PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Plasmaferesis | |
---|---|
ICD-10-PCS | Templat:ICD10PCS |
ICD-9-CM | 99.7 |
MeSH | D010956 |
Plasmaferesis ialah pengambilan, rawatan, dan pengembalian atau pertukaran plasma darah atau komponennya dari dan ke dalam peredaran darah. Oleh itu, plasmaferesis boleh dianggap sebagai terapi ekstrakorporeal (prosedur perubatan dilakukan di luar badan).
Terdapat tiga jenis plasmaferesis:
- Otolog: mengambil plasma darah, mengubatinya, dan lalu mengembalikannya kepada individu yang sama
- Pertukaran: mengambil plasma darah dan menggantikannya dengan produk darah yang disumbangkan oleh orang lain. Tindakan ini disebut pertukaran plasma atau terapi pertukaran plasma. Plasma yang diambil akan dibuang dan pesakit menerima plasma pengganti, albumin, atau gabungan albumin dengan salin (biasanya 70% albumin dan 30% salin).
- Sumbangan: mengambil plasma darah, memisahkan komponen-komponennya, dan lalu mengembalikan sebahagian ke orang yang sama sementara yang lain disimpan untuk disumbangkan kepada orang lain. Dalam prosedur semacam ini, darah diambil dari tubuh, sel darah dan plasma dipisahkan, dan sel darah dikembalikan sementara plasma dikumpulkan dan dibekukan untuk disimpan.[1]
Plasmaferesis otolog dan pertukaran plasma digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit autoimun, seperti sindrom Goodpasture, miastenia gravis, sindrom Guillain–Barré, lupus, dan purpura trombositopenik trombotik.[2][3][4]
Nota kaki
- ^ "Why Donate Plasma". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-25. Dicapai pada 26 September 2011.
- ^ MedlinePlus. "Goodpasture syndrome". U.S. National Library of Medicine. Dicapai pada 7 April 2013.
- ^ Yazdi, MF; Baghianimoghadam, M; Nazmiyeh, H; Ahmadabadi, AD; Adabi, MA (2012). "Response to plasmapheresis in myasthenia gravis patients: 22 cases report". Romanian journal of internal medicine = Revue roumaine de medecine interne. 50 (3): 245–7. PMID 23330293.
- ^ Batocchi, AP; Evoli, A; Di Schino, C; Tonali, P (2000). "Therapeutic apheresis in myasthenia gravis". Therapeutic Apheresis. 4 (4): 275–9. doi:10.1046/j.1526-0968.2000.004004275.x. PMID 10975473.