Romaji (ローマ字 , rōmaji, روماجي) (dengar (bantuan·maklumat)) merupakan penggunaan huruf Rumi (perumian) untuk menulis dan menjelaskan sebutan yang ada dalam bahasa Jepun. Terdapat beberapa sistem perumian yang ada dalam bahasa Jepun, antara yang paling terkenal ialah perumian Hepburn, Kunrei-shiki dan Nikon-shiki.
Kaedah perumian ini diajarkan dalam kalangan orang Jepun dari peringkat sekolah rendah, tetapi lebih lazimnya untuk memudahkan pemasukan aksara Jepun dalam peranti seperti komputer dan telefon pintar yang didasarkan aksara Rumi.
Tulisan Jepun |
---|
Komponen |
Penggunaan |
Perumian |
Sejarah
Buku tertua yang memuat penulisan bahasa Jepun dengan abjad Latin adalah Kisah Para Hawari yang diterbitkan tahun 1591 berjudul Santos no Gosagveo no uchi Nuqigaqi (サントスの御作業の内抜書 , bentuk moden Hepburn: "santosu no gosagyō no uchi nukikaki"), judul tersebut ditulis dengan abjad Latin mengikut ejaan bahasa Portugis semasa itu. Pada masa itu belum dikenal jadual yang menunjukkan daftar suku kata (kana) dalam bahasa Jepun dan padanannya dalam abjad Latin bahasa Portugis dan Belanda. Akibatnya romaji hanya digunakan terbatas di kalangan misionaris dan ilmuwan.
Pada tahun 1867, jadual aksara kana dan padanannya dalam abjad Latin disusun pertama kali oleh James Curtis Hepburn. Alihaksara yang kemudian dikenal sebagai alihaksara Hepburn digunakan dalam edisi pertama kamus Jepun-Inggeris Wa-eigo rinshūsei karya Hepburn. Alihaksara Hepburn berdasarkan abjad Latin yang digunakan dalam pengucapan bahasa Inggeris. Ahli bahasa banyak mengkritik kegagalan alihaksara Hepburn dalam menuliskan bahasa Jepun sesuai pengucapan asli orang Jepun yang menuturkan secara jati.
Sebagai tandingan alihaksara Hepburn, Tanakadate Aikitsu mengusulkan Nihon-shiki Rōmaji yang didasarkan teori fonologi. Nihon-shiki Rōmaji cukup mendapat dukungan ahli bahasa Jepun di dalam dan luar negeri. Tapi sistem ini justru tidak disukai penutur bahasa Inggeris kerana pengucapan tidak berdasarkan lafal bahasa Inggeris. Sebagai kompromi antara alihaksara Hepburn dan Nihon-shiki Rōmaji, pemerintah Jepun mengeluarkan Perintah Kabinet No.3 tanggal 21 September 1937 tentang alihaksara yang dikenal sebagai Kunrei-shiki Rōmaji.
Di bawah pendudukan pihak Sekutu, sistem Hepburn ditetapkan sebagai alih aksara rasmi di Jepun oleh Panglima Tertinggi Sekutu untuk menggantikan sistem Kunrei-shiki. Pemerintah Jepun terus berusaha menghidupkan kembali alihaksara Kunrei-shiki hingga akhirnya berhasil menetapkannya kembali dengan Perintah Kabinet No.1 tanggal 29 Disember 1954. Penggunaan alih aksara Kunrei-shiki diwajibkan untuk "semua penulisan bahasa Jepun pada umumnya," dengan tambahan peraturan yang membatasi penggunaan alih aksara Hepburn dalam hubungan antarabangsa dan sebagainya demi meneruskan tradisi yang sudah lazim.
Alihaksara Kunrei-shiki (termasuk di dalamnya alihaksara Nihon-shiki) telah diakui Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa dalam piawai ISO 3602 Documentation -- Romanization of Japanese (kana script).
Piawaian dalam negeri
Sesuai Pengumuman Pemerintah No.1 Tahun 1954, piawaian alihaksara di dalam negeri Jepun adalah alihaksara Kunrei-shiki seperti tertera pada jadual 1. Alihaksara seperti tertera pada jadual 2 dimaksudkan untuk digunakan dalam hubungan internasional dan meneruskan tradisi yang sudah lazim. Alihaksara yang ditulis mengikuti jadual 2 harus dinyatakan dalam catatan kaki.
Lihat http://xembho.s59.xrea.com/siryoo/naikaku_kokuzi.html untuk piawaian alihaksara yang digunakan di Jepun.
Piawaian antarabangsa
Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa menetapkan ISO3602 pada tahun 1989 dengan alihaksara Kunrei-shiki. Sedangkan penulisan romaji menurut alihaksara Nihon-shiki digunakan secara terbatas.
Piawaian Inggeris-Amerika
Piawaian alihaksara yang ditetapkan British Standards Institution dan American National Standards Institute keduanya memiliki isi yang sama. Piawaian ANSI telah dihapus tahun 1994 dan Amerika Syarikat tidak lagi memiliki piawaian alihaksara romaji.
Piawaian alihaksara kalangan terbatas
Kaedah Hepburn Kementerian Luar Negeri
Kementerian Luar Negeri Jepun menggunakan sistem yang didasarkan alihaksara Hepburn untuk menulis nama orang dalam pasport. Pada prinsipnya, vokal panjang tidak ditulis, dengan beberapa perkecualian seperti aksara オ vokal panjang yang ditulis sebagai "OH."
Kaedah Hepburn untuk papan petunjuk
Seperti alihaksara Hepburn yang digunakan pada pasport, vokal panjang tidak ditulis pada papan nama jalan atau papan petunjuk. Menurut Instruksi Kabinet No.1 tahun 1954, huruf "n" ditetapkan sebagai bunyi yang memisahkan suku kata, dan tanda hubung digunakan sebagai pemisah antar suku kata, misalnya: Shin-Osaka. Sesuai piawaian Inggeris-Amerika, huruf "c" yang diikuti huruf "ch" diganti dengan huruf "t," misalnya: 仏地院 (Butchiin ).
Kaedah Hepburn untuk papan nama stesen
Penulisan dengan aksara Latin pada papan petunjuk kereta api di Jepun diatur dalam lampiran peraturan Kementerian Pengangkutan Jepun No.398 tanggal 26 Julai 1947. Alihaksara Hepburn yang Disempurnakan merupakan piawaian penulisan papan nama di stesen kereta api. Huruf vokal disebut panjang diberi tanda diakritik berupa garis di atas huruf vokal panjang. Huruf "n" yang diikuti huruf "b", "m", dan "p" berubah menjadi huruf "m." Tanda hubung dipakai sebagai pemisah antar suku kata. Huruf "c" yang diikuti huruf "ch" berubah menjadi huruf "t."
Jadual pembandingan
Kana | Hepburn | Nihon-shiki | Kunrei-shiki |
---|---|---|---|
うう | ū | û | |
おう, おお | ō | ô | |
し | shi | si | |
しゃ | sha | sya | |
しゅ | shu | syu | |
しょ | sho | syo | |
じ | ji | zi | |
じゃ | ja | zya | |
じゅ | ju | zyu | |
じょ | jo | zyo | |
ち | chi | ti | |
つ | tsu | tu | |
ちゃ | cha | tya | |
ちゅ | chu | tyu | |
ちょ | cho | tyo | |
ぢ | ji | di | zi |
づ | zu | du | zu |
ぢゃ | ja | dya | zya |
ぢゅ | ju | dyu | zyu |
ぢょ | jo | dyo | zyo |
ふ | fu | hu | |
ゐ | i | wi | i |
ゑ | e | we | e |
を | o | wo | o |
ん | n, n' ( m) | n n' |
Contoh kata dialihkan
Bahasa Melayu | Bahasa Jepun | Huraian kana | Kaedah perumian | ||
---|---|---|---|---|---|
Hepburn | Kunrei-shiki | Nihon-shiki | |||
"Tulisan Rumi" | ローマ字 | ローマじ | rōmaji | rômazi | rômazi |
"Gunung Fuji" | 富士山 | ふじさん | Fujisan | Huzisan | Huzisan |
"teh" | お茶 | おちゃ | ocha | otya | otya |
"gabenor" | 知事 | ちじ | chiji | tizi | tizi |
"kecut (mengecut)" | 縮む | ちぢむ | chijimu | tizimu | tidimu |
"(ber)sambung" | 続く | つづく | tsuzuku | tuzuku | tuduku |
Sumber
- Chibbett, David (1977). The History of Japanese Printing and Book Illustration. Kodansha International Ltd. ISBN 0-87011-288-0.
- Jun'ichirō Kida (紀田順一郎 , Kida Jun'ichirō). Nihongo Daihakubutsukan (日本語大博物館 ) (dalam bahasa Jepun). Just System (ジャストシステム , Jasuto Shisutem). ISBN 4-88309-046-9.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Tadao Doi (土井忠生 ) (1980). Hōyaku Nippo Jisho (邦訳日葡辞書 ) (dalam bahasa Jepun). Iwanami Shoten (岩波書店 ).CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Tadao Doi (土井忠生 ) (1955). Nihon Daibunten (日本大文典 ) (dalam bahasa Japanese). Sanseido (三省堂 ).CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
- Mineo Ikegami (池上岑夫 ) (1993). Nihongo Shōbunten (日本語小文典 ) (dalam bahasa Jepun). Iwanami Shoten (岩波書店 ).CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Hiroshi Hino (日埜博 ) (1993). Nihon Shōbunten (日本小文典 ) (dalam bahasa Jepun). Shin-Jinbutsu-Ôrai-Sha (新人物往来社 ).CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Pautan luar
- Rōmaji sōdan shitsu - Koleksi bahan-bahan berkaitan dengan romaji termasuklah dokumen standard dan kamus asal Hepburn dalam versi HTML. (Jepun)
- Teka-teki Romaji oleh Andrew Horvat yang mengandungi perbincangan mengenai masalah yang disebabkan oleh pelbagai sistem perumian yang digunakan di Jepun pada hari ini.
- "Katakan tidak kepada romaji!" Diarkibkan 2012-01-05 di Wayback Machine, sumber yang menggalakkan penggunaan kana dalam industri pembelajaran bahasa Jepun yang mengandungi perbincangan antara para pelajar dan guru mengenai subjek romaji.