Postknight | |
---|---|
Pembangun | Kurechii |
Penerbit | Kurechii |
Pengarah | Yiwei P'ng |
Pengeluar | Yiwei P'ng |
Pereka | Lydia Ho |
Pengatur cara | Kung Shin Hean, Low Jiahao, Lee Zhi Fei |
Artis | Mclelun Lee, Sapphire Wong, Edmond Phang |
Penulis | Lydia Ho |
Komposer | Falk Au Yeong |
Platform | Android, iOS |
Pelepasan |
|
Genre | RPG, Pengembaraan |
Mod | Pemain tunggal |
Postknight ialah permainan video aplikasi mudah alih RPG yang dibangunkan oleh Kurechii, sebuah pasukan pembangun permainan dari Malaysia.[1]. Ia dikeluarkan untuk iOS dan Android pada tarikh 9 Februari 2017, selepas tempoh ujian beta berakhir.[2][3] Sequel daripada original, Postknight 2 dikeluarkan untuk platform yang sama pada 2 Disember 2021.[4]
Gaya permainan
Pemain mengambil peranan sebagai Postknight, atau seorang kesateria sederum kurir pos yang harus maju bertarung melawan musuh seperti serigala dan penyamun. Semasa misi berlaku, pemain akan mengawal Postknight dengan menggunakan tiga butang,[5] membolehkan mereka untuk menyerang musuh, menangkis serangan mereka atau menyembuhkan kecederaan. Selepas melakukan suatu tindakan, pemain mesti menunggu masa tertentu, biasanya hanya beberapa saat, sebelum mereka dapat melakukan tindakan itu lagi hingga akhir perjalanan misi.
Bagi setiap misi yang berjaya, pemain menerima ganjaran yang boleh digunakan untuk menaik taraf perisai, senjata, dan ramuan penguat. Pemain dapat menaikkan tingkat karakter dengan poin dalam 4 cabang: kekuatan (meningkatkan kerosakan), ketangkasan (meningkatkan peluang menghindari dan melakukan serangan kritikal), kecerdasan (meningkatkan pertahanan sihir dan kadar keuntungan pengalaman) dan vitaliti (meningkatkan maksimum kesihatan).[6]
Satu lagi mekanik permainan yang menarik adalah hubungan romantik. Pemain boleh memberikan hadiah kepada NPC wanita tertentu dalam permainan dan meningkatkan level hati mereka dengan bersama, yang seterusnya akan menghasilkan hadiah yang diberikan kepada pemain jika tahap hubungan tertentu dicapai. Walaubagaimanapun, jika pemain memberi hadiah hadiah yang salah/tidak diingini kepada NPC wanita atau tidak bercakap dengan mereka untuk masa yang lama, level hati akan jatuh.[7]
Penerimaan
Gamezebo memberikan Postknight empat daripada lima bintang, menyatakan bahawa kelajuan permainan dibenarkan untuk sedikit masa henti dan permainan yang kekal konsisten sambil mengkritik elemen ulangan nya.[8] Common Sense Media menilai nya pada tiga bintang, mengkritik tema ulangan nya juga dan pilihan freemium, manakala mengatakan bahawa ia adalah permainan sempurna untuk bermain dalam tempoh singkat.[9] Touch Arcade juga mmenilai nya dan menamakannya "Game of the Week" pada minggu pertama keluaran aplikasi ini.[10]
Postknight telah dicalonkan dan memenangi Anugerah Grand Prix Permainan Mudah Antarabangsa SEA 2017, menjadikan permainan inu pemenang pertama Grand Prix SEA dari Malaysia.[11] Pada akhir tahun, Postknight diberikan penghargaan oleh Google Play Store sebagai 'Google Play's Best Games of 2017'.[12]
Rujukan
- ^ "Postknight is an adorable bite-sized RPG for people on the go". Pocket Gamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ Dotson, Carter. "'Postknight' From 'Tiny Guardians' Developer Launches on February 9th" (dalam bahasa Inggeris). TouchArcade. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "Warriors Are In Charge Of Daring Deliveries In Mobile RPG Postknight". Siliconera (dalam bahasa Inggeris). 28 Januari 2017. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "'Postknight 2' Launching December 2nd, Available for Pre-Order with Rewards on iOS and Android Now – TouchArcade" (dalam bahasa Inggeris). November 2, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada November 21, 2022. Dicapai pada 2022-11-21.
- ^ Aziz, Lilya. "I Worked As A Medieval Postman Delivering A Bed, Poison And Soup All In One Day". Vulcan Post. Vulcan Post. Dicapai pada August 16, 2017.
- ^ "The cutest game coming to mobile! – Review of Postknight by Kurechii". mobilegameguides.net.
- ^ "POSTKNIGHT – PREVIEW". Sirius Gaming.
- ^ Werner, Jillian (13 Februari 2017). "Postknight Review: Signed, Sealed, Delivered". Gamezebo. Dicapai pada 6 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Johnson, Neilie. "Postknight - App Review". Common Sense Media (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Nelson, Jared (10 Februari 2017). "TouchArcade Game of the Week: 'Postknight'". TouchArcade (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "2nd IMGA Southeast Asia - International Mobile gaming awards". International Mobile Gaming Awards (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Januari 2018.
- ^ "Check Out The Only M'sian Game On Google Play's Best Games Of 2017!". Google Play's Best Games of 2017 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2019.
Pautan luar
- Laman rasmi
- Postknight di Facebook