Pilihan raya kecil Batu Pahat 1957 telah diadakan pada 14 Disember 1957 dengan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Parti Perikatan, Parti Negara dan Parti Rakyat. Pilihan raya ini diadakan selepas penyandangnya, S. Chelvasingam MacIntyre dari Parti Perikatan meletak jawatan selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu ke India[1].