Federacija Bosne i Hercegovine Федерација Босне и Херцеговине Persekutuan Bosnia dan Herzegovina | |
Persekutuan (biru) dalam Bosnia dan Herzegovina | |
Ibu kota | Sarajevo |
Bahasa rasmi | Bahasa Bosnia, Croatia, Serbia |
Etnik | Bosniak: 70% Croat: 28% Serb: 1.4% Lain: 0,6% |
Negara | Bosnia dan Herzegovina |
Kerajaan | Persekutuan |
- Presiden | Živko Budimir |
- Perdana Menteri | Nermin Nikšić |
Entiti Bosnia dan Herzegovina | |
- Diiktiraf dalam Perlembagaan BiH | 14 Disember 1995 |
Keluasan | |
---|---|
- Jumlah | 26,110 km² 10,085 km persegi |
- Air (%) | - |
Penduduk | |
- Anggaran 2006 | 3,045,000 (-) |
- Kepadatan | 116.6/km² (-) 301.9/km persegi |
Mata wang | Convertible Mark (BAM )
|
Zon waktu | CET (UTC+1) |
- Musim panas (DST) | CEST (UTC+2) |
Domain Internet |
Persekutuan Bosnia dan Herzegovina merupakan satu daripada tiga entiti negara Bosnia dan Herzegovina. Majoriti penduduknya ialah Bosniak dan Croat.
Entiti Bosnia dan Herzegovina yang lain ialah Republika Srpska serta Daerah Brčko.
Sejarah
Persekutuan Bosnia dan Herzegovina ditubuhkan melalui Perjanjian Washington pada Mei 1994. Pada 1995, Perjanjian Dayton termeterai dan Persekutuan Bosnia & Herzegovina menjadi satu daripada tiga entiti Bosnia dan Herzegovina. Pada 8 Mac 2000, Daerah Brčko yang dahulunya sebahagian daripada Persekutuan dan Republika Srpska diisytiharkan sebagai entiti autonomi Bosnia dan Herzegovina. Setiap entiti tersebut dipisahkan melalui Garisan Sempadan Antara Entiti (Inter-Entity Boundary Line).
Pentadbiran
Persekutuan Bosnia dan Herzegovina terbahagi kepada 10 wilayah iaitu:
- Wilayah Una-Sana
- Wilayah Posavina
- Wilayah Tuzla
- Wilayah Zenica-Doboj
- Wilayah Podrinje Bosnia
- Wilayah Bosnia Tengah
- Wilayah Herzegovina-Neretva
- Wilayah Herzegovina Barat
- Wilayah Sarajevo
- Wilayah Bosnia Barat
Ibu kota serta bandar terbesar Persekutuan ialah Sarajevo.
Pautan luar
- Kerajaan Persekutuan
- Parlimen Persekutuan Diarkibkan 2009-02-25 di Wayback Machine