India Indira Gandhi. Beliau pernah menjadi menteri dalam kabinet Indira Gandhi (1973) dan Menteri Kewangan India (1982-1984). Mukherjee adalah Ketua Dewan Sabha Rajya (1980-1985).
Mukherjee itu diketepikan dari Kongres semasa era Rajiv Gandhi kerana tidak sealiran dengan Rajiv Ghandhi. Kemudian beliau membentuk parti politik baru, Kongres Rashtriya Samajwadi tetapi bergabung dengan Kongres (1989) selepas berkompromi dengan Perdana Menteri Rajiv Gandhi. Seterusnya Perdana Menteri Narasimha Rao memilih beliau sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perancangan dan sebagai Menteri Luar India (1995-1996) dalam Kabinet Rao . Mukherjee muncul sebagai arkitek politik Sonia Gandhi pada 1990-an. Beliau menjadi negarawan sulung daripada parti Kongres. Mukherjee adalah Ketua Dewan Lok Sabha 2004-2012. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan (2004-2006) ; Menteri Hal Ehwal Luar (2006-2009); Menteri Kewangan 2009-2012 dalam kerajaan Perdana Menteri Manmohan Singh .
Mukherjee menerima penghargaan seperti Menteri Kewangan terbaik Dunia (1984) dan Menteri Kewangan Asia (2010) oleh akhbar 'Emerging Markets' untuk Bank Dunia dan IMF. Pada Disember 2010, majalah Banker mengiktiraf beliau sebagai "Menteri Kewangan Tahun 2010". Kerajaan India juga memberi penghormatan kepada beliau bersama tokoh Padma Vibhushan pada tahun 2008.
Pada tahun 2017, Mukherjee memutuskan untuk tidak bertanding untuk pemilihan semula dan bersara daripada politik selepas meninggalkan kepresidenan kerana "komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan usia tua". Tempoh jawatannya tamat pada 25 Julai 2017.[1][2][3]
Presiden India
Pranab menggantikan presiden wanita pertama, Pratibha Patil, yang tempoh penggal lima tahunnya berakhir pada 25 Julai 2012.
Dalam undian yang dijalankan, beliau menewaskan P.A.Sagma, bekas Speaker Dewan Rakyat (Lok Sabha).Terdapat 748 anggota Parlimen dalam Dewan Rakyat. 527 mengundi Pranab manakala Sagma, 64, mendapat 206 undi. Sebanyak 15 undi rosak.[4]
Pada bulan Januari 2017, Mukherjee menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pilihan raya Presiden 2017. Alasannya untuk mengatakan ini ialah umurnya dan kesihatan yang tidak baik.
Kematian
Belliau meninggal dunia pada 31 Ogos 2020 akibat dari komplikasi selepas pembedahan otak serta COVID-19.[5]
Rujukan
- ^ Sachidananda Murthy (December 27, 2015). "And the next President is..." english.manoramaonline.com/home.html. Manorama Online. Dicapai pada 28 April 2016.
- ^ Presidential Election 2017: Pranab Mukherjee retires in July, this is how India elects its president
- ^ Presidential Election 2017: Not in race for another term, says Pranab Mukherjee
- ^ Pranab Mukherjee dipilih Presiden India ke 13
- ^ "Perjalanan terakhir bekas presiden India Pranab Mukherjee diberi penghormatan ketenteraan". Bernama. 2 September 2020. Dicapai pada 4 September 2020.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pranab Mukherjee |
- Laman web rasmi Presiden India
- Profil Parlimen di India.gov.in
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Ramaswamy Venkataraman |
Menteri Kewangan 1982–1984 |
Diikuti oleh: Vishwanath Pratap Singh |
Didahului oleh Mohan Dharia |
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perancangan 1991–1996 |
Diikuti oleh: Madhu Dandavate |
Didahului oleh Dinesh Singh |
Menteri Luar Negeri 1995–1996 |
Diikuti oleh: Atal Bihari Vajpayee |
Didahului oleh George Fernandes |
Menteri Pertahanan 2004–2006 |
Diikuti oleh: Arackaparambil Kurian Antony |
Didahului oleh Manmohan Singh |
Menteri Luar Negeri 2006–2009 |
Diikuti oleh: Somanahalli Mallaiah Krishna |
Menteri Kewangan 2009–2012 |
Diikuti oleh: Manmohan Singh | |
Didahului oleh Pratibha Patil |
Presiden India 2012–2017 |
Diikuti oleh: Ram Nath Kovind |