| |||||||||||||||||||||||||||||||||
52 daripada 98 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan 27 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 1,280,855 | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 1,027,211 (82.8%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Peta pemenang mengikut kawasan | |||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya umum diadakan di Persekutuan Tanah Melayu pada Rabu, 27 Julai 1955, satu-satunya pilihan raya umum sebelum kemerdekaan pada 1957. Ia dianjurkan bagi memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan, yang mana sebelum ini anggotanya dilantik sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Proses pengundian berlaku di semua 52 kawasan persekutuan, bagi memilih seorang anggota. Pilihan raya negeri pula meliputi 136 kawasan negeri di sebelas negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat dari 10 Oktober 1954 hingga 12 November 1955, bagi memilih seorang ahli majlis bagi majlis perundangan negeri.
Pilihan raya ini memberikan keputusan kemenangan besar buat Parti Perikatan, sebuah kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC), dan kekalahan yang besar buat Parti Negara. Parti Islam Se-Tanah Melayu turut berhasil menempatkan wakil dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan berjaya membentuk kerajaan dengan pemimpinnya,Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.
Pilihan raya ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
30 calon Perikatan memperoleh majoriti melebihi 10,000 undi. Sembilan daripadanya memperoleh majoriti melebihi 20,000 undi. Empat puluh tiga lawan mereka hilang deposit.
Garis masa
Majlis Perundangan Persekutuan
- Hari penamaan calon: 15 Jun 1955
- Hari mengundi: 27 Julai 1955
Majlis Negeri
Negeri | Hari penamaan calon | Hari mengundi |
---|---|---|
Johor | 1 September 1954 | 10 October 1954 |
Terengganu | 29 October 1954 | |
Pulau Pinang | 13 January 1955 | 19 February 1955 |
Melaka | 4 August 1955 | nil |
Kedah | 14 August 1955 | nil |
Selangor | 11 August 1955 | 27 September 1955 |
Kelantan | 15 August 1955 | 19 September 1955 |
Perlis | 17 August 1955 | 24 September 1955 |
Pahang | 25 August 1955 | 26 September 1955 |
Negeri Sembilan | 8 September 1955 | 12 October 1955 |
Perak | 1 October 1955 | 12 November 1955 |
Keputusan
Ringkasan
Ringkasan keputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1955: Parlimen
Parti atau gabungan | Undi | % | Kerusi | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Parti Perikatan | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | 589,933 | 58.90 | 34 | ||
Persatuan Cina Malaysia | 201,212 | 20.09 | 15 | |||
Kongres India Malaysia | 26,868 | 2.68 | 2 | |||
Jumlah | 818,013 | 81.68 | 51 | |||
Parti Negara | 78,909 | 7.88 | 0 | |||
Parti Islam Se-Tanah Melayu | 40,667 | 4.06 | 1 | |||
Persatuan Kebangsaan Perak | 20,996 | 2.10 | 0 | |||
Liga Melayu Perak | 5,433 | 0.54 | 0 | |||
Parti Buruh Malaya | 4,786 | 0.48 | 0 | |||
Parti Progresif Perak | 1,081 | 0.11 | 0 | |||
Bebas | 31,642 | 3.16 | 0 | |||
Jumlah | 1,001,527 | 100.00 | 52 | |||
Undi sah | 1,001,527 | 97.50 | ||||
Undi rosak/kosong | 25,684 | 2.50 | ||||
Jumlah undi | 1,027,211 | 100.00 | ||||
Pengundi berdaftar | 1,280,855 | 80.20 | ||||
Source: The Malayan Elections, Francis G. Carnell.[1][1][2][3] |
Lihat juga
- Ahli Majlis Perundangan Negeri Tanah Melayu
- Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
- Pilihan raya umum Malaysia
- Proses Pilihan Raya di Malaysia
- Politik Malaysia
Rujukan
- Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia, The MacMlllan Press Ltd. (1982). ISBN 0-333-276736.
- The World Book Encyclopedia, World Book International (1994). ISBN 0-7166-6694-4.
- ^ Carnell, Francis G. (December 1955). "The Malayan Elections". Pacific Affairs. University of British Columbia. 28 (4): 315. doi:10.2307/3035316. ISSN 0030-851X. JSTOR 3035316.