Persatuan Penterjemah Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Translators Association) atau singkatnya PPM ialah sebuah badan profesional sukarela yang ditubuhkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). PPM ialah ahli pemerhati pertubuhan Persekutuan Penterjemah Dunia (International Federation of Translators atau FIT) sejak tahun 2008.
PPM didaftarkan pada 4 Oktober 1979 dan telah mengaktifkan kegiatan yang berkaitan dengan penterjemahan secara kolektif di kalangan penterjemah/jurubahasa dan editor profesional di Malaysia. Sehingga kini, PPM mempunyai seramai lebih daripada 1,200 orang penterjemah/jurubahasa dan editor profesional dari pelbagai bidang. Persatuan profesional ini diketuai oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
Berpangkalan di Kuala Lumpur, antara tujuan asas persatuan ini termasuklah mempererat dan memperkukuh kerjasama di antara para penterjemah demi memperbaik dan meningkatkan mutu terjemahan mereka serta memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk memperbanyak bahan bacaan dalam Bahasa Melayu yang meliputi semua bidang ilmu.
Pengasas/ Presiden Persatuan Peterjemah Malaysia yang pertama ialah Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh, iaitu pada tahun 1979. Sebelum itu Pesatuan ini dikenali sebagai Kumpulan Penterjemah Malaysia.
Lihat juga
Pautan luar
- [www.malaysiantranslatorsassoc.com Laman rasmi Persatuan Penterjemah Malaysia]
- Laman rasmi Persatuan Penterjemah Malaysia (lama)
- Jurnal Penterjemah, diterbitkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia