Pertempuran Gaugamela | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Siri peperangan Iskandar Agung | |||||||
Jan Brueghel the Elder, 1602, Pertempuran Arbela, atau Pertempuran Issus | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Liga Hellenik | Achaemenid Parsi | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Iskandar Agung | Darius III | ||||||
Kekuatan | |||||||
9,000 peltasts,[1] 31,000 orang hoplites,[1][2] 7,000 orang kalavari[2] |
62,000 orang peltast,[3] 15,000 Immortals,[4] 2,000 orang hoplites Yunani,[5] 1,000 Bactria,[5] 12,000 orang tentera berkuda,[6] 200 pedati bersabit,[7] 15 gajah perang[8] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
4,000 | 40,000[6] |
Templat:Campaignbox Wars of Alexander the Great
Dalam Pertempuran Gaugamela (IPA: /ˌgɔgəˈmilə/) in 331 BC Iskandar Agung dari Macedon mengalahkan Darius III dari Achaemenid Parsi. Pertempuran ini turut dikenalis sebagai Pertempuran Arbela. Pertempuran ini turut menggunakan gajah perang.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Darius memilih (atau meratakan, bergantung kepada sumbernya)[perlu rujukan] tanah rata di mana dia boleh menggunakan pasukannya yang lebih besar, bagaimanapun lokasi pertempuran, contohnya, Gaugamela, tidak dapat dipastikan dengan jelas. Dikatakan, pertempuran itu berlaku berhampiran dengan bukit yang membentuk belakang unta, dengan itu etimologi: Tel Gomel atau Tel Gahmal, yang diterjemah sebagai "Bukit Unta" dalam bahasa Hebrew. Terjemahan lain mengatakannya sebagai "camel's stall" (Plutarch: "rumah unta", dalam Kehidupan Iskandar - (Life of Alexander)), dan mengaitkan tempat itu dengan perkampungan. Pendapat yang paling diterima ramai mengenai lokasi itu adalah (36.36° N 43.25° E), timur Mosul di masa kini utara Iraq – yang dicadangkan oleh Sir Aurel Stein pada 1938 (lihat Lapuran Limes, pp. 127-1).
Awalan
[sunting | sunting sumber]Semasa dua tahun selepas Pertempuran Issus, Iskandar terus menduduki persisiran Mediterranean dan Mesir. Dia kemudian mara dari Syria terhadap pusat empayar Parsi. Iskandar kemudiannya merentasi kedua-dua sungai Euphrates dan Tigris tanpa ditentang. Darius sedang membina tentera yang besar, membawa tentera dari seluruh pelusuk empayarnya. Dia merancang bagi menggunakan jumlah ramai bagi menumpaskan Iskandar, dan menurut sesetengah sejarahwan dia mengumpul sehingga 100,000 orang. Darius turut memilih padang rata sebagai medan pertempuran agar Iskandar tidak mempunyai kelebihan muka bumi, dan turut membenarkan Darius untuk menggunakan tenteranya yang besar dengan lebih berkesan.
Saiz tentera Persia
[sunting | sunting sumber]Anggaran moden
[sunting | sunting sumber]Unit | Jumlah |
---|---|
Peltast | 30,000[9] |
Tentera berkuda | 40,000[6] |
Abadi Persi | 10,000[4] |
Hoplites Yunani | 10,000[5] |
Tentera berkuda Bactria | 1,000[5] |
Pemanah | 1,500 |
Pedati Scythed | 200 |
Gajah perang | 15 |
Keseluruhan | 92,715[3] |
Kebanyakan pengkaji moden bersetuju bahawa tentera Darius III tidak melebihi dari 500,000 disebabkan kesulitan logistik menempatkan lebih dari 500,000 tentera di medan pertempuran amat menyukarkan pada masa itu. Bagaimanapun, ia adalah mungkin bahawa tenetra Persia mampu mencecah melebihi 100,000 orang.[3] Satu anggaran adalah terdapat lebih 25,000 peltast,[3] 10,000 Abadi Persia,[4] 2,000 orang hoplites Yunani,[5] 1,000 Bactria, [5] dan 40,000 tentera berkuda,[6] 200 buah pedati bersabit,[7] dan 15 gajah perang.[8]
Sumber Silam
[sunting | sunting sumber]Menurut catatan Arrian, sejarahwan Iskandar yang paling boleh diharap (yang dipercayai bergantung kepada hasil kerja saksi Ptolemy), Iskandar memimpin pasukan dari kerajaan Yunani Makedon dan sekutunya Liga Thrake dan Liga Korinthoes lalu berjumlah 7,000 orang askar berkuda dan 40,000 orang askar infantri.[2]
Jumlah tentera Darius menurut Arrian adalah 40,000 tentera berkuda dan 1,000,000 orang infantri,[8] Diodorus Siculus mengira sebanyak 200,000 orang askar berkuda dan 800,000 infantri,[10] Plutarkhos mengira 1,000,000 orang askar[11] (tanpa pecahan komposisi), sementara menurut Curtius Rufus 45,000 tentera berkuda dan 200,000 orang askar infantri.[12] Tambahan lagi menurut Arrian,[7] Diodorus, dan Curtius, Darius mempunyai 200 buah pedati sementara Arrian menyebut 15 gajah perang.[8] Termasuk dalam infantri Darius adalah sekitar 2,000 orang askar upahan Yunani.[5]
Sementara Darius memiliki kelebihan jumlah yang banyak, kebanyakan tenteranya mempunyai kualiti lebih rendah berbanding Iskandar. Pezhetairoi Iskandar dilengkapi dengan lembing sepanjang enam meter yang dikenali sebagai sarissa. Infantri utama Persia tidak terlatih dan tidak lengkap bersenjata berbanding pezhetairoi dan hoplites Iskandar. Satu-satunya hoplites yang dimiliki Darius adalah 10,000 Yunani[5] dan pengawal peribadinya, 10,000 Abadi Persia.[4] Tentera upahan Yunani berjuang sebagai formasi Phalanx Argos, dilengkapi dengan perisai lebih berat tetapi dengan lembing tidak melebihi tiga meter, sementara lembing Abadi Persia sekitar sepanjang 2 meter. Dikalangan tenteranya yang lain yang paling lengkap bersenjata adalah pasukan Armenia yang dilengkapi senjata sebagaimana cara Yunani, kemungkinannya seperti phalanx Argos. Baki pasukannya memiliki persenjataan yang lebih ringan; senjata utama tentera Achaemenid secara tradisi adalah busur dan panah.
Pertempuran
[sunting | sunting sumber]Kedudukan awal
[sunting | sunting sumber]Pertempuran bermula dengan pasukan Persia telahpun bersedia di medan pertempuran. Darius telah mendapatkan pasukan berkuda terbaik dari satrap Timurnya dan dari puak Scythian sekutunya. Darius turut menggunakan pedati bersabit yang telah disediakan muka bumi lapang dihadapan tenteranya. Dia turut memiliki 15 gajah perang India yang disokong oleh pedati India, sungguhpun ia tidak memainkan peranan dalam pertempuran. Sebelum pertempuran, Darius memerintah semak samun dan tumbuhan disingkirkan dari medan pertempuran, bagi memaksimumkan keberkesanan pedatinya.
Darius duduk ditengah-tengah tentera pejalan kaki terbaiknya sebagaimana tradisi dikalangan raja-raja Persia. Dia dikelilingi di sebelah kanannya tentera berkuda Carian, tentera upahan Yunani, dan pengawal berkuda Persia. Di tengah kanan dia meletakkan pengawal pejalan kaki Persia (Persian foot guards') (Pembawa Epal/Abadi - gelaran diberikan oleh orang Yunani), Tentera berkuda India dan pemanah Mardiannya.
Dikedua belah sisi diletakkan tentera berkuda. Bessus memerintah sisi kiri dengan pasukan berkuda Bactria, Dahae, Arachrosian, Persia, Susian, Cadusian, dan Scythians. Pedati di letakkan di hadapan bersama sekumpulan kecil Bactrian. Mazaeus memerintah sisi kanan dengan tentera berkuda dari Syria, Media, Mesopotamia, Parthia, Sacia, Tapuria, Hyrcania, Albania, Sacesinia, Cappadocia, dan Armenia. Pasukan dari Cappadocian dan Armenian diletakkan di hadapan unit tentera berkuda lain, dan mendahului serangan. Tentera berkuda Albanian dan Sacesinian dihantar mengelilingi bagi menyerang sisi kiri Macedonian.
Macedonians dibahagikan kepada dua, dengan sayap kanan diperintah oleh Iskandar sendiri, dan disebelah kiri oleh Parmenion. Iskandar bertempur dengan pasukan berkuda Temannya (Companion cavalry). Bersamanya adalah pasukan berkuda ringan Paionia, dan Macedonian. Pasukan berkuda tentera upahan dibahagikan kepada dua bahagian, dengan pasukan veteren dibelakang kanan, dan bakinya diletakkan dihadapan pemanah Agrians dan Macedonian yang ditempatkan bersebelahan dengan pasukan phalanx. Parmenion diletakkan di sebelah kiri dengan unit Thessalia, tentera upahan Yunani, dan pasukan berkuda Thracia. Di sana mereka berfungsi sebagai pergerakan bertahan sementara Iskandar melaksanakan serangan pemutus dari sebelah kanan.
Bahagian tengah kanan formasi terletak askar upahan Cretan. Dibelakang mereka terletak sekumpulan askar berkuda Thessalian di bawah arahan Phillip, dan tentera upahan Achaian. Di sebelah kanan sebahagian lagi dari sekutu pasukan berkuda Yunani. Bermula dari situ terletak phalanx, yang diletakkan dalam dua baris. Diatasi bandingan 5:1 dalam tentera berkuda, dengan barisan mereka dilepasi satu batu, ia kelihatannya Macedon sudah pasti akan dihimpit sisi oleh tentera Persi. Barisan kedua diberi perintah untuk menangani sebarang gerakan sisi sekiranya berlaku. Baris kedua terdiri kebanyakannnya tentera upahan.
Permulaan pertempuran
[sunting | sunting sumber]Semasa pertempuran Iskandar menggunakan strategi luar biasa yang telah diulang hanya beberapa kali sepanjang sejarah. Dia merancang menarik sebanyak mungkin tentera berkuda Parsi ke belakang. Matlamatnya adalah menghasilkan ruang dalam barisan musuh di mana serangan mutlak boleh dilancarkan kearah Darius di tengah-tengah. Ini memerlukan gerakan dan masa yang hampir sempurna, dan Raja Agung yang memulakan tindakan. Macedon mara dengan bahagian sayapnya melencong pada sudut 45 darjah bagi memancing pasukan berkuda Parsi untuk menyerang. Iskandar memaksa Darius untuk menyerang (kerana mereka akan bergerak keluar dari tempat yang disiapkan) sungguhpun Darius tidak mahu menjadi yang pertama untuk menyerang selepas melihat apa yang berlaku di Issus terhadap formasi yang serupa. Akhirnya Darius terpaksa, dan dia memulakan serangan.
Darius kini melancarkan pedatinya, sesetengahnya dipintas oleh Agrianians. Ia dikatakan bahawa tentera Macedon telah berlatih taktik baru bagi menyangga pedati merbahaya ini sekiranya pedati ini menyerang barisan mereka. Barisan pertama akan ketepi membuka ruang. Kuda itu akan mengelak melanggar tombak pada barisan pertama, dan memasuki "perangkap tikus", hanya dihentikan oleh pembawa tombak baris kedua. Pemandu pedati kini boleh dibunuh dengan mudah. Pedati itu dapat ditewaskan.
Serangan muktamad Iskandar
[sunting | sunting sumber]Ketika pasukan Persia bergerak semakin jauh kebelakang Macedon ketika menyerang, Iskandar dengan perlahan menyerap masuk tentera belakangnya (rear guard). Iskandar kemudiannya berpisah dari pasukan Teman (Companions), dan bersedia untuk serangan pemutus pada Persia. Mendahului serangan, dia membentuk unitnya berbentuk baji dengan mengetuai serbuan. Di belakang mereka adalah brigade pengawal bersama sebarang batalion phalanx yang mampu diundurkan dari pertempuran. Ia kemudiannya diikuti oleh tentera bersenjata ringan. Iskandar mengetuai kebanyakan tentera berkudanya dan bergerak di sepanjang baris hadapan Darius, dan bergerak keluar dari medan pertempuran yang disediakan. Dengan melakukan ini, dia memaksa Darius memerintahkan pasukan berkuda yang berada di baris hadapan untuk menghalang pasukan Iskandar. Tanpa sepengetahuan Darius, Iskandar telah menyembunyikan sepasukan peltasts (pasukan pejalan kaki bersenjatakan lastik lontar, tombak (javelin), dan busur pendek) di belakang tentera berkudanya dan Iskandar perlahan-lahan memaksa pasukannya bergerak mengiring, kearah bahagian utama Parsi, sehingga akhirnya berlaku bukaan antara kiri Bessus dan bahagian tengah Darius dan Iskandar kemudiannya menghantar pasukan berkudanya bagi menyerbu dan mengasingkan barisan Parsi. Pada masa yang sama pasukan peltast menyerang pasukan berkuda Parsi, agar menghalang mereka daripada menunggang kembali bagi bertempur dengan pasukan berkuda Iskandar yang menyerbu.
Formasi baji yang besar ini menghentam terus kepada pusat Persia yang lemah, menghapuskan pengawal di raja Persia, dan askar upahan Yunani. Bessus pada sebelah kiri, kini terpisah dari Darius, dan bimbang dia sendiri akan dihentam dengan formasi baji ini, mula mengundurkan pasukannya. Darius kini terdedah kepada bahawa dikepong, dan pendapat yang diterima moden kini adalah ia kini ketakutan dan lari, dengan sisa tenteranya mengekorinya. Ini berasaskan catatan Arrian (Anabasis 3.14):
- "For a short time there ensued a hand-to-hand fight; but when the Macedonian cavalry, commanded by Alexander himself, pressed on vigorously, thrusting themselves against the Persians and striking their faces with their spears, and when the Macedonian phalanx in dense array and bristling with long pikes had also made an attack upon them, all things together appeared full of terror to Darius, who had already long been in a state of fear, so that he was the first to turn and flee."[5]
Pendapat yang kurang diterima ramai adalah tentera Darius telahpun hancur apabila Darius lari, dan ini disokong oleh dairi astronomi dari Babylon yang ditulis dalam tempoh beberapa hari selepas pertempuran:
- The twenty-fourth [day of the lunar month], in the morning, the king of the world [i.e., Alexander] [erected his] standard [lacuna]. Opposite each other they fought and a heavy defeat of the troops [of the king he inflicted]. The king [i.e., Darius], his troops deserted him and to their cities [they went]. They fled to the land of the Guti.[13]
Rusuk kiri
[sunting | sunting sumber]Iskandar mampu mengejar Darius pada tempoh ini. Bagaimanapun, dia menerima perutusan terdesak dari Parmenion (kejadian yang kemudiannya akan digunakan oleh Callisthenes dan yang lain bagi merendahkan Parmenion) di sebelah kiri. Iskandar kini berhadapan dengan pilihan mengejar Darius, tetapi kehilangan tenteranya, atau kembali kesayap kiri bagi membantu Parmenion dan mengekalkan pasukannya. Pada akhirnya, dia memutuskan bagi membantu Parmenion, dan mengekori Darius kemudiannya.
Sementara mempertahankan sayap kiri, bukaan terbentuk pada baris kiri dan tengah Macedonia. Pasukan unit berkuda Persia dan India yang diletakkan di tengah bersama Darius berjaya menembusinya. Tetapi disebalik dari menyerang formasi phalanx atau Parmenion dari belakang, mereka terus menuju kearah kem untuk menjarah. Mereka turut cuba membantu Ibu Ratu Sisygambis tetapi dia enggan mengikuti mereka. Dalam perjalanan balik, unit India membunuh hampir 60 pasukan berkuda Teman (Companion).
Ketika itu, semasa bahagian tengah dan Darius kucar-kacir, Mazaeus turut mengundurkan tenteranya sebagaimana yang dilakukan oleh Bessus. Bagaimanapun, tidak seperti Bessus disayap kiri, tentera Parsi mulai kucar-kacir ketika unit berkuda lain dan Thessalian menyerbu musuh yang sedang berundur.
Selepasnya
[sunting | sunting sumber]Selepas pertempuran, Parmenion mengumpulkan deretan pembawa barangan Parsi sementara Iskandar dan pengawal peribadinya sendiri mengejar Darius dangan harapan menyainginya. Sebagaimana dalam Pertempuran Issus, sejumlah besar rampasan diperolehi selepas pertempuran, dengan 4,000 talent dirampas, termasuk juga busur dan pedati peribadi Raja. Gajah perang turut dirampas.
Darius berjaya melarikan dirinya dari pertempuran dengan sejumlah kecil pasukan utamanya kekal padu. Pasukan berkuda Bactrian dan Bessus berjaya menyainginya, termasuk juga sebahagian Pengawal Diraja dan 2,000 tentera upahan Yunani yang terselamat.
Pada titik ini, Empayar Parsi terbahagi kepada dua – Timur dan Barat. Iskandar akan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Raja Agung. Selepas melarikan dirinya, Darius memberi ucapan kepada baki tenteranya. Dia bercadang untuk menuju lebih jauh ke Timur, dan mendirikan tentera lain bagi menghadapi Iskandar sementara Iskandar dan Mecadonia menuju ke Babylon. Pada masa yang sama dia menghnatar surat kepada satrapies Timurnya meminta mereka kekal taat kepadanya.
Satrapies tersebut, bagaimanapu, mempunyai matlamat lain. Bessus membunuh Darius, sebelum lari kearah timur. Iskandar kan mengejarnya, akhirnya menangkap dan membunuhnya pada tahun berikutnya. Sebahagian besar satraps yang ada kemudiannya berikrar taat kepada Iskandar, dan dibenarkan mengekalkan kedudukan mereka, bagaimanapun, Empayar Persia secara tradisi dianggap jatuh dengan kejatuhan Darius.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Moerbeek (1997) mengangarkan 31,000 hoplite dan 9,000 infantri ringan.
- ^ a b c Anabasis 3.12 mengangarkan 40,000 infantri dan 7,000 kalavari keseluruhannya.
- ^ a b c d Warry (1998) mengangarkan jumlah keseluruhan 91,000. Welman mengangarkan jumlah keseluruhan 90,000. Delbrück (1978) mengangarkan jumlah keseluruhan 52,000. Thomas Harbottle mengangarkan jumlah keseluruhan 120,000.[1] Diarkibkan 2007-10-16 di Wayback Machine Engels (1920) dan Green (1990) mengangarkan jumlah keseluruhan tentera Darius tidak melebihi 100,000 di Gaugamela.
- ^ a b c d Curtius
- ^ a b c d e f g h i The Anabasis of Alexander: The Battle of Gaugamela
- ^ a b c d Welman
- ^ a b c Anabasis 3.11
- ^ a b c d Anabasis 3.8
- ^ Moerbeek (1997).
- ^ Library of History 17.53
- ^ Saying of Alexander,12
- ^ Life of Alexander 4.12.13
- ^ "A contemporary Babylonian account of the battle of Gaugamela". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-24. Dicapai pada 2007-11-30.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]Sumber silam
[sunting | sunting sumber]- The Anabasis of Alexander: The Battle of Gaugamela(Book 3, 7~16) By Arrian, Translated by E.J.Chinnock
- Alexander the Great: An annotated list of primary sources from Livius.org
- Wiki Classical Dictionary, extant sources and fragmentary and lost sources
- Plutarch, Life of Alexander (in English)
- Justin, Epitome of the Philippic History of Pompeius Trogus (in English)
- Plutarch, Of the Fortune or Virtue of Alexander the Great (in English)
- Quintus Curtius Rufus, Histories of Alexander (in Latin)
Sumber moden
[sunting | sunting sumber]- Delbrück, Hans (1920). History of the Art of War. University of Nebraska Press. Reprint edition, 1990. Translated by Walter, J. Renfroe. 4 Volumes.
- Dodge, Theodore Ayrault (1890-1907). History of the Art of War: Alexander
- Engels, Donald W. (1978). Alexander the Great and the Logistics of the Macedonian Army. Berkeley/Los Angeles/London.
- Fox, Robin Lane (1973). Alexander the Great. London: Allen Lane.
- Fuller, J. F. C. A Military History of the Western World. Three Volumes. New York: Da Capo Press, Inc., 1987 and 1988.
- v. 1. From the earliest times to the Battle of Lepanto; ISBN 0-306-80304-6: pp. 87 to 114 (Alexander the Great).
- Green, Peter. Alexander of Macedon 356-323 B.C.
- Green, Peter (1990). Alexander to Actium; The Historical Evolution of the Hellenistic Age. Berkeley/Los Angeles.
- History of the Greek Nation volume Δ, Ekdotiki Athinon, Athens 1973
- Moerbeek, Martijn (1997). The battle of Issus, 333 BC. Universiteit Twente.
- De Santis, Marc G. “At The Crossroads of Conquest.” Military Heritage. December 2001. Volume 3, No. 3: 46-55, 97 (Alexander the Great, his military, his strategy at the Battle of Gaugamela and his defeat of Darius making Alexander the King of Kings).
- Van der Spek, R.J. "Darius III, Alexander the Great and Babylonian Scholarship." in: W. Henkelman, A. Kuhrt eds., A Persian Perspective. Essays in Memory of Heleen Sancisi-Weerdenburg. Achaemenid History XIII (Leiden: Nederlands Instituut voor het Nabije Oosten, 2003) 289-342.
- Warry, J. (1998). Warfare in the Classical World. ISBN 1-84065-004-4.
- Welman, Nick. Battles (Major) Diarkibkan 2007-09-02 di Wayback Machine and Army Diarkibkan 2003-07-08 di Wayback Machine. Fontys University.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Livius.org tells the story of Alexander and quotes original sources. Favors a reconstruction of the battle which heavily privileges the Babylonian astronomical diaries.
- [2] provides a new scholarly edition of the Babylonian Astronomical Diary concerning the battle of Gaugamela