Persidangan Am Timbang dan Ukur (Jawi: ڤرسيدڠن عام تيمبڠ دان اوکور; Perancis: Conférence Générale des Poids et Mesures, CGPM) merupakan salah satu daripada tiga organisasi yang ditubuhkan bagi memelihara sistem Unit Antarabangsa (SI) dibawah terma-terma Konvensyen Meter pada tahun 1875. Organisasi ini bersidang setiap empat hingga enam tahun sekali di Sèvres (terletak di barat daya pinggir bandar Paris) dan ia terdiri daripada 52 negara anggota dan 26 anggota bersekutu.
Lihat juga
- Biro Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (BIPM)
- Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (CIPM)
- Institut Bahan Rujukan dan Pengukuran (IRMM)
- Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST)