
Pokok Krismas (Jawi: ڤوکوق کريسمس , bahasa Inggeris: Christmas tree ) merupakan pokok hiasan, kebiasaannya daripada jenis konifer yang menjadi tradisi dalam perayaan hari Natal. Pokok Krismas tiruan pula adalah objek yang menyerupai sebatang pohon, yang biasanya dibuat daripada polivinil klorida (PVC).
Pokok itu secara tradisinya dihiasi dengan bahan yang boleh dimakan seperti epal, kacang atau kurma. Pada abad ke-18, bahan tersebut kemudiannya digantikan dengan lilin, dimana pada zaman itu belum terdapatnya bekalan elektrik. Kini, pokok Krismas dihiasi dengan pelbagai jenis perhiasan seperti kalungan, jurai dan gula-gula tongkat. Hiasan berbentuk malaikat dan bintang pula diletakkan pada bahagian atas pokok, sebagai simbol kepada malaikat atau Bintang Betlehem daripada peristiwa kelahiran Yesus.
Ia diperkenalkan Permaisuri Charlotte dari Mecklenburg-Strelitz ke England pada 1800.[1] Ia masyhur lanjut dengan perkahwinan Ratu Victoria kepada pupundanya Albert serta majlis Krismas mereka berdua pada 1841.[2]
Rujukan
- ^ "The History of the Christmas Tree at Windsor". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2011. Dicapai pada 3 January 2013.
- ^ Lejeune, Marie Claire (2002). Compendium of symbolic and ritual plants in Europe. Man & Culture. m/s. 550. ISBN 978-90-77135-04-4.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pokok Krismas. |
- Pokok Krismas di Projek Direktori Terbuka
- Pokok Krismas Diarkibkan 2008-01-12 di Wayback Machine - Keluarga Diraja British
- Sejarah pokok Krismas
- Lampu hiasan pokok Krismas luar