Persidangan antarabangsa Perang Dunia Kedua diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Mei 2010. Tujuannya mendedahkan kepada generasi muda tentang kesan hebat perang kepada dunia khususnya di Palestin dan Minadanao.
Perang Dunia Kedua (1939-1945) dianggap sebagai perang yang paling dahsyat, membabitkan konflik ketenteraan paling besar dalam sejarah umat manusia dengan lebih 100 juta anggota tentera digerakkan dan lebih 60 juta orang terbunuh.
Pengerusi jawatankuasa penganjur Kazi Mahmood menyatakan tema persidangan ini ialah "Perang Dunia kedua dan Kebangkitan of Multilateralism" . Ia dianjurkan oleh World Future Online, sebuah portal berita online.
Penceramah
- Professor Hasan Yahya dari Amerika Syarikat - 'Perang Dunia Kedua dan kesannya terhadap Palestin'.
- Zakaria Abdullah dari Filipina - Perang Dunia Kedua dan gerakan menuntut kemerdekaan Mindanao.
- Professor Albert Jansen dari Belanda
- George Katsiaficas dari Amerika Syarikat[1]