Pertubuhan September Hitam منظمة أيلول الأسود | |
---|---|
Tarikh operasi | September 1970 – s. 1988 |
Pemimpin |
|
Kawasan utama | Global, kebanyakannya tertumpu di Eropah dan Timur Tengah |
Ideologi | Nasionalisme Palestin Anti-Zionisme |
Serangan terkenal | Pembunuhan beramai-ramai Munich |
Status | Tidak aktif |
Pertubuhan September Hitam (Inggeris: Black September Organization, singkatan BSO) (Arab: منظمة أيلول الأسود, rumi: Munaẓẓamat Aylūl al-Aswad ) adalah pertubuhan militan Palestin ditubuhkan pada 1970. Selain tindakan lain, kumpulan itu bertanggungjawab atas pembunuhan Perdana Menteri Jordan Wasfi Tal, dan pembunuhan beramai-ramai di Munich, di mana sebelas atlet dan pegawai Israel diculik dan dibunuh, serta seorang anggota polis Jerman Barat yang mati, semasa Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich, acara mereka yang paling umum. Serangan ini membawa kepada penciptaan atau pengkhususan pasukan anti-keganasan kekal di banyak negara Eropah.