Pesawat tempur ringan merupakan sebuah pesawat tentera berenjin jet, pelbagai peranan ringan yang biasanya dibangunkan daripada rekabentuk pesawat latihan termaju, yang direka untuk terlibat dalam misi-misi tempur ringan. Misi ini mungkin adalah misi serangan ringan, pengawasan, peranan larangan udara atau peranan latihan. Tipikalnya ia mempunyai halaju lebih rendah berbanding pesawat serangan atau pelbagai peranan yang lebih besar seperti F-18, F-15E Strike Eagle, atau Mig-29. Kebanyakan pesawat tempur ringan kebanyakan mempunyai halaju subsonik, meskipun ada antaranya mampu mencapai Mach 1+. Sebuah pesawat tempur ringan boleh dilengkapi dengan bom, pod meriam atau peluru berpandu udara ke udara jarak dekat yang digunakan dalam misi-misi COIN atau CAS. Beberapa pesawat telah dibangunkan untuk mengintegrasikan persenjataan yang lebih moden seperti bom pintar, peluru berpandu udara ke darat, pod ECM (Electronic Countermeasure), dan sistem sasaran elektronik untuk meningkatkan keupayaan misi yang lebih baik.[1][2][3][4][5][6] Bagaimanapun, pesawat ini biasanya digunakan untuk mempertahankan diri atau misi-misi menentang pesawat atau helikopter musuh, dan bukannya untuk misi-misi pertahanan udara yang biasanya dilaksanakan oleh pesawat pejuang ringan. Beberapa pesawat tempur ringan mampu melaksanakan pertempuran udara ke udara atau pertahanan udara titik jika dilengkapi dengan sistem radar pelbagai mod. Walaupun begitu, majoriti pesawat ini tidak boleh melaksanakan misi-misi ini di sebabkan rekabentuknya yang kecil dan keupayaan yang terhad. Pesawat tempur ringan sering kali digunakan untuk meronda udara dan melaksanakan rondaan sempadan atau udara.
Senarai pesawat tempur ringan aktif
Negara | Pengeluar | Pesawat | Diperkenalkan | Versi | Pembangunan | Foto |
---|---|---|---|---|---|---|
Amerika Syarikat | Northrop Corporation | F-5 | 1962 | Canadair CF-5 Northrop F-20 Tigershark |
Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan pelbagai peranan | |
Iran | HESA | Azarakhsh | 1997 | HESA Saeqeh HESA Kowsar |
Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan pelbagai peranan, diterbitkan daripada F-5 | |
India | Hindustan Aeronautics Limited | HAL Tejas | 2015 | Versi tentera laut LCA Mark 1A | Mark-1 akan dibangunkan kepada Mark-1A | |
Republik Czech | Aero Vodochody | L-159 ALCA | 2000 | L-159T1,T2,A/B | Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan pelbagai peranan, diterbitkan daripada L-59 | |
Jerman Perancis |
Dornier dari Jerman and Dassault-Breguet dari Perancis |
Alpha jet MS2, ATS | 1973 | Jet A/B,2 | Versi MS dan ATS diubahsuai dan dinaik taraf | |
Itali | Alenia Aermacchi | M-346FA/FT | 2004 | Pesawat latihan M-346 | Improved and modified M346FA/FT for multirole fighter and attack missions | |
MB-339C | 1979 | A/B | Versi C diubahsuai dan dinaiktaraf | |||
Korea Selatan | Korea Aerospace Industries | TA-50 | 2005 | T-50 | Versi ke-2, evolusi daripada T-50 AJT, diubahsuai dan dinaiktaraf | |
FA-50 | 2012 | Versi ke-3, evolusi daripada pesawat T-50 AJT | ||||
United Kingdom | BAE Systems MAS Division | BAE Hawk 200 | 1976 | Hawk 100 | Dibangunkan dan direka semula daripada pesawat latihan Hawk, naik taraf senjata dan penderia untuk peranan udara ke udara, udara ke darat dan maritim | |
Yugoslavia | Aeronautical Technical Institute | G-4MD Super Galeb | 1983 | G-4/S | Versi 4M diubahsuai dan dinaik taraf | |
Republik Rakyat China Pakistan |
Chengdu Aircraft Corporation (CAC) of China,Pakistan Aeronautical Complex(PAC) | JF-17 | 2007 | JF-17B, C | Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur pelbagai peranan | |
Republik Rakyat China | Hongdu | L-15 | 2010 | A, AW, B, Z, JL-10 | Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan dan latihan termaju | |
Guizhou Aircraft Industry Corporation | FTC-2000G | FTC-2000, JL-9 | Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan dan latihan termaju | |||
Rusia | Yakovlev | YAK-130 | 1996 | YAK-131 | Didesignasi sebagai sebuah pesawat tempur ringan dan latihan termaju |
Lihat juga
Rujukan
- ^ T-50 Golden Eagle Jet Trainer and Light Attack Aircraft, South Korea. Air Force Technology.
- ^ "국방일보". dema.mil.kr.
- ^ http://www.flightglobal.com/articles/2008/08/11/310538/serbian-air-force-targets-fleet-modernisation.html
- ^ http://bemil.chosun.com/nbrd/data/10040/upfile/201009/20100925140812_2.jpg
- ^ https://www.leonardocompany.com/en/-/focus-aermacchi-m346fa-multirole
- ^ https://www.airforce-technology.com/projects/m-346fa-fighter-attack-aircraft/