Fail:Philippine-Airlines-logo.svg | |||||||
| |||||||
Ditubuhkan | Mac 15 1941 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Program kesetiaan | Mabuhay Miles | ||||||
Subsidiari | Air Philippines, PAL Express | ||||||
Pesawat | 47[1] (+10 orders, +2 lease orders) | ||||||
Destinasi | 42 | ||||||
Syarikat induk | PAL Holdings, Inc. | ||||||
Ibu pejabat | Pasay, Filipina | ||||||
Orang penting | |||||||
Laman web | http://www.philippineairlines.com |
Philippine Airlines, PAL, ialah penerbangan kebangsaan Filipina beribu pejabat di Makati, Manila. Berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Philippine Airlines terbang ke 21 destinasi domestik dan 32 destinasi antarabangsa.
Sejarah
Philippine Airlines ditubuhkan pada tahun 1941 oleh sekumpulan ahli perniagaan Filipina. Ia memulakan operasi dengan pesawat Beech dan terbang ke Baguio. Perkhidmatan PAL terpaksa diberhentikan ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua. Pada Februari 1946, PAL meneruskan semula operasinya dengan perkhidmatan ke 15 destinasi domestik. Douglas DC-3 digunakan dalam operasinya dan pada Julai 1946, DC-4 memasuki perkhidmatan PAL. DC-4 PAL terbang merentasi Pasifik ke California dan ini menjadikannya syarikat penerbangan Asia pertama terbang merentasi Lautan Pasifik.
Pada tahun 1962, PAL memasuki era jet dengan pembelian Douglas DC-8. Pada tahun 1979, Boeing 727, Boeing 747-200 dan Airbus A300-B4 memasuki operasi PAL dan destinasi Singapura dimulakan. Pada 1982, PAL memulakan operasi ke Paris melalui Zurich. Pada 1989 pula, Boeing 737 memasuki perkhidmatan. Pada November 1993 pula, PAL membeli Boeing 747-400 dan pada tahun 1997, PAL membeli Airbus A340-300
Walau bagaimanapun, pada akhir 1990, PAL menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah kesan kemelesetan ekonomi pada akhir 1990. Perkhidmatan PAL diberhentikan dari tahun 1997 hingga 2001.
Pada tahun 2001, PAL memasuki perkhidmatan semula dan menyambung semula penerbangan ke Sydney, Busan, Taipei , Jakarta, Vancouver, Ho Chi Minh City, dan Bangkok dan melancarkan destinasi baru iaitu Shanghai dan Melbourne.
Pada 2003, PAL kembali semula ke Kuala Lumpur dan terbang ke Okinawa. PAL juga melancarkan sistem tempahan dalam taliannya yang terbaru.
Pada tahun 2004, PAL memulakan perkhidmatan ke Las Vegas bagi menandakan ulang tahunnya yang ke-63.
Pesawat
Pesawat | Jumlah | Konfigurasi tempat duduk (Mabuhay/Fiesta) |
Laluan | Nota |
---|---|---|---|---|
Airbus A319-100 | 4 | 134 (8/126) | Perjalanan pendek domestik/antarabangsa | All fitted with new interior and Mabuhay class with AVOD and IFE |
Airbus A320-200 | 18 (6 tempahan) |
Old Configuration 150 (12/138) ———————— New Configuration 156 (12/144) |
Perjalanan pendek domestik/antarabangsa | To be delivered: 2008-2012 Newer aircraft have been fitted with new interior and new Mabuhay Class with AVOD and IFE |
Airbus A330-300 | 8 | 302 (42/260) | Perjalanan pendek-pertengahan domestik/antarabangsa | |
Airbus A340-300 | 4 | 264 (44/220) | Perjalanan pendek-panjang domestik/antarabangsa | All aircraft to undergo refurbishment, to be completed by 2009 |
Boeing 747-400 | 4 | Old Configuration 433 (50/383) ———————— New Configuration 425 (42/383) |
Perjalanan pendek-panjang domestik/antarabangsa | All aircraft to undergo refurbishment, to be completed by 2009. 1 is leased and due to be returned to its owner by the same year.[2] |
Boeing 747-400M | 1 | 398 (72/326) | Perjalanan pendek-panjang domestik/antarabangsa | All aircraft to undergo refurbishment, to be completed by 2009 |
Boeing 777-300ER | (4 orders) (2 lease orders) |
368 (49/319) | Perjalanan panjang dalam negara | Entry into service: September 2009 |
Bombardier Dash 8 300 | 3 | 50 (-/50) | Perjalanan pendek domestik | Operated by: PAL Express |
Bombardier Dash 8 400 | 5 | 76 (-/76) | Perjalanan pendek domestik | Operated by: PAL Express |
Nota: One (1) Boeing 737-300 owned by PAL with registry RP-C4007 is currently leased by sister company, Air Philippines.
Destinasi
PAL terbang ke benua-benua Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Pasifik
Rujukan
- ^ Philippine Airlines, PhilippineAirlines.com. Accessed November 2007. (archived at [1] on August 13, 2007)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaFG