Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya kali ke-2 diadakan pada 18-21 Mac 2010 di tapak Monumen Alaf Baru , Presint 2, Putrajaya. Seramai 150,000 pengunjung berkunjung ke Putrajaya. 13 belon udara panas mewakili Perancis, Jepun, Belgium, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia. Penganjurnya ialah Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persekutuan Sukan Udara Malaysia dan AKA Balloon Bhd.
Orang ramai perlu datang awal jika mahu menaiki lima belon udara panas antara jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam. Acara sampingan ialah aksi sukan paramotor dan luncur layar serta pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang. Pengunjung juga boleh menaiki helikopter antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 3 petang hingga 7 malam , jika cuaca mengizinkan. Tarikan lain ialah pertunjukan badut, silap mata, seni pasir, inai, membuat tatu lekap, mewarna, membuat kapal terbang kertas dan bermain tanglung. Sebelah malam ada pertunjukan bunga api.[1] [2]
Galeri
-
Belon panas tumbang ditiup angin
-
Beberapa belon panas yang menarik
Rujukan
- ^ [Pesta belon panas Putrajaya]
- ^ laman rasmi Pesta belon panas