Pisau lipat ialah sejenis pisau yang boleh dilipat dengan satu atau lebih bilah yang dilipat ke dalam pemegang. Pisau ini juga dikenali sebagai pisau pena, walaupun pisau pena juga mungkin tergolong sebagai sebahagian pisau lipat.[1][2] Panjang pisau lipat lazimnya ialah 5 ke 15 sentimeter (2 ke 6 inci).[3] Pisau lipat ialah alat yang serba boleh, dan dapat digunakan untuk apa saja dari membuka sampul surat hingga memotong benang serta memotong sepotong buah dan digunakan sebagai alat pertahanan diri.[4]
Pisau-pisau lipat terawal ditarikh wujud sejak awal Zaman Besi. Sebuah pisau lipat dengan pemegang diperbuat daripada tulang ditemui di tapak Budaya Hallstatt di Austria, bertarikh sekitar 600–500 SM.[5] Selain itu, pisau lipat Iberia yang mungkin dihasilkan pada zaman pra-Rom juga ditemui di Sepanyol. Banyak bilah pisau lipat juga ditemui di tapak-tapak peradaban zaman Viking.
Rujukan
- ^ "Handy with His Jack-Knife" (PDF). The New York Times. St. Louis Republican. 1884-06-25. Dicapai pada 2011-02-04.
- ^ "Question: How Did the Jackknife Get Its Name?". Junior Editors Quiz on Words. The Norwalk Hour. Norwalk, Connecticut. May 31, 1961. m/s. 29. Dicapai pada 2011-02-04 – melalui Google News.
- ^ Lake, Ron; Centofante, Frank; Clay, Wayne (1995). How to Make Folding Knives: A Step-By-Step How-To. Krause. m/s. 190. ISBN 0-87341-390-3.
- ^ Stewart, Ron; Ritchie, Roy (2000). Big Book of Pocket Knives: Identification & Values. Collector Books. m/s. 348. ISBN 978-1-57432-178-4.
- ^ Horváth, László; Kovács, Tibor; Szabó, Miklós (1987). Transdanubia I (Corpus of Celtic Finds in Hungary) (v. 1). Akademiai Kiado. m/s. 38–41. ISBN 978-963-05-3807-7.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Pisau lipat di Wikimedia Commons