| |||||||||||
| |||||||||||
|
Pilihan raya presiden telah diadakan di Ukraine pada 25 Mei 2014.[2] Pada asalnya, ia dijadualkan pada 29 Mac 2015 tetapi diubah kerana berlakunya revolusi di Ukraine yang bermula pada bulan Februari.[3][4][5] Pusingan kedua dan terakhir pilihan raya akan diadakan pada 15 Jun.[6] Presiden terpilih, Petro Poroshenko akan berkhidmat sebagai presiden selama lima tahun.[1]
Pilihan raya ini diadakan ketika terjadinya pergolakan pro-Rusia, termasuklah pemberontakan pemisah di kawasan Donbas, timur Ukraine (di mana beberapa bandar-bandar berada di bawah kawalan angkatan tentera pro-Rusia).[7] Pengisytiharan sendiri Republik Rakyat Donetsk dan Republik Rakyat Lugansk telah berikrar bahawa mereka akan melakukan segala yang mungkin untuk mengganggu pilihan raya.[8] Ketika krisis Krimea, Ukraine kehilangan kuasa terhadap Krimea, di mana secara sepihaknya ia diilhakkan oleh Rusia pada bulan Mac 2014.[7][9][nb 1] Oleh itu, Krimea kehilangan hak untuk mengundi.
Pada 17 Mei 2014, Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Ukraine memberi amaran bahawa ia boleh menjadi mustahil untuk mengadakan pilihan raya di beberapa bahagian di Donbas dan ini akan menghalang dua juta penduduk di kawasan itu untuk menunaikan tanggungjawab mereka.[11][12][13] Jawatankuasa Pengundi Ukraine memberi amaran bahawa pada 23 Mei, 10% daripada para pengundi mungkin tidak dapat mengundi.[14] Secara keseluruhan, 36 juta rakyat Ukraine layak untuk mengundi.[11][8]
Nota
- ^ Status Krimea dan Sevastopol kini berada dalam pertikaian antara Ukraine dan Rusia; Ukraine dan majoriti masyarakat antarabangsa menganggap Crimea sebagai sebuah republik autonomi Ukraine dan Sevastopol sebagai salah satu bandar raya Ukraine yang mempunyai status khas, manakala Rusia, sebaliknya menganggap Krimea sebagai sebuah subjek persekutuan di Rusia dan Sevastopol salah satu bandar raya persekutuannya.[10][7]
Rujukan
- ^ a b "New Ukrainian president will be elected for 5-year term – Constitutional Court". Interfax-Ukraine. 16 Mei 2014.
- ^ "Ukraine elections: Runners and risks". BBC News. 22 Mei 2014.
- ^ http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-26289318
- ^ http://www.aljazeera.com/news/europe/2014/02/ukrainian-presidency-says-deal-made-at-talks-201422165257342300.html
- ^ http://rt.com/news/ukraine-president-deal-elections-087/
- ^ "Ukraine talks set to open without pro-Russian separatists". The Washington Post. 14 Mei 2014.
- ^ a b c "Ukraine crisis timeline". BBC News.
- ^ a b "Russia will recognise outcome of Ukraine poll, says Vladimir Putin". The Guardian. 23 Mei 2014.
- ^ "EU & Ukraine 17 april 2014 FACT SHEET" (PDF). 17 April 2014. Unknown parameter
|publsiher=
ignored (|publisher=
suggested) (bantuan) - ^ Gutterman, Steve. "Putin signs Crimea treaty, will not seize other Ukraine regions". Reuters.com. Dicapai pada 26 Mac 2014.
- ^ a b "Fighting rages in East Ukraine as talks continue". Euronews. 18 Mei 2014.
- ^ "At Ukraine Peace Talks, Eastern Leaders Assail Central Government". VOA. 17 Mei 2014.
- ^ "CEC: Elections in Donetsk and Luhansk region becomes increasingly difficult" (dalam bahasa Ukraine). Ukrayinska Pravda. 17 Mei 2014.
- ^ http://tsn.ua/vybory-2014/vybory-prezidenta/lishe-tretina-viborciv-donbasu-zmozhut-progolosuvati-25-travnya-eksperti-351172.html