RISDA | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 1 Januari 1973 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Ampang, Kuala Lumpur |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah |
Laman sesawang | http://www.risda.gov.my/ |
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Bahasa Inggeris: Rubber Industry Smallholders Development Authority, RISDA) ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Penubuhan ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.
Tanggungjawab
- Mentadbir kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanam Semula) yang di tubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman semula 1952).
- Mengurus dan mengendali sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan dibawah peruntukan bahagian Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula 1952 dan
- Merancang dan melaksanakan segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.
Tugas
- Melaksana segala pembaruan pertanian yang diperolehi dari penyelidikan
- Berkerjasama dan berhubung dengan semua agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemerosesan dan pemasaran getah demi mewujudkan dan mempercepatkan permodenan sektor pekebun kecil
- Menjalankan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor pekebun kecil dengan benih-benih yang mengeluarkan hasil yang tinggi mengikut cara yang disyorkan dan sistematik
- Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dapat dimodenkan dari segala aspek bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil
- Mendapatkan dan meyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan sektor pekebun kecil
Visi
Menjadi Agensi Peneraju Yang Berdaya Maju Untuk Kemajuan Pekebun Kecil
Misi
Memacu Masyarakat Pekebun Kecil Makmur Daripada Sumber Komoditi dan Hasil Baharu Berlandaskan Revolusi Perindustrian Digital serta Teknologi Hijau
Objektif
Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM 4,500 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025
Kumpulan sasar
Kumpulan Sasar seramai 425,739 pekebun kecil getah dan kelapa sawit di Semenanjung Malaysia. Jumlah keseluruhan 959,661 orang merangkumi ahli isi rumah termasuk isteri dan anak yang bakal menjadi generasi kedua
RISDA melaksanakan strategi pembangunan seperti berikut:
- Menumpukan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil pemilik pengusaha seramai 201,057 orang
- Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan
- Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang secara individu
- Melaksanakn projek ekonomi onfarm berasaskan kehendak pasaran untuk menambah pendapatan
- Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya maju dan memiliki budaya kerja yang cemerlang dan,
- Mendekatkan RISDA kepada kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat-pejabat cawangan di kawasan tumpuan pekebun kecil
- Mewujudkan saluran pemasaran yang lebih cekap untuk hasil keluaran pekebun kecil.
Takrifan pekebun kecil dan estet
Pekebun kecil didefinisikan sebagai pemilik tanah getah yang memiliki kurang daripada 40.4686 hektar (100 ekar).
Estet didefinasikan sebagai satu entiti yang memiliki tanah bertanam getah yang berkeluasan 40.4686 hektar atau lebih.
Bidang penghasilan utama RISDA (RKRA)
- RKRA 1 – Meningkatkan Pencapaian Tanam Semula di peringkat pembangunan tanah
- RKRA 2 – Meningkatkan produktiviti kebun getah / sawit pekebun kecil
- RKRA 3 – Meningkatkan perolehan harga komuniti di peringkat ladang (framgate price)
- RKRA 4 – Meningkatkan Modal Insan Pekebun Kecil melalui program latihan dan pengdampingan
- RKRA 5 – Meningkatkan pendapatan pekebun kecil
Piagam pelanggan
- Melulus permohonan yang lengkap bagi tanam semula dan semua program pembangunan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh terima
- Bayaran bantuan ansuran semasa dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 14 hari
- Bayarn bantuan berturut dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 12 hari
- Bekalan baja dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 14 hari
- Bekalan benih dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 15 hari
Program dan aktiviti
- Tanam semula
- Pengembangan
- Semaian
- Pemulangan wang ses Estet
- Sosial dan institusi
- Peningkatan ekonomi
- Sumber kewangan
Anak-anak syarikat RISDA
- RISDA HOLDINGS Sdn Bhd
- Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd (ESPEK)
- Permodalan RISDA Bhd (PRB)
- RISDA Plantation Sdn. Bhd
- RISDA Semaian & Langskap Sdn. Bhd (RSSB)
- Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd (PROTEC)
- Smallholder Development Corppration Sdn. Bhd (SHDC)
- Kolej RISDA
- RISDA Venture Sdn Bhd
- RISDA FLEET Sdn. Bhd
- RISDA BINA Sdn Bhd
Pusat latihan RISDA
- RISTEC, Port Dickson, NSDK
- Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Padang Renggas, Kuala kangsar, Perak DR
- Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan DN
- Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Kg Awah, Temerloh, Pahang DM
- Kolej RISDA Melaka
Kecemerlangan RISDA
- RISDA CERTIFIED MS ISO 9001:2008
- No. Sijil: AR 5234 Bertarikh 23 Julai 2010
Agensi lain di bawah MEA
- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
- Unit Perancang Ekonomi (EPU)