Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.
Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktor-faktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi) berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti.
Apakah itu personaliti?
Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupa diri dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran.