Persekutuan Angkat Berat Malaysia PABM | |
---|---|
Sukan | Angkat berat |
Ibu Pejabat | Pengkas, Johor Bahru[1] |
Presiden | Datuk Haji Ayub Rahmat |
Naib Presiden | Datuk Nasir Mohd Ali |
Setiausaha | Wan Muhammad Hafiz Wan Izanatar |
![]() |
Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM, bahasa Inggeris: Malaysian Weightlifting Federation) ialah badan sukan induk rasmi bagi sukan angkat berat di Malaysia. Ibu pejabat badan ini kini di Pengkas, Johor Bahru.[1]
Sejarah
Bermula April 2020, pihak PABM digantung oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) selama setahun akibat skandal doping dalam kalangan atlet angkat berat Malaysia selama setahun, menyebabkan atlet angkat berat negara diharamkan daripada bertanding dalam acara-acara angkat berat IWF, dan tidak berpeluang beraksi dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2020.[2]

Sukan angkat berat di Malaysia mula diberi perhatian selepas kecemerlangan badang negara, Aniq Kasdan di Kejohanan Olimpik Paris, di bawah kepimpinan Datuk Haji Ayub Rahmat. Beliau menamatkan pertandingan di tempat ke-empat, dengan hanya 1 mata perbezaan yang memisahkan beliau dengan pingat gangsa.[3].
Rujukan
- ^ a b "Malaysian Weightlifting Federation". Majlis Olimpik Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Jun 2021.
- ^ Helmi Talkah (5 April 2020). "PABM akur digantung setahun". Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2021.
- ^ "Aniq keempat terbaik di Olimpik Paris 2024".