Perlombongan ialah salah satu industri utama di Malaysia. Malaysia menghasilkan agregat, bauksit, tanah liat, arang batu, tembaga, feldspar, emas, batu kelikir, ilmenit, bijih besi, kaolin, batu kapur, mika, monazit, pasir, pasir silika, struverit dan timah.[1]
Sejarah
Perlombongan timah merupakan salah satu jenis perlombongan terawal yang beroperasi di Malaysia, bermula pada tahun 1820-an di Perak dan pada tahun 1824 di Selangor.[2] Pembangunan industri perlombongan di Malaysia menarik banyak pendatang Cina yang datang ke negeri ini pada abad ke-18 dan ke-19 untuk bekerja dan membangunkan bidang lombong.[3]
Kerajaan
Aktiviti yang berkaitan dengan perlombongan di Malaysia dikawal oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Menteri Air, Minyak dan Alam Sekitar kini ialah Xavier Jayakumar Arulanandam dari Pakatan Harapan-PKR.
Ekonomi
Pengembangan perlombongan bijih timah bermula pada tahun 1870an. Sehingga tahun 2003, industri mineral menyumbang kepada 7% daripada KDNK Malaysia. Jumlah nilai eksport ialah RM143 juta (mineral), RM25 juta (bijih mineral metalik dan pekat), MYR93.5 juta (mineral bukan logam). Terdapat 70 syarikat perlombongan yang beroperasi di seluruh negara yang menggunakan 3,249 pekerja.[4]
Pemulihan alam sekitar
Kerajaan Malaysia telah memulakan penyelidikan untuk pembangunan pertanian dan akuakultur di bekas tanah perlombongan.[5] Beberapa kawasan yang dipulihkan daripada aktiviti perlombongan juga telah diubah menjadi rumah awam atau tarikan pelancong, seperti:
- MINES Wellness City
- Sunway Lagoon
- Taman Tasik Taiping
- Taman Tasik Titiwangsa
- Bukit Merah Laketown Resort
Pelancongan
Pelancongan berkaitan perlombongan di Malaysia ialah:
- Muzium Chimney
- Muzium Geologi
- Muzium Palong Tin
- Muzium Petroleum
- Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Mining in Malaysia - Overview". MBendi. 10 October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-09. Dicapai pada 1 November 2016.
- ^ "TED Case Studies: Tin Mining In Malaysia - Present And Future". American University Washington, DC. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2016. Dicapai pada 1 November 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Overseas Chinese in Malaysia". Chinatownology. Dicapai pada 1 November 2016.
- ^ "Mining in Malaysia - Overview". MBendi. 10 October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-09. Dicapai pada 1 November 2016.
- ^ Newsbreak (8 November 2008). "Malaysia's ex-mines: Turning wastelands into wonders". Rappler. Dicapai pada 27 February 2017.