Persona Non Grata | |
---|---|
Pengarah | Syed Azidi Syed Abdul Aziz |
Penulis | Syed Azidi Syed Abdul |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Indra Che Muda |
Syarikat penerbitan | Nizarman |
Diedarkan oleh | Metrowealth Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 96 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa |
Persona Non Grata ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2006 yang mula ditayangkan di pawagam pada 9 Mac 2006. Filem ini ialah arahan pengarah Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan dilakonkan oleh Erra Fazira dan Hans Isaac sebagai watak utama.
Persona Non Grata adalah istilah Bahasa Latin yang diguna pakai oleh pihak imigresen terhadap individu yang tidak mempunyai kesahihan kerakyatan dan tergolong dalam mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan ketika berada di luar negara.
Penerbit filem ini telah menganjurkan peraduan mencari judul filem di mana 30% penyertaan mencadangkan supaya judul sementara filem ini (Persona Non Grata) dikekalkan. Judul-judul lain yang dicadangkan ialah 'Pelarian Cinta', 'Cinta Amnesia , 'Hey...!' dan 'Sempadan Cinta'.
Sinopsis
Kisah cinta di antara seorang gadis yang berusaha untuk mengingati semalamnya dan seorang pemuda yang berusaha melupakan masa silamnya. Hey dan Ben bertemu di dalam suasana yang paling tidak romantik di Kotaraya Bangkok dan Hey langsung tidak dapat mengingati detik tersebut serta segala-gala tentang dirinya sebelum saat Ben kejutkannya.
Hey bangkit di dalam sebuah hidup baru bertemankan Ben, lelaki yang paling tidak romantik yang hidupnya bergelumang denga seribu rahsia dan kemurungan. Apabila Edward muncul di hadapan rumah Ben barulah Hey dapat melihat jalan yang dapat membantunya keluar daripada kegelapan yang menyelubunginya. Namun peluang yang muncul dihadapan Hey tiba-tiba disambut dengan kegelisahan oleh Ben.
Kegelisahan yang akhirnya memaksa Ben membongkar perasaanya terhadap Hey. Lalu berputiklah cinta di antara mereka. Ben membuat keputusan untuk memilih jalan hidup yang baru demi kerana perasaannya terhadap Hey. Malangnya ini mengundang petaka buatnya. Sedang Ben cuba membantu Hey, tiba-tiba dia mula mengingati beberapa insiden yang menemukan dia dan Ben. Insiden yang akhirnya mendesak Hey memisahkan dirinya dari Ben.
Edward muncul semula dan kali ini bersama A’em yang mengakui mengenali Hey. Dengan bantuan A’em, Hey akhirnya menemui kembali kehidupan lampaunya. Kehidupan lampau yang akhirnya menyedarkannya bahawa satu waktu dulu, dia pernah lari dari kehidupan tersebut. Penemuan yang memaksa dia lari sekali lagi ke Bangkok.
Pelakon
- Hans Isaac sebagai Ben
- Erra Fazira sebagai Hey / Sha
- Nicholas Lee sebagai Sirl
- Phattrarat Sudprasert sebagai A' em
- Keagan Kang sebagai Edward
- Fahrin Ahmad sebagai Sam
- M. Rajoli sebagai Ayah Hey
- Patrick Teoh sebagai Boss
- Syanie sebagai Penjual Bunga
- Nik Azuan Yahya sebagai Pemandu
- Nancie Foo
Anugerah dan pencalonan
- Festival Filem Malaysia Ke-19
- Pelakon Lelaki Terbaik-Hans Isaac(Pencalonan)
- Pelakon Wanita Terbaik -Erra Fazira(Pencalonan)
- Skor Muzik Asal Terbaik-Megat Azuar (Pencalonan)