Persatuan Pencerapan Burung Amerika (bahasa Inggeris: American Birding Association; ABA) ialah pertubuhan bukan untung, yang ditubuhkan pada tahun 1969, yang dikhaskan untuk pencerapan burung rekreasi di Kanada dan Amerika Syarikat. Ini telah disebut "pembawa piawaian untuk pencerapan burung serius di Amerika Utara."[1] Awalnya tertumpu pada pencarian, penyenaraian, dan pengenalpastian burung jarang jumpa, ABA kini berusaha untuk bantu semua pencerap burung dengan pelbagai perkhidmatan dan penerbitan.[2][3]