![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 40 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 21 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() - | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang ke-16(Jawi : ڤيليهن راي نڬري ڤولاو ڤينڠ ٢; Inggeris :Next Penang state election 2008l;Tamil: பினாங்கு மாநிலத் தேர்தல் ) perlu diadakan sebelum 12 Ogos 2028 untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-16, iaitu badan perundangan bagi negeri Pulau Pinang di Malaysia. Pilihan raya ini akan menentukan parti atau gabungan politik mana yang akan membentuk kerajaan negeri baharu.
Dalam pilihan raya yang lalu, pakatan pilihan raya Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) telah memenangi 29 daripada 40 kerusi, dengan PH memperoleh majoriti sendiri sebanyak 27 kerusi dan BN memenangi 2 kerusi. Gabungan Perikatan Nasional (PN) memenangi baki 11 kerusi dan menjadi pembangkang utama dalam Dewan Undangan Negeri.
Latar Belakang
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, pilihan raya negeri mesti diadakan setiap lima tahun sekali, melainkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Negeri ke-15 telah diadakan pada 12 Ogos 2023, bersama lima negeri lain. Oleh itu, penggal semasa DUN Pulau Pinang akan tamat pada atau sebelum 12 Ogos 2028, melainkan dibubarkan lebih awal oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas nasihat Ketua Menteri.
Sistem Pilihan Raya
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, mewakili 40 kawasan pilihan raya negeri. Setiap kerusi diundi menggunakan sistem "majoriti mudah" (first-past-the-post). Parti atau gabungan yang memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi akan membentuk kerajaan negeri.
Parti
Parti dan Gabungan Dijangka Bertanding Antara parti dan gabungan yang dijangka bertanding termasuk:
- Pakatan Harapan (PH) – terdiri daripada DAP, PKR, dan Amanah
- Barisan Nasional (BN) – terdiri daripada UMNO, MCA, MIC
- Perikatan Nasional (PN) – terdiri daripada Bersatu, PAS,MIPP dan Gerakan
- URIMAI
- Pakatan MUDA + PSM
- Parti Barisan Pulau Pinang
Isu
Ketidakpuasan hati Pengundi India terhadap Kerajaan Madani dan DAP
Terdapat tanda-tanda penurunan sokongan dalam kalangan pengundi India terhadap PH, tetapi tidak bermakna keseluruhan komuniti menolak PH.Ramai pengundi India daripada kumpulan B40 berasa terpinggir dari segi bantuan ekonomi dan peluang pekerjaan.Isu tanah kuil, hak milik sekolah Tamil, dan hak keusahawanan juga tidak mendapat perhatian sewajarnya, menurut sesetengah aktivis.Penurunan bilangan wakil rakyat India dalam pentadbiran PH menyebabkan rasa terpinggir.Tiada tokoh India dominan seperti dahulu (misalnya mendiang Karpal Singh, Ramasamy atau tokoh PKR tertentu) yang menyerlah dalam PH hari ini.Sesetengah pengundi muda India lebih tertarik kepada kandidat bebas, NGO, atau mula menjauhkan diri dari politik arus perdana kerana kecewa.
Perumahan Mampu milik
Banyak rakyat Pulau Pinang, terutamanya golongan muda dan B40, menghadapi kesukaran memiliki rumah kerana harga yang tinggi.Isu pembangunan projek mewah yang tidak mampu dimiliki oleh penduduk tempatan sering menjadi bahan kempen pembangkang.
Pembangunan Seimbang antara Pulau & Seberang Perai
Terdapat persepsi bahawa pembangunan lebih tertumpu di bahagian pulau (George Town dan sekitarnya), berbanding Seberang Perai.Penduduk Seberang Perai menuntut lebih banyak peluang pekerjaan, infrastruktur dan pelaburan.
Isu Alam Sekitar dan Penambakan Laut
Projek tambakan laut seperti Penang South Islands (PSI) mendapat tentangan daripada NGO dan nelayan tempatan.Isu pemeliharaan alam sekitar, penggondolan bukit, dan pencemaran turut menjadi perhatian pengundi muda.
Kos Sara Hidup
Kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi memberi tekanan kepada rakyat.Walaupun isu ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, ia tetap memberi kesan kepada undi di peringkat negeri.
Infrastruktur & Pengangkutan Awam
Rakyat menuntut penyelesaian terhadap kesesakan lalu lintas, terutamanya di kawasan bandar.Projek seperti Penang Transport Master Plan (PTMP) dan LRT masih menjadi topik perbahasan.
Pengaruh Perikatan Nasional
PN dijangka mengulangi atau memperkukuh prestasi mereka di kerusi-kerusi majoriti Melayu.
Rujukan
- ^ "MIPP insists it should lead PN in Penang, says there's 'no turning back'". Free Malaysia Today. Dicapai pada 2024-10-06.