Galeri Apollo pada 2024 | |
![]() Lokasi pencurian | |
| Tarikh | 19 Oktober 2025 |
|---|---|
| Masa | s. 9:30a.m. (CET) |
| Tempat | Muzium Louvre |
| Lokasi | Paris, Perancis |
| Jenis | Pencurian karya seni |
Pada 19 Oktober 2025, terjadi perompakan di Galeri Apollo (Galerie d'Apollon) sayap kanan bahagian belakang pekarangan Muzium Louvre Paris di mana sebahagian alat kebesaran diraja Wangsa Bonaparte dicuri. Perompakan tersebut berlangsung hanya sekitar empat hingga tujuh minit.[1][2] Kes ini merupakan pencurian karya seni pertama yang terjadi di Muzium sekian lama sejak pencurian lukisan Le chemin de Sèvres pada tahun 1998 dan dilihat luar biasa kerana dilakukan walaupun dalam keadaan tahap penjagaan yang sangat ketat.[3]
Kejadian
Perompakan terjadi sekitar pukul 09.30 waktu Eropah Tengah, setengah jam setelah muzium dibuka.[4][5] Tiga atau empat suspek dilaporkan tiba di gedung dengan menggunakan skuter motor dan masuk dari sisi Sungai Seine, membawa gergaji rantai kecil serta peralatan lainnya. Para perompak mengenakan jaket kuning dan jingga untuk menyamar sebagai pekerja.[5] Mereka diyakini masuk melalui jendela lantai atas setelah menggunakan tangga mekanikal untuk mencapai lantai pertama.[6] Para perompaj memanfaatkan kerja raya ubahsuai yang sedang berlangsung di muzium untuk mengakses ruangan yang diinginkan di Galeri Apollo. Setelah memotong jendela dengan pemotong cakram bertenaga baterai dan mengancam penjaga yang bertugas, mereka mencuri sembilan barang.[7][8] Usai meninggalkan Louvre, para pelaku melarikan diri menuju jalan tol A6.[9]
Barang-barang curian yang disahkan oleh kementerian kebudayaan Perancis adalah:[10][11]
- mahkota, kalung, dan anting-anting perhiasan dari koleksi Permaisuri Maria Amalia serta Permaisuri Hortense de Beauharnais,
- kalung zamrud dan sepasang anting zamrud milik Maharani Marie Louise,
- kerongsang peringatan, kalung besar milik Maharani Eugénie de Montijo serta mahkota milik baginda maharani yang kemudian ditemukan kembali di luar muzium dalam keadaan rosak.
Barang paling terkenal dalam koleksi tersebut yakni batu intan Le Régent, tetap berada di tempatnya. Muzium kemudian dikosong habis-habisan dan tidak dibuka kembali sepanjang hari sama.[12][13]
Penyelidikan
Perhatian tertuju pada sebuah lori kecil yang diparkir sebelah muzium dengan alat pengangkat yang menjulur hingga ke serambi lantai tingkat bawah.[14] Dua mesin penggilis sudut, satu alat las, bekas petrol, sarung tangan, alat komunikasi, dan selimut ditemukan tidak jauh dari lori tersebut.[15]
Reaksi
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengutuk tindakan perompakan tersebut.[16] Menteri Dalam Negeri Laurent Nuñez menyebut peristiwa tersebut sebagai “perompakan besar” dan menyatakan bahawa nilai barang-barang yang dicuri “tidak dapat dihitung”.[17][1] Menteri Kebudayaan Perancis Rachida Dati mengatakan kepada TF1: “Kami melihat rekaman: mereka tidak menyerang siapa pun, mereka masuk dengan tenang dalam empat minit, memecahkan kotak pajangan, mengambil barang rampasan, lalu pergi. Tanpa kekerasan, sangat profesional”.[11]
Pihak polis Paris telah membuka siasatan atas perompakan tersebut.[6]
Rujukan
- ^ a b Adamson, Thomas (19 October 2025). "Thieves strike Louvre in brazen jewel heist as the world's most visited museum shuts". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ "Louvre closed for the day after robbery of 'priceless' jewelry". Le Monde (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ "How common are thefts from the Louvre?". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ "Thieves steal 'priceless' jewels from Paris' Louvre and flee on motorbikes". Reuters. 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ a b "Cambriolage au Louvre : ce que l'on sait sur le vol spectaculaire de bijoux "d'une valeur inestimable"" [Louvre burglary: What we know about the spectacular theft of "priceless" jewels] (dalam bahasa Perancis). TF1. 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ a b "Police continue to probe heist as new details emerge". BBC News. 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ "Everything we know about the Louvre jewellery heist". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-19. Dicapai pada 2025-10-19.
- ^ Vandoorne, Martin Goillandeau, Caitlin Danaher, Saskya (2025-10-19). "Thieves steal 'priceless' jewelry from the Louvre in seven-minute raid". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-19.
- ^ "Le Parisien узнала, что грабители украли из Лувра" (dalam bahasa Russian). RBK. Dicapai pada 19 October 2025.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Eight 'priceless' objects stolen in Louvre museum heist named – as authorities reveal details of daring raid". Sky News. 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ a b "Thieves pull off daring daylight heist, stealing priceless jewels from Paris's Louvre Museum". News.Az. 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ "Watch: Crowds evacuate Louvre after heist". BBC News. 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ Chrisafis, Angelique (19 October 2025). "'Priceless' jewellery stolen from Louvre in raid by 'experienced' thieves". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ "Smashed window among latest pictures from the scene". BBC News. 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ "Thieves steal 'priceless' jewelry from the Louvre in seven-minute raid". CNN. 19 October 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.
- ^ Emmanuel Macron [@EmmanuelMacron] (19 October 2025). "Le vol commis au Louvre est une atteinte à un patrimoine que nous chérissons car il est notre Histoire. Nous retrouverons les œuvres et les auteurs seront traduits en justice. Tout est mis en œuvre, partout, pour y arriver, sous la conduite du parquet de Paris. Le projet Louvre Nouvelle Renaissance, que nous avons engagé en janvier, prévoit un renforcement de la sécurité. Il sera le garant de la préservation et de la protection de ce qui constitue notre mémoire et notre culture" [The theft committed at the Louvre is an attack on a heritage that we cherish because it is our History. We will recover the works, and the perpetrators will be brought to justice. Everything is being done, everywhere, to achieve this, under the leadership of the Paris prosecutor's office. The Louvre New Renaissance project, which we launched in January, provides for strengthened security. It will be the guarantor of the preservation and protection of what constitutes our memory and our culture.] (Twit) (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 October 2025 – melalui Twitter.
- ^ "Thieves steal jewels of 'incalculable' value in seven-minute heist at Louvre museum in Paris". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2025. Dicapai pada 19 October 2025.









