| |||||||||||||||||||||||||||||
135 dari 150 kerusi dalam 'Dewan Perundangan Uzbekistan'. | |||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 87.8% (pusingan pertama) | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya parlimen Uzbekistan 2009-2010 diadakan dua peringkat iaitu pada 27 Disember 2009 dan 10 Januari 2010 untuk memilih 150 anggota parlimen Uzbekistan. Daripada jumlah tersebut, 135 dipilih secara langsung daripada kawasan pilihan raya ahli tunggal menggunakan sistem dua pusingan, sementara 15 kerusi dicadangkan untuk negara Gerakan Ekologis. Pengundian dijalankan dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam waktu Uzbekistan (0100 - 1500 UTC).[1]
Parti yang bertanding
- Parti Demokratik Liberal Uzbekistan kembali sebagai parti tunggal terbesar dalam majlis perundangan.[2]
- Parti Rakyat Demokratik Uzbekistan
- Parti Demokratik Kebangkitan Nasional
- Parti Sosial Demokrat Keadilan
Pemantau
Pemantau dari 270 orang dari 36 negara dan wakil-wakil daripada empat misi antarabangsa.[3] Veronica Szente Goldston dari Human Rights Watch untuk Eropah dan Asia Tengah turut meninjau suasana pilihan raya.[4]
Jumlah pengundi
Terdapat 17,215,700 pemilih yang berhak mengundi kali ini. Namun hanya 57.3% (9,879,195 pengundi) telah mengundi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam. Hanya 33% jumlah undian minimum diperlukan.[5]
Bancian pada 24 Disember, semua 16 juta pengguna telefon di Uzbekistan menerima SMS memberitahu mereka tentang pilihan raya mendatang. Rakyat Uzbek yang tinggal di Amerika Syarikat turut menyatakan rasa tidak puas hati kerana berada di bawah tekanan politik untuk mengundi.[4]
Pilihan raya pusingan kedua pada 10 Januari 2010, pengundi seramai 4,969,547 layak mengundi. Seramai 79.7% (3,960,876 pemilih) keluar mengundi.[6]
Keputusan
Keputusan diumumkan pada 29 Disember untuk 86 daripada 135 kerusi. Bakinya 39 kerusi belum mendapat keputusan rasmi. Tidak ada calon yang mendapat majoriti besar. Keputusan akhir diumumkan pada 13 Januari 2010.[2]
Parties | First round | Second round* | Total seats | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Votes | % | Seats | Votes | % | Seats | ||
Uzbekistan Liberal Democratic Party (O'zbekiston Liberal Demokratik Partiyasi) |
33 | 20 | 53 | ||||
Uzbekistan People's Democratic Party (O'zbekistan Xalq Demokratik Partiyasi) |
22 | 10 | 32 | ||||
Uzbekistan National Revival Democratic Party (O'zbekistan Milliy Tiklanish Demokratik Partiyasi) |
25 | 6 | 31 | ||||
Justice Social Democratic Party (Adolat Sotsial Demokratik Partiyasi) |
16 | 3 | 19 | ||||
Total | 96 | 39 | 135 | ||||
Total Valid Votes | 15,108,950 | (87.8%) | 3,960,876 | (79.7%) | |||
Registered Voters | 17,215,700 | 4,969,547 | |||||
*In 39 out of 135 electoral districts where no candidate polled more than 50% of the vote in the first round. 15 deputies to the Legislative Chamber were also elected by the Ecological Movement of Uzbekistan in indirect elections. Source: Central Election Commission of the Republic of Uzbekistan |
Rujukan
- ^ Elections held successfully, Uzbekistan National News Agency, 27 Disember 2009.
- ^ a b Elections to Legislative Chamber end, Central Election Commission, 13 Januari 2010.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUzA0005
- ^ a b As Uzbek elections approach, will there be any choices?, Central Asia Online, 19 Disember 2009.
- ^ Central Election Commission: 57.3% voters attend elections, Uzbekistan National News Agency, 27 Disember 2009.
- ^ Over 80 percent people vote in second tour of parliamentary elections in Uzbekistan, Trend News, 11 Januari 2010.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/>
yang berpadanan disertakan