Diasaskan | 1970 |
---|---|
Ibu pejabat | 669 West 200 South Salt Lake City, Utah 84101-1014[1] |
Daerah perkhidmatan | Wasatch Front, Utah, U.S. |
Kawasan perkhidmatan | Wilayah-wilayah Box Elder, Davis, Salt Lake, Summit, Tooele, Utah, and Weber |
Jenis perkhidmatan | Perkhidmatan bas intra bandar dan antarabandar; rel ringan intra bandar; rel komuter antara wilayah; dan trem antarabandar |
Laluan | Lebih daripada 120 laluan bas[2] 3 laluan rel ringan (TRAX) 1 laluan rel komuter (FrontRunner) 2 laluan transit aliran bas (MAX & UVX) 1 laluan Trem (Laluan S) |
Hab | Central Pointe Murray Central North Temple Pusat Transit Ogden Orem Central Provo Central Salt Lake Central West Valley Central |
Stesen | 50 (rel ringan) 16 (rel komuter) 24 (transit aliran bas) 7 (trem [hentian]) |
Armada | Lebih daripada 400 bas 400 van 114 kereta rel ringan 53 kereta rel komuter 18 lokomotif[3] |
Jumlah penumpang harian | 153,997 (jumlah purata penumpang harian) 64,768 (Bus) 65,448 (TRAX & trem) 17,092 (FrontRunner) 5,800 (Van) 1,556 (Paratransit) [3] |
Jumlah penumpang tahunan | 46,577,166 (jumlah penumpang seluruh sistem 2015)[3] |
Pengendali | UTA |
Ketua Eksekutif (CEO) | Carolyn Gonot |
Laman Web | Laman web rideuta.com |
Pihak Berkuasa Transit Utah (UTA;Bahasa Inggeris:Utah Transit Authority) adalah sebuah daerah perkhidmatan khas yang bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan awam di seluruh Wasatch Front, Utah, Amerika Syarikat, yang termasuk kawasan metropolitan Ogden, Park City, Provo, Bandar Raya Salt Lake dan Tooele. UTA menyediakan laluan bas tetap, laluan bas tidak tetap, bas ekspres, bas ski, tiga laluan rel ringan di Wilayah Salt Lake (TRAX), sebuah laluan trem di Bandar Raya Salt Lake (Laluan S), dan sebuah laluan rel komuter (FrontRunner) dari Ogden ke Provo melalui Bandar Raya Salt Lake.[3] Ibu pejabat UTA terletak di Bandar Raya Salt Lake dengan lokasi operasi dan garaj terletak di seluruh Wasatch Front, termasuk Ogden, Midvale and Orem. Kenderaan rel ringan disimpan dan diselenggara di depoh kereta api di Salt Lake Selatan dan Midvale. Alat-alat rel komuter UTA disimpan dan diselenggara di sebuah fasiliti di Bandar Raya Salt Lake.
Kesemua stesen dan kereta api TRAX dan FrontRunner UTA, juga termasuk semua bas mematuhi Akta Orang Kurang Upaya Amerika (ADA) maka mudah diakses oleh orang kurang upaya.[4] Selaras dengan Akta Udara Bersih Utah dan Ordinan UTA, "merokok adalah dilarang dalam kenderaan UTA serta hentian bas UTA, stesen TRAX, stesen FrontRunner dan semua harta UTA yang lain."[5]
Rujukan
- ^ "Customer Service Locations" [Lokasi-lokasi Khidmat Pelanggan]. rideuta.co m (dalam bahasa Inggeris). Utah Transit Authority. Dicapai pada Disember 29, 2016.
- ^ "Bus Service Fact Sheet" [Lampiran Fakta Perkhidmatan Bas]. rideuta.com (dalam bahasa Inggeris). Utah Transit Authority. Dicapai pada Disember 19, 2016.
- ^ a b c d "Fast Facts 2016" [Fakta Cepat 2016]. www.rideuta.com (dalam bahasa Inggeris). Utah Transit Authority. Dicapai pada Disember 20, 2016.
- ^ "Fixed Route Accessibility" [Kebolehcapaian Laluan Tetap]. www.rideuta.com (dalam bahasa Inggeris). Utah Transit Authority. Dicapai pada Mac 13, 2013.
- ^ Rider Rules. "Rider Rules" [Peraturan Penumpang]. www.rideuta.com (dalam bahasa Inggeris). Utah Transit Authority. Dicapai pada Mac 12, 2013.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.