Sebuah pilihan raya kecil di Chuping dijadualkan akan diadakan pada 2026 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Chuping. Pilihan raya kecil ini akan diadakan berikutan keahlian penyandangnya, Saad Seman sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah terhenti pada 24 Disember 2025.[1][2] Saad berkhidmat sebagai kerusi DUN Chuping sejak tahun 2022. PRK itu akan diadakan serentak dengan kerusi Bintong dan Guar Sanji.