Pertempuran Barnet | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Ros | |||||||
Gambaran artis pada akhir kurun ke-15 berkenaan pertempuran: Edward IV (kiri), memakai sebuah mahkota dan menunggang kuda, mengetuai serangan puak York dan merodok Earl Warwick (kanan) dengan tombak beliau; realitinya Warwick tidak dibunuh oleh Edward. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kerabat York | Kerabat Lancaster | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Kekuatan | |||||||
7,000–15,000 | 10,000–30,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
1,000 | 10,000 | ||||||
Pertempuran Barnet merupakan satu pertempuran muktamad semasa Perang Ros, sebuah konflik dinasti pada kurun ke-15 di England. Tindakan ketenteraan, selain Pertempuran Tewkesbury selepasnya, memastikan takhta untuk Edward IV. Pada hari Ahad, 14 April 1471, Hari Easter, berhampiran Barnet, pada waktu itu merupakan sebuah bandar kecil di Hertfordshire, yang terletak di utara London, Edward telah mengetuai Kerabat York dalam satu pertempuran menentang Kerabat Lancaster, yang disokong oleh Henry VI untuk takhta England. Tentera Lancaster diketuai oleh Richard Neville, Earl Warwick, yang mana memainkan peranan penting bagi takdir setiap raja. Para sejarawan menganggap bahawa pertempuran ini adalah salah satu daripada pertempuran paling penting semasa Perang Ros, kerana ia membawa pusingan nasib muktamad bagi kedua-dua buah kerabat. Kemenangan Edward diikuti dengan pemerintahan kerabat York selama 14 tahun di England.
Sebelumnya, Warwick merupakan seorang tokoh penting dalam kerabat York, sebelum berpaling tadah kepada Lancaster ekoran perselisihan berkenaan nepotisme, perkahwinan rahsia dan polisi luar oleh Edward. Beliau mengetuai satu pasukan tentera Lancaster, Warwick berjaya mengalahkan bekas sekutu beliau, memaksa Edward untuk melarikan diri ke Burgundy pada Oktober 1470. Edward menyakinkan hos baginda, Charles si Pemberani, Duke Burgundy, untuk membantu baginda untuk mendapatkan semula takhta England. Mengetuai sepasukan tentera dengan menggunakan wang Burgundy, Edward melancarkan serangan ke atas England, yang mana kemuncaknya bertemu di padang, utara Barnet. Dalam kegelapan, pasukan York bergerak merapati tentera Lancaster dan bertempur dalam kabus tebal pada waktu subuh. Semasa bertempur, Earl Oxford yang berapa di sisi kanan tentera Lancaster bergerak ke arah tentera York yang berada di bawah Lord Hastings, dan menghambat mereka kembali ke Barnet. Semasa kembali ke medan pertempuran, pasukan Oxford telah tersalah serang oleh pasukan tengah tentera Lancaster yang berada di bawah arahan Lord Montagu. Teriakan-teriakan pengkhianatan (selalunya satu kemungkinan pada waktu huru-hara) merebak dalam pasukan, moral tentera Lancaster terganggu dan ramai yang melarikan diri daripada medan pertempuran. Semasa berundur, Warwick telah dibunuh oleh tentera York.
Warwick adalah seorang tokoh berpengaruh dalam politik England pada kurun ke-15, di mana semasa beliau meninggal dunia, tiada seorangpun yang setanding dengan beliau dari segi kuasa dan populariti. Dengan kehilangan sokongan Warwick, kerabat Lancaster mengalami kekalahan terakhir mereka dalam Pertempuran Tewkesbury pada 4 Mei, yang mana menandakan penamat akan pemerintahan Henry VI dan pengembalian semula kerabat York. Tiga abad selepas Pertempuran Barnet, sebuah obelisk batu telah didirikan di tempat di mana Warwick dipercayai meninggal dunia.
Nota
Rujukan
Bibliografi
Buku
- Britnell, Richard (1997). "Country Politics". The Closing of the Middle Ages?: England, 1471–1529. Oxford: Blackwell Publishers. ISBN 978-0-631-16598-9.
- Brooke, Richard (1857). "The Field of the Battle of Barnet". Visits to Fields of Battle, in England, of the Fifteenth Century: To which are Added Some Miscellaneous Tracts and Papers Upon Archaeological Subjects. London: John Russell Smith. OCLC 43406489. Dicapai pada 28 January 2009.
- Burne, Alfred (1950). "The Battle of Barnet, April 14th, 1471". The Battlefields of England. London: Methuen and Company. OCLC 3010941. Dicapai pada 8 February 2009.
- Carpenter, Christine (2002) [1997]. The Wars of the Roses: Politics and the Constitution in England, c. 1437–1509. Cambridge Medieval Textbooks. New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-31874-7. Dicapai pada 16 March 2009.
- Cox, John (2007). "History and Guilt". Seeming Knowledge: Shakespeare and Skeptical Faith. Texas: Baylor University Press. ISBN 978-1-932792-95-9. Dicapai pada 8 February 2009.
- Edelman, Charles (1992). "The Wars of the Roses: 2 and 3 Henry VI, Richard III". Brawl Ridiculous: Swordfighting in Shakespeare's Plays. Manchester: Manchester University Press. ISBN 978-0-7190-3507-4. Dicapai pada 12 April 2009.
- Goodman, Anthony (1990) [1981]. "Local Revolts and Nobles' Struggles, 1469–71". The Wars of the Roses: Military Activity and English Society, 1452–97. London: Taylor and Francis. ISBN 978-0-415-05264-1. Dicapai pada 6 March 2009.
- Goy-Blanquet, Dominique (2003). "Unhappy Families". Shakespeare's Early History Plays: From Chronicle to Stage. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-811987-6. Dicapai pada 8 February 2009.
- Gravett, Christopher (22 October 2003). Tewkesbury 1471: The last Yorkist victory (PDF). Campaign. 131. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84176-514-3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 February 2019.
- Haigh, Philip (1995). The Military Campaigns of the Wars of the Roses (ed. Hardcover). Gloucestershire, United Kingdom: Sutton Publishing. ISBN 978-1-85833-770-8.
- Harriss, Gerald (2007) [2005]. Shaping the Nation: England 1360–1461. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-921119-7. Dicapai pada 5 April 2009.
- Hicks, Michael (1995). "The Sources". Dalam Pollard, Anthony (penyunting). The Wars of the Roses. Problems in Focus. London: MacMillan Press. ISBN 978-0-333-60166-2.
- Hicks, Michael (2002) [1998]. Warwick the Kingmaker. Oxford: Blackwell Publishing. ISBN 978-0-631-23593-4. Dicapai pada 12 February 2009.
- Kettler, Sarah; Trimble, Carole (2003). "Warwickshire". The Amateur Historian's Guide to the Heart of England: Nearly 200 Medieval and Tudor Sites Two Hours or Less from London. Virginia, United States: Capital Books. ISBN 978-1-892123-65-7. Dicapai pada 9 March 2009.
- Martin, Randall; Shakespeare, William (2001). "Introduction". Henry VI: Part Three. Oxford World's Classics. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-283141-5. Dicapai pada 8 February 2009.
- Richmond, Colin (2000). The Paston Family in the Fifteenth Century: Endings. The Paston Family in the Fifteenth Century. 3. Manchester: Manchester University Press. ISBN 978-0-7190-5990-2. Dicapai pada 18 March 2009.
- Ross, Charles (1997) [1974]. Edward IV. Yale English Monarchs (ed. revised). New Haven, Connecticut; and London: Yale University Press. ISBN 978-0-300-07372-0. Dicapai pada 16 March 2009.
- Ross, Charles (1999) [1981]. Richard III. Yale English Monarchs. New Haven, Connecticut; and London: Yale University Press. ISBN 978-0-300-07979-1.
- Royle, Trevor (2008). Lancaster Against York: The Wars of the Roses and the Foundation of Modern Britain. Hampshire, United Kingdom: Palgrave Macmillan. ISBN 978-1-4039-6672-8.
- Seymour, William (1997) [1975]. Battles in Britain and Their Political Background, 1066–1746. Hertfordshire, United Kingdom: Wordsworth Editions. ISBN 978-1-85326-672-0.
- Wise, Terence (1983). The Wars of the Roses. Men-at-Arms Series. 145. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-0-85045-520-5. Dicapai pada 16 January 2009.
- Wolffe, Bertram (2001) [1981]. Henry VI. Yale English Monarchs. New Haven, Connecticut; and London: Yale University Press. ISBN 978-0-300-08926-4.
Sumber talian
- "English Heritage Battlefield Report: Barnet 1471" (PDF). Swindon, United Kingdom: English Heritage. 1995. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 November 2013. Dicapai pada 2 February 2009.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pertempuran Barnet |
- Bruce, John, penyunting (1838). Historie of the Arrivall of Edward IV, in England and the Finall Recouerye of His Kingdomes from Henry VI. A.D. M.CCCC.LXXI. London: John Bowyer Nichols, and Son. OCLC 602067. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2009. Dicapai pada 13 February 2009.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- de Commynes, Philippe (1855). Scoble, Andrew (penyunting). The Memoirs of Philip de Commines, Lord of Argenton: Containing the Histories of Louis XI, and Charles VIII, Kings of France, and of Charles the Bold, Duke of Burgundy. To which is Added the Scandalous Chronicle, Or, Secret History of Louis XI. London: Henry G. Boyn. m/s. 199–203. OCLC 13897813. Dicapai pada 13 March 2009.
- Warkworth, John (1839). Halliwell, James Orchard (penyunting). The Warkworth Chronicle: Part VI. London: John Bowyer Nichols, and Son. OCLC 916993. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2009. Dicapai pada 27 February 2009.
- The Barnet Society
- Barnet Museum: Battle of Barnet