Perumian Semakan Bahasa Korea ialah sistem perumianbahasa Korea yang rasmi di Korea Selatan dan juga gantian rasmi untuk sistem perumian tahun 1984 yang berasaskan McCune-Reischauer di negara tersebut. Sistem baru ini serupa dengan sistem lama tersebut, tetapi menggugurkan tanda diakritik dan lebih rapat berdasarkan fonologi Korea berbanding persepsi Barat terhadap fonetik Korea.
Perumian Semakan ini tidak menggunakan apa-apa aksara bukan huruf kecuali tanda sempang yang kadang-kadang dipakai. Perumian ini dimajukan oleh Akademi Kebangsaan Bahasa Korea mulai tahun 1995 dan dikeluarkan kepada umum pada 7 Julai2000 oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Korea Selatan dalam Pengisytiharan No. 2000-8. Pengisytiharan ini merangkumi sebab-sebab berikut untuk menggunakan sistem ini:[1]
Perumian semakan ini mentranskripsikan perubahan fonetik tertentu yang terjadi dengan kombinasi konsonan akhir satu aksara dengan konsonan awal aksara seterusnya: