Pokok botol | |
---|---|
Pokok Botol di Tanzania | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. digitata
|
Nama binomial | |
Adansonia digitata |
Pokok botol, baobab Afrika atau nama saintifiknya Adansonia digitata merupakan spesies pokok baobab (atau genus Adansonia) paling luas tersebar di benua Afrika khususnya kawasan savana kering panas sub-Sahara. Ia turut tumbuh di kawasan berpenduduk dan tersebar menurut kawasan pertanian.
Di had utara taburannya di Afrika dikaitkan dengan pola hujan; hanya di persisiran Lautan Atlantik dan di Sudan ia sekali-sekala terdapat secara semulajadi di Sahel. Di persisiran Altantik, ini mungkin tersebar selepas pertanian. Ia terdapat sekali-sekala di Afrika Tengah, dan ia hanya didapati di bahagian amat utara di Afrika Selatan. Di Afrika Timur, pokok Botol turut tumbuh di "Scrubland" dan di persisiran. Di Angola dan Namibia, pokok Botol tumbuh di kawasan berhutan, dan di daerah persisiran, sebagai tambahan di savanah. Ia turut didapati di kawasan Dhofar di Oman dan Yemen di Semenanjung Arab, Asia. Pokok ini turut dijumpai di India, terutama di kawasan kering India.[1]
Pertumbuhan
Pokok ini biasanya tumbuh sebagai individu tersendiri, dan merupakan pokok yang besar dan menonjol di savana, di tanah semak dan berhampiran kawasan berpenghuni, dengan sesetengah pohon yang besar tumbuh mungkin melebihi seribu tahun dahulu.[2]
Pokok botol menghasilkan bunga putih amat besar, dan berat. Bunga menonjol adalah pendulous dengan sejumlah besar stamen. Ia memiliki bau bangkai dan penyelidik membuktikan ia sebahagian besar didebungakan oleh kelawar buah dari keluarga kecil Pteropodinae. Buah pokok botol dipenuhi isi yang kering, mengeras, dan jatuh berkecai seperti ketulan roti kering berdebu.[3]
Nma khas botani digitata merujuk kepada jari pada tangan, di mana terdapat lima daun kecilnya seperti bilangan jari. Di Afrika, pokok Botol kekal tanpa berdaun kebanyakan masa, tetapi di Malaysia ia kekal berdaun sepanjang masa.[4]
Pokok Botol secara tradisi merupakan pokok makanan di Afrika, tetapi kurang dikenali di kawasan lain. Sebagai sayur, ia dicadangkan sebagai berpotensi meningkatkan zat, meningkat keselamatan makanan, menggalakkan perkembangan kawasan luar bandar, dan menyokong penjagaan tanah berterusan.[5]
Buah
Buah pokok Botol Afrika adalah sepanjang 6 hingga 8 inci atau 15 hingga 20 sentimeter. Ia mengandungi 50% lebih banyak kalsium berbanding bayam, dan kaya dengan antioksida, dan tiga kali ganda vitamin C berbanding buah Oren.[6] Ia kadang kala digelar "superfruit".[6] Daunnya boleh dimakan sebagai relish, sementara buahnya larut dalam susu atau air boleh digunakan sebagai minuman. Biji benihnya juga menghasilkan minyak boleh dimakan.
Pada tahun 2008, Kesatuan Eropah meluluskan kegunaan dan pengambilan buah Botol sebagai kandungan dalam "smoothie" dan batang cereal.[7]
"United States Food and Drug Administration" meluluskan status biasanya dianggap selamat bagi pulp buah Botol kering sebagai kandungan makanan pada tahun 2009.[8]
Untuk menanam A. digitata dari biji benih, menoreh selaput tebal biji benih mempercepatkan percambahan, dari beberapa bulan atau tahun kepada beberapa hari.
Rujukan
- ^ "Adansonia digitata:Plant Database of India". Dicapai pada 2011-03-21.
- ^ Varmah, J. C.; Vaid, K. M. (1978). "Baobab - the historic African tree at Allahbad". Indian Forester. 104 (7): 461–464.
- ^ National Research Council (January 25, 2008). "Baobab". Lost Crops of Africa: Volume III: Fruits. Lost Crops of Africa. 3. National Academies Press. ISBN 978-0-309-10596-5. Dicapai pada July 15, 2008. Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|origdate=
(bantuan) - ^ [Simon Gardner, Pindar Sidisunthorn, Lai Ee May (2011), "Heritage Tree of Penang", ms. 32, Areca Books]
- ^ National Research Council (October 27, 2006). "Baobab". Lost Crops of Africa: Volume II: Vegetables. Lost Crops of Africa. 2. National Academies Press. ISBN 978-0-309-10333-6. Dicapai pada July 15, 2008. Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|origdate=
(bantuan) - ^ a b [http://www.independent.co.uk/news/world/africa/the-tree-of-life-and-its-super-fruit-869737.html Claire Soares 2008. The tree of life (and its super fruit), The Independent, Thursday, 17 July 2008
- ^ "Baobab dried fruit pulp". Advisory Committee on Novel Foods and Processes. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-03. Dicapai pada 2012-03-31.
- ^ Laura M. Tarantino (July 25, 2009). "Agency Response Letter GRAS Notice No. GRN 000273". FDA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-21. Dicapai pada 2012-03-31.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pokok botol |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Pokok botol |
- Description and cultural information
- Structured description
- PROTAbase on Adansonia digitata
- Adansonia digitata in Brunken, U., Schmidt, M., Dressler, S., Janssen, T., Thiombiano, A. & Zizka, G. 2008. West African plants - A Photo Guide. www.westafricanplants.senckenberg.de.