Pictionary ( /ˈpɪkʃənəri/ , adalah satu permainan charade (permainan teka-teki di mana kalian harus menggayakan sesebuah perkataan tanpa menyebutnya menggunakan lisan; di sini Pictionary di mainkan dengan kalian harus melukis idea yang di fikirkan anda kemudian di teka oleh pemain lain). Pictionary diciptakan oleh Robert Angel dan reka bentuk grafik di reka oleh Gary Everson. Permainan ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1985 oleh Angel Games Inc. Angel Games melesenkan Pictionary kepada Western Publishing. Hasbro membeli hak cipta pada tahun 1994 selepas memiliki perniagaan permainan daripada Western Publishing. Mattel memiliki hak cipta pemilikan untuk Pictionary pada tahun 2001. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dimana para pemain akan mencuba untuk mengenal pasti perkataan yang spesifik daripada teman sepasukan mereka.
Sejarah
Konsep Pictionary pertama kali dicipta oleh Robert Angel dan rakan-rakannya pada tahun 1981. Angel dan rakan sebiliknya datang dengan konsep permainan, yang terbukti sangat popular di antara mereka. Walaupun pada asalnya mereka seakan teragak-agak untuk mengemukakan idea itu, Angel telah diilhamkan oleh Trivial Pursuit, permainan yang sama dengan konsepnya dan ini telah membuktikan kepadanya bahawa permainan tersebut boleh berhasil dan berjaya. [1]
Angel dan rakan perniagaannya Terry Langston dan Gary Everson pertama kali menerbitkan Pictionary pada tahun 1985 melalui Angel Games. Seminggu sebelum Pictionary mula-mula dilancarkan, syarikat percetakan Angel Games telah menghubungi mereka untuk memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menyusun 500,000 kad yang telah mereka cetak. Angel dan rakan kongsinya terpaksa menyusun sendiri kad tersebut selama enam hari. [1] Mereka berjaya menjual 6,000 salinan dalam masa satu tahun pada harga $35 setiap satu. [2]
Angel Games melesenkan permainan itu pada tahun 1986 dalam usaha sama antara The Games Gang dan Western Publishing . Pada tahun 1994, Hasbro mengambil alih penerbitan selepas memperoleh perniagaan permainan Western Publishing. [3]
Pada tahun 2001, Pictionary telah dijual kepada Mattel . Pada masa itu mereka berada di 60 buah negara dan mempunyi 45 jenis bahasa yang berbeza, dengan 11 versi hanya di AS dan sejumlah 32,000,000 permainan terjual di seluruh dunia.
Objektif
Setiap pasukan akan menggerakkan sekeping kad di atas papan permainan yang terdiri daripada urutan petak. Setiap petak mempunyai huruf atau bentuk yang menunjukkan jenis gambar yang akan dilukis di atasnya. Objektifnya adalah untuk menjadi pasukan pertama yang mencapai ruang terakhir di papan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain mesti meneka perkataan atau frasa yang dilukis oleh pasangan mereka. Jika pemain mendarat di petak "semua bermain", seorang pemain dari setiap pasukan akan mencuba menggambarkan konsep yang sama secara serentak, dengan semua pasukan berlumba-lumba untuk meneka terlebih dahulu. Pemain pertama yang mendarat dan meneka dengan betul pada pengakhiran permainan akan dikira sebagai pemenang.
Cara Bermain
Setiap pasukan akan memilih seorang untuk mula melukis; kedudukan ini berputar dengan setiap perkataan. Pelukis akan memilih kad daripada dek kad Pictionary yang khas dan akan cuba melukis gambar yang yang mewakili perkataan yang dicetak pada kad. Gambar tidak boleh mengandungi sebarang nombor atau huruf, dan pelukis juga tidak boleh menggunakan petunjuk yang dituturkan secara lisan tentang subjek yang mereka lukis. Rakan sepasukan akan cuba meneka perkataan yang ingin diwakili oleh lukisan itu.
Terdapat lima jenis petak yang berbeza di atas papan dan setiap kad Pictionary mempunyai senarai lima perkataan yang dicetak padanya. Pemain kemudiannya mesti melukis perkataan yang sepadan dengan petak di atas papan di mana penanda pasukan adalah:
Subjek | |
---|---|
P | Orang/Tempat/Haiwan |
O | Objek |
A | Tindakan |
D | Sukar (perkataan yang sukar diwakili dalam lukisan) |
AP | Semua Main |
Muncul dalam versi tertentu. Pemain boleh memilih kad dan memilih perkataan yang mereka ingin lukis daripada lima yang diberikan. |
Kategori AP (dan pilihan rawak perkataan bertanda semak dalam kategori lain) ditetapkan sebagai "Semua Main". Untuk "Semua Main," pasukan bersaing antara satu sama lain. Setiap pasukan menetapkan seorang pemain yang tujuannya adalah untuk melukis gambar. Pasukan yang meneka perkataan terlebih dahulu akan mara dan mengambil giliran seterusnya. Jika tiada pasukan meneka perkataan itu, giliran beralih kepada mana-mana pasukan yang sepatutnya seterusnya. Seseorang tidak boleh menunjuk atau memberi isyarat kepada objek
Pemasa yang di set kan selama satu minit, biasanya pemasa pasir, digunakan untuk memaksa pemain menyelesaikan lukisan dan tekaan mereka dengan pantas.
Penerimaan
Permainan termasuklah Pictionary adalah salah satu dalam 100 permainan teratasnya pada tahun 1986, berkata, "Pusingan Semua Main yang kerap, di mana semua pasukan cuba mengenal pasti perkataan yang sama, adalah sangat mengujakan. Bakat artistik bukanlah satu keperluan; lukisan mudah yang bijak hampir selalu menang. 2,500 perkataan berkod warna memberikan ujian sebenar imaginasi." [4]
Ulasan
- Jeux & Stratégie #53 [5]
- Permainan Keluarga: 100 Terbaik [6]
- ^ a b Scipioni, Jade (2020-08-26). "How a 20-something waiter made millions creating Pictionary: 'I had no idea what I was doing'". CNBC. Dicapai pada 2020-11-09. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Game Boys". bizjournals.com. Dicapai pada 2020-11-09.
- ^ "Company News; Western Publishing to Sell Its Games Unit to Hasbro". The New York Times. 1994-04-08. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-11-09.
- ^ Hochberg, Bert (November 1986). "The 1986 Games 100". Games. No. 81. m/s. 42. Dicapai pada 2022-07-05.
- ^ "Jeux & stratégie 53". October 1988.
- ^ Lowder, James (2010). Family games : The 100 best. Green Ronin. ISBN 978-1-934547-21-2.