Permaidani (disebut [pĕr.mai.da.ni], Jawi: ڤرمايداني ; juga permadani) atau karpet (disebut [kar.pét]) ialah sejenis alas lantai tekstil terdiri daripada lapisan atas berambal pintal yang diikat pada hamparan tertentu sebagai sokongan. Ambal ini lazim diperbuat secara tradisinya daripada bulu haiwan seperti bulu bebiri, namun gentian-gentian sintetik seperti polipropilena, nilon atau poliester semakin biasa dipakai ganti sejak abad ke-20 atas kos yang lebih murah. Hamparan ambal begini dapat diwarnakan serta dianyam dalam pelbagai corak mengikut citarasa pembeli.
Permaidani dihasilkan untuk banyak tujuan sama ada untuk menebat haba atau melembutkan permukaan lantai lalu selesa dipijak, menyerap bunyi-bunyian persekitaran dalam rumah agar tidak mengganggu sesiapa yang berada di luar lingkungan ini, mahupun untuk tujuan menghiasi bilik semata-mata.
Etimologi
Kata permaidani atau permadani meminjam dari kata bahasa Malayalam പരവതാനി paravadāni mellalui kata bahasa Kawi paramadani (bentuk moden: ꦥꦿꦁꦮ꧀ꦢꦤꦶ prangwedani).[1]:77
Kata karpet meminjam dari kata bahasa Inggeris carpet yang menyerap dari kata bahasa Perancis lama carpite. Kata tersebut datang dari perkataan Romawi carpita sama ada diturunkan dari bahasa Latin Pertengahan carpere[2] atau carpire dari bahasa Itali lama[3][4] bermaksud "mencabut" lalu terlanjut bermaksud "kain bulu bebiri tebal" yang dihasilkan dengan pencabutan bulu begini; ungkapan ini beralih makna bererti khusus kepada alas lantai pada abad ke-15.[2]
Jenis
Pembuatan
Lihat juga
Rujukan
- ^ Hoogervorst, Tom (2015). "Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia". Archipel. 89: 63–93. doi:10.4000/archipel.490.
- ^ a b "carpet - Search Online Etymology Dictionary". www.etymonline.com.
- ^ "Definition of carpet". Thefreedictionary.com. Dicapai pada 2013-10-04.
- ^ "Carpet - Definition". Merriam-webster.com. 2012-08-31. Dicapai pada 2013-10-04.