Piala Monsun (bahasa Inggeris: Monsoon Cup) ialah perlumbaan kapal layar yang dianjurkan di negeri Terengganu, Malaysia.

Gambaran keseluruhan
Piala Monsun diilhamkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bekas perdana menteri itu melihat bahawa musim monsun atau tengkujuh yang melanda Terengganu harus dimafaatkan dan tidak dibiarkan menjadi hambatan kepada perkembangan negeri Terengganu. Justeru, penganjuran Piala Monsun diberi landasan ekonomi sebagai pemangkin pembangunan negeri Terengganu dengan mewujudkan kesempatan-kesempatan ekonomi dalam sektor-sektor perkhidmatan dan pembuatan. Antara kegiatan berkaitan termasuklah perhotelan, pelancongan, restoran, pembuatan bot, dan pembekalan makanan, tekstil dan cenderahati.
Piala Monsun juga dapat menukarkan tempat acara, Pulau Duyong, daripada kampung nelayan kepada sebuah tempat peranginan, pangkalan kapal pesiar dan limbungan kapal bertaraf antarabangsa.
Piala Monsun 2005 merupakan upacara ulung sebagai acara rasmi ke-50 Swedish Match Tour dan sebagai pusingan Malaysia buat acara lumba kapal layar yang berprestij itu, yang juga dikenali sebagai "Formula Satu Kapal Layar".
Alpari World Match Racing Tour diiktiraf oleh Persekutuan Kapal Layar Antarabangsa (International Sailing Federation, ISAF) dan merangkumi 10 perlumbaan di beberapa likasi seluruh dunia. Piala Monsun tahun 2011 menawarkan hadiah kedua tertinggi (RM 1 juta) buat perlumbaan match racing di dunia.
Sukan "match racing" berbeza daripada perlumbaan lain kerana bot bersaing satu lawan satu dan setiap kapal layar dibekalkan penganjur. Kapal layar untuk Piala Monsun ia kapal layar lumba Foundation 36.
Piala Monsun tahun 2012 merupakan pusingan kelapan dan terakhir "World Match Racing Tour 2012". Dua belas daripada pasukan lumba terbaik dunia dijadual bertarung di perairan Terengganu dari 3 hingga 8 Disember 2012.
Monsoon Cup has not only catapulted sailing into the Malaysian mindset but is also the catalyst in promoting Terengganu, both as a tourist destination and in developing marine based business activities. The economic opportunities in services and manufacturing sectors flourished as well. Among them are hotels, tourism, restaurants, boat-making, food supplies, textiles and souvenirs. The Monsoon season, that was once seen as a threat is now widely viewed as a business opportunity by the locals.
Perlumbaan Piala Monsun
Edisi | Pemenang |
---|---|
2005 | Peter Gilmour dan Pizza-La Sailing Team |
2006 | Peter Holmberg dan Pasukan Alinghi |
2007 | Ian Williams dan Pindar Team |
2008 | Peter Gilmour dan Yanmar Racing Team |
2009 | Adam Minoprio dan BlackMatch Racing |
2010 | Ben Ainslie dan TEAMORIGIN |
2011 | Ian Williams dan Team GAC Pindar |
Kejohanan Match Racing Asia
Edisi | Pemenang |
---|---|
2006 | Adam Minoprio dan BlackMatch Racing |
2007 | Adam Minoprio dan BlackMatch Racing |
2008 | Keith Swinton dan BlackSwan Racing |
2009 | Phil Robertson dan WAKA Racing |
2010 | Phil Robertson dan WAKA Racing |
2011 | William Tiller dan Full Metal Jacket Racing |
Kejohanan Match Racing Malaysia
Edisi | Pemenang |
---|---|
2006 | Tiffany Khoo dan Team Selangor Gapurna 1 |
2007 | Tiffany Khoo dan Team UK Halsey Gapurna |
2008 | Nurul Ain dan Perak Sailing Team |
2009 | Hazwan Hazim Dermawan dan Taring Pelangi |
2010 | Jeremy Koo dan Koo Racing Team-Evernew |
2011 | Jeremy Koo dan Koo Racing Team |
Kapal layar
Bot: Foundation 36 Pereka: Brett Bakewell-White
Konsep buat kapal Foundation 36[1] dibangunkan oleh Western Australian Yachting Foundation ("Yayasan Kapal Layar Australia Barat", WAYF) dengan kerjasama pembina bot Peter Milner dan pereka Brett Bakewell-White. WAYF menghendaki kapal yang dapat digunakan buat pelayaran harian dan bagi "match racing", dengan anak kapal seramai lima orang, atau belayar dengan membawa 12 orang bagi acara korporat.
Nota
- ^ http://www.matchrace.com/boats/foundation-36.html Foundation 36 Racing Yachts