Pertempuran Arausio | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Cimbri | |||||||
Cadangan penghijrahan puak Cimbri dan Teuton | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Cimbri Teuton | Republik Rom | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Boiorix Teutobod |
Quintus Servilius Caepio Gnaeus Mallius Maximus | ||||||
Kekuatan | |||||||
Sekitar 200,000 |
80,000 tentera (10–12 legiun) | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
15,000 terkorban | 80,000 terkorban[2][3][4] atau sehingga mencecah 120,000 terkorban jika termasuk dengan tentera bantuan dan pengikut kem [5][6] |
Pertempuran Arausio tercetus pada 6 Oktober 105 SM di lokasi yang terletak di antara kota Arausio dan Sungai Rhône. Pertempuran ini terjadi antara suku nomad Cimbri dan Teuton di bawah pimpinan Boiorix dan Teutoni masing-masing menentang tentera Rom yang diketuai oleh Quintus Servilius Caepio dan Gnaeus Mallius Maximus. Namun, latar belakang dua komander Rom itu yang berbeza menghalan seluruh tentera Rom untuk saling bekerjasama sekali gus mengakibatkan kesan yang memusnahkan. Kekalahan teruk ini telah memberikan peluang kepada Gaius Marius untuk muncul melakukan pembaharuan ke atas struktur organisasi legiun Rom. Angka korban tentera Rom dinyatakan sehingga mencecah 80,000 orang dan yang lain ialah 40,000 tentera auxilia dan semua yang berkhidmat dalam pertempuran. Dari sudut kekalahan, pertempuran ini dianggap sebagai salah satu kekalahan terbesar dalam sejarah Rom kuno.[7]
Latar belakang
Penghijrahan suku Cimbri dari Jutland ke selatan telah mengancam kedudukan Rom. Setelah puak ini berjaya menewaskan Rom di Burdigala, pihak Rom kini mengerti bahawa ancaman daripada puak Jermanik itu bukannya satu mainan. Tentera Rom berjumlah 80,000 tentera telah dibentuk dan dihantar ke Gallia Narbonensis. Oleh kerana jeneral Gaius Marius sibuk bertempur di Afrika pada masa itu, orang biasa yang bernama Gnaeus Mallius Maximus telah memimpin angkatan ini manakala Quintus Servilius Caepio merupakan pemimpin tentera yang kedua. Caepio merupakan seorang patrician yang berasal daripada salah satu keluarga tertua di Rom tidak menunjukkan keserasian dengan Maximus. Hal ini demikian kerana Maximus hanya merupakan novus homo yang merujuk kepada orang yang tidak mempunyai keturunan aritokrat dan memimpin tentera Rom bagi menghadapi pertempuran ini.
Pertempuran
Pada tahun 105 SM, Gnaeus Mallius Maximus tiba di Gallia Narbonensis dan beliau menempatkan tenteranya di barat tebing sungai berhampiran kota Arausio manakala Quintus Servilius Caepio hanya berada di timur sungai walaupun arahan telah diberikan kepadanya untuk menyeberangi sungai itu. Beliau terpaksa menyeberangi sungai setelah menerima arahan secara langsung daripada Senat. Tidak lama kemudian, beliau mendirikan kem yang berlainan dan terus mengabaikan arahan daripada Mallius. Raja Cimbri, Boiorix mengambil keputusan untuk berunding dengan Mallius dan memintanya membenarkan puak Cimbri dapat pergi menuju ke Hispania. Caepio tidak ingin orang biasa mendapat pujian atas sumbangannya dapat menghalang ancaman puak Jermanik itu dan beliau mengarahkan tenteranya untuk menyerang Cimbri. Pasukan Caepio yang kecil dengan mudah dapat ditangkis oleh Cimbri sebelum mereka terkorban apabila dikepung sepenuhnya oleh Cimbri. Mallius pula tidak bersiap sedia untuk menghadapi serangan balas musuh yang pantas. Pasukan legiun Mallius juga telah dikepung secara asasnya dan menyaksikan 80,000 tentera Rom terkorban pada hari itu. Pertempuran ini menandakan kekalahan Rom yang terbesar sejak Hannibal menewaskan mereka di Cannae.
Kesan
Kebanyakan daripada puak ini telah bergerak menuju ke utara Hispania sebelum menjarahnya. Jadi, pihak Rom mempunyai satu peluang lagi untuk mendapatkan sentuhannya dan melakukan persiapan bagi menghadapi peperangan yang tidak dapat dielakkan lagi. Pada tahun 106 SM, Gnaeus Marius akhirnya menamatkan kempen Perang Jugurtha. Beliau kemudiannya dilantik menjadi konsul buat kali kedua pada tahun 104 SM walaupun undang-undang telah melarangnya. Marius telah mengenal pasti masalah yang terdapat dalam tentera Rom. Beliau melakukan pembaharuan yang menjadi titik penting kepada sejarah politik dan ketenteraan Rom. Kemudian, hasil pimpinannya telah menerajui Rom untuk menewaskan Cimbri di Vercellae yang menjadi penentu kepada peperangan ini.
Catatan
- ^ ᾖν δὲ πρὸ μιᾶς νωνῶν Ὀκτωβρίων "it was one day before the nones of October" Plutarch, Parallel Lives, Life of Lucullus 27.7
- ^ Valerius Antias (1st century BC). Manubiae (quoted by Livy, Periochae, book 67).
- ^ Albert A. Howard (1906). "Valerius Antias and Livy", Harvard Studies in Classical Philology 17, p. 161-182.
- ^ Canon Rawlinson (1877). "On the Ethnography of the Cimbri", The Journal of the Anthropological Institute of Great Britain and Ireland 6, p. 150-158.
- ^ Mommsen, Theodor; The History of Rome, Book IV
- ^ According to Publius Rutilius Rufus (quoted by Granius Licinianus, page 12), the figure concerning regular and light-armed troops was 70,000. Valerius Antias' figure includes 40,000 suppliers.
- ^ http://www.historyofwar.org/articles/battles_arausio.html
Sumber
- Gilman, Arthur; The Story of Rome From the Earliest Times to the End of the Republic
- Livy; Book LXVII
- Granius Licinianus; pages 11-12
- Mommsen, Theodor; The History of Rome, Book IV